Tokokan (perniagaan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tokokan ialah perbezaan antara kos barangan atau kos perkhidmatan dengan harga jualannya.[1] Ia ditambah pada jumlah kos yang dikenakan pada pengeluar barangan atau perkhidmatan supaya dapat memperoleh keuntungan. Jumlah kos merupakan seluruh kos belanja dan belanja berubah yang diperlukan untuk mengeluarkan dan mengedarkan sesuatu produk.[2] Tokokan boleh diungkapkan sebagai jumlah yang tetap mahupun sebagai peratusan daripada jumlah kos atau harga jual.[1] Terdapat berbagai-bagai kaedah untuk menentukan tokokan sesuatu produk.

Tokokan permulaan[sunting | sunting sumber]

Tokokan permulaan ialah tokokan purata yang diperlukan oleh semua produk untuk membayar semua bahan dan belanja berkaitan, serta juga untuk menghasilkan keuntungan yang munasabah. Ia diungkapkan sebagai satu peratusan.

Tokokan Dolar Permulaan = (Belanja Berkaitan + Potongan Harga + Untung) / (Jualan Bersih Teramal + Potongan Harga) [1]

Contoh:

  • Jualan Teramal = $380
  • Belanja Berkaitan = $140
  • Potongan Harga Terjangka = $24
  • Untung Terjangka = $38

Justera, tokokan dolar permulaan pada produk tersebut ialah 50%. Potongan harga, atau turunan, ialah penurunan harga jualan runcit apabila produk itu tidak dapat dijual pada harga yang ditetapkan lalu menghakis keuntungannya. Belanja mengurus ialah kos yang dikenakan sebagai tambahan kepada jumlah kos produk dan berbeza-beza, bergantung kepada produk dan perkhidmatan yang dijual. Dalam meninjau belanja mengurus, angka tahunan harus digunakan kerana mana-mana satu bulan individu mungkin tidak akan dapat membayangkan belanja yang dkenakan pada seluruh tahun.

Penentuan harga permulaan untuk sesuatu produk merupakan langkah yang penting dalam pembarangan. Kaedah Keystone menambahkan sekali ganda kos sesuatu produk untuk mendapatkan harga jualannya (2 x jumlah kos produk). Sebaliknya, Kaedah Tokokan Dolar mengambil kira jumlah belanja mengurus dan untung yang diingini. Ini kemudian dibahagikan berdasarkan unit produk lalu ditambahkan pada jumlah kos produk. Tambahan tersebut pada jumlah kos produk dikenali sebagai tokokan dolar.[3] Tokokan dolar itu boleh diungkapkan sebagai peratusan jumlah kos per unit atau harga jualan.

Penentuan harga[sunting | sunting sumber]

Tokokan sebagai jumlah tetap[sunting | sunting sumber]

  • Andaikan: Harga jualan = $2500, Kos produk = $2000
Tokokan = Harga jualan - Kos
$500 = $2500 - $2000
  • Andaikanlah harga jualan sebenar ialah $2200
Turunan (harga luak) = Harga senarai - Harga jualan
$300 = $2500 - $2200
Tokokan Permulaan = Harga senarai - Kos
$500 = $2500 - $2000
Tokokan Terkekal = Harga jualan - Kos
$200 = $2200 - $2000

Tokokan sebagai peratusan[sunting | sunting sumber]

  • Kos x (Tokokan + 1) = Harga jualan
atau selesaikan dengan menggunakan Tokokan = (Harga jualan / Kos) - 1
  • Andaikanlah harga jualan = $1.99 dan kos = $1.40
Tokokan = ($1.99 / 1.40) - 1 = 42%
Harga jualan - Kos = Harga jualan x Margin untung
Margin = 1 - (1 / (Tokokan + 1))
Margin = 1 - (1 / (1 + .42)) = 29.5%

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Vickers, Frank (2005). The Dynamic Small Business Manager. Lulu.com. ISBN 9781411652842.
  2. ^ Pradhan, Swapna (2007). Retailing Management. Tata McGraw-Hill. ISBN 9780070620209.
  3. ^ Arena, Barbara (2001). The Complete Idiot's Guide to Making Money with Your Hobby. Alpha Books. m/s. 220. ISBN 9780028638256.