Tokan (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tokan
PengarahGhaz Abu Bakar
Dihasilkan olehNormashayu Puteh
Dibintangi
SinematografiWan Chun Hung
Syarikat
penerbitan
Pencil Pictures
Diedarkan olehMetrowealth Pictures
Tarikh tayangan
  • 26 Disember 2013 (2013-12-26) (Malaysia)
Masa tayangan
93 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Tokan merupakan sebuah filem aksi jenayah Malaysia 2013 arahan Ghaz Abu Bakar terbitan Pencil Pictures. Filem ini ditayangkan pada 26 Disember 2013.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Berita kematian Tuan Gan memeranjatkan semua Tokan di Malaysia termasuk Tuan Kamil yang dilakonkan Wan Hanafi Su. Tuan Kamil adalah Tokan terbesar di Melaka dan mempunyai dua anak perempuan iaitu Suri serta Wana. Ada tujuh lagi Tokan lain antaranya Mat Lobe di bawah Tuan Kamil. Mat Lobe pula adalah Tokan paling muda di Melaka dan seorang yang kelakar serta suka bergurau. Sementara itu, Suri, Wana, Yusof dan Solihin, seorang lagi Tokan di Melaka sering disakat Mat Lobe. Solihin seorang yang kreatif dalam proses pembuatan dadah dan dia banyak menghabiskan masa dalam makmal memproses bahan haram itu.

Sementara, Yusof berhijrah ke Kuala Lumpur mencari pekerjaan sebelum ditawarkan bekerja di sebuah kilang dimiliki Tuan Kamil. Selepas beberapa bulan kerja, Tuan Kamil menganggap Yusof sebagai anak sendiri dan melantik lelaki itu sebagai pegawai peribadinya. Sepanjang berk hidmat dengan Tuan Kamil, Yusof tidak pernah terbabit dalam kejadian tidak diing ini sehingga terjumpa dengan Rano. Watak Rano yang dibawa Johan As'ari mengisahkan seorang pegawai tentera yang menarik diri daripada perkhidmatannya kerana diupah individu untuk membunuh semua Tokan di Malaysia.

Selain melakukan kerja sebagai pembunuh upahan, Rano turut menyimpan dendam terhadap Tokan di negara ini berikutan adik perempuannya ditangkap kerana menjadi keldai dadah di Brazil.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

  • Ajai sebagai Tuan Gan

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Melati Pusaka dari Free Malaysia Today mengulas: "kelainan Tokan adalah dari segi jalan cerita yang nampak lebih realiti dan berat dan kita tahu pelakon-pelakon seperti Wan Hanafi Su, Pekin serta ramai lagi memang dikenali dengan gaya pembawakan watak serius. Mereka berjaya menjiwai watak yang diberi."[2] Mohd Al-Qayum Azizi dari mStar Online pula mengulas bahawa Tokan ialah adunan di antara aksi dan elemen drama diadun dengan cukup baik dan memberi rasa lengkap.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Filem Tokan – Sisi Gelap Dunia Dadah Bro Framestone (29 Disember 2013). Diperoleh pada 25 April 2014.
  2. ^ Melati Pusaka (4 Januari 2014). Filem Tokan dedah sindiket pengedar dadah Free Malaysia Today. Dicapai pada 25 April 2014.
  3. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (3 Januari 2014). Pengarah Berjaya Tonjol Teknik Pengarahan Menerusi 'Tokan' mStar Online. Dicapai pada 25 April 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]