Pergi ke kandungan

Tokong Dewa Kuan Yin Teng

Koordinat: 5°25′6.398″N 100°20′19.651″E / 5.41844389°N 100.33879194°E / 5.41844389; 100.33879194
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Tokong Kong Hock Keong)
Tokong Dewa Kuan Yin Teng
廣福宫觀音亭
Pandangan hadapan Tokong Kong Hock Keong (Kuan Im Teng)
Info asas
LokasiGeorge Town
Koordinat geografi5°25′6.398″N 100°20′19.651″E / 5.41844389°N 100.33879194°E / 5.41844389; 100.33879194
AgamaAgama Buddha
DaerahTimur Laut
NegeriPulau Pinang Pulau Pinang
NegaraMalaysia Malaysia
Penerangan seni bina
Jenis seni binaTokong Cina
Kos pembinaan$4,000 (Dolar Sepanyol)
JenisBudaya
Kriteriaii, iii, iv
Tarikh dimasukkan2008 (sesi ke-32)
No. Rujukan1223
Sebahagian daripadaZon Teras George Town UNESCO
RantauAsia Pasifik

Tokong Dewa Kuan Yin Teng (Cina: 觀音亭; Pe̍h-ōe-jī: Koan-im-têng) (juga dikenali sebagai Kuan Im Teng atau Kong Hock Keong 广福宫) merupakan sebuah tokong Cina di bandar George Town di Pulau Pinang, Malaysia. Terletak di Lebuh Pitt, ia mula dibina pada 1728, menjadikannya tokong Tao tertua di Pulau Pinang.[1]

Tokong ini didedikasikan untuk Guan Yin. Walau bagaimanapun, tokong cina itu pada asalnya ditubuhkan untuk penyembahan Mazu, dewi laut.[2][3]

Berikutan kemasukan etnik Cina ke George Town selepas penubuhan penempatan pada tahun 1786, Tokong Cina itu bertukar menjadi tokong khusus untuk Guan Yin pada tahun 1800; pada masa itu, ia juga mula berfungsi sebagai pengantara neutral antara masyarakat Kantonis dan Hokkien yang bersaing.[4][5]

Walaupun fungsi tokong yang lebih sekular sejak itu telah diserahkan kepada Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, ia mengekalkan kepentingan keagamaannya dan kekal popular dalam kalangan rakyat Pulau Pinang berketurunan Cina. Ia menjadi pusat tumpuan untuk perayaan Cina seperti hari perayaan tahunan untuk Guan Yin dan Hari Lahir Maharaja Jed (天公诞), menarik penganut dari seluruh Asia Tenggara.[6][7][8]

Tokong Cina ini diasaskan pada tahun 1728. Dibina dengan kos sebanyak $4,000 dolar Sepanyol[9], ia didedikasikan kepada Mazu, dewi laut yang disembah oleh masyarakat Hokkien sebagai penaung para pelaut[10][11]. Pada masa itu, Pulau Pinang masih jarang didiami, dan tokong ini yang dibina oleh komuniti Hokkien pelaut terletak agak dekat dengan laut.

Tokong ini telah diubah suai pada tahun 1800, di mana dewa utama telah ditukar daripada Mazu kepada Guan Yin. Dewa-dewa Cina lain, termasuk Guan Yu dan Tua Pek Kong, turut dimasukkan ke dalam tokong, mencerminkan kepelbagaian masyarakat Cina di George Town pada ketika itu.

Gelombang imigrasi orang Cina selama beberapa dekad sejak penubuhan George Town oleh Kapten Francis Light pada tahun 1786 menyebabkan pelbagai kumpulan dialek Cina menetap di penempatan baharu ini, termasuk masyarakat Kantonis. Tokong ini mula berperanan sebagai tempat pengantaraan bagi menangani pertelingkahan yang kerap berlaku antara golongan Hokkien dan Kantonis. Pada peringkat awal, ia dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada jumlah wakil yang seimbang daripada kedua-dua kumpulan etnik.

Tokong GuanYin pada abad ke-19

Dengan itu, tokong ini berfungsi sebagai majlis perundingan dan tribunal bagi masyarakat Cina Pulau Pinang sehingga pertengahan abad ke-19.

Pertelingkahan yang semakin memburuk antara pelbagai kumpulan etnik Cina di George Town yang memuncak dalam Rusuhan Pulau Pinang 1867 akhirnya membawa kepada penubuhan Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang pada tahun 1881 untuk mengambil alih fungsi sekular tokong sebagai pengantara masyarakat Cina tempatan.

Sejak itu, tokong ini berfungsi secara khusus sebagai pusat ibadat bagi komuniti Cina setempat. Terdapat khabar angin bahawa tokong ini memiliki unsur ajaib, kerana ia dikatakan terselamat secara ajaib daripada beberapa siri serangan sejak ditubuhkan pada 1728. Sebagai contoh, tokong ini kekal utuh walaupun Pulau Pinang dibom dan diserang oleh Tentera Imperial Jepun (IJA) pada Disember 1941, dan turut terselamat daripada beberapa serangan lain sebelum dan semasa dekad 1960-an.

Tokong GuanYin pada zaman 70-an

Kali terakhir tokong ini diubah suai ialah antara tahun 2012 hingga 2017.

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Tokong Cina ini dipenuhi oleh seni bina Cina, tokong ini mempunyai bumbung menyapu khas Tokong Cina dan mempunyai pintu gergasi yang dihiasi dengan lukisan dewa Tao dan Buddha. Tiang-tiang berjalin naga juga menyokong bumbung tinggi, yang dihiasi dengan lebih banyak patung naga di rabung atasnya.[12][13]

Tokong ini berhadapan dengan halaman besar yang menghadap ke Lebuh Pitt ke timur. Ia dibina mengikut prinsip feng syui; ia mempunyai tiga telaga - satu di sebelah kanan tokong utama, satu lagi di halaman depan dan yang ketiga tersembunyi di bawah mazbah utama Guan Yin. Telaga halaman adalah untuk kegunaan awam, manakala yang di sebelah tokong utama dikhaskan untuk sami.[12] Legenda bandar mengatakan bahawa air dari perigi tersembunyi mempunyai khasiat perubatan.

  1. ^ Chester Chin (12 November 2018). "What to do at the Goddess Of Mercy Temple, Penang". Star2.com. Dicapai pada 13 March 2019.
  2. ^ Penny Wong. "Kuan Yin Temple in Penang [Georgetown Attractions]". Dicapai pada 22 May 2017 – melalui Hotels.com.
  3. ^ Ong Yee Ting (28 November 2006). "Old world charm of a goddess' temple". The Star. Dicapai pada 13 March 2019.
  4. ^ Cavina Lim (17 August 2012). "Sacred space for the gods 212-year-old temple retains charm". StarProperty.my. Dicapai pada 13 March 2019.
  5. ^ Salma Nasution Khoo (2007). Streets of George Town, Penang. Areca Books. m/s. 17. ISBN 978-983-9886-00-9.
  6. ^ Ong Yee Ting (28 November 2006). "Old world charm of a goddess' temple". The Star. Dicapai pada 13 March 2019.
  7. ^ Chong Kah Yuan; Crystal Chiam Shiying (6 February 2017). "Devotees pack jetty to observe Heavenly God's birthday". The Star. Dicapai pada 22 May 2017.
  8. ^ Neil Jin Keong Khor; Star Publications (Malaysia) Bhd (2002). Glimpses of old Penang: in conjunction with the 30th anniversary of Star Publications (Malaysia) Berhad. Star Publications. m/s. 126. ISBN 978-983-9512-12-0.
  9. ^ Chester Chin (12 November 2018). "What to do at the Goddess Of Mercy Temple, Penang". Star2.com. Dicapai pada 13 March 2019.
  10. ^ Penny Wong. "Kuan Yin Temple in Penang [Georgetown Attractions]". Dicapai pada 22 May 2017 – melalui Hotels.com.
  11. ^ Ong Yee Ting (28 November 2006). "Old world charm of a goddess' temple". The Star. Dicapai pada 13 March 2019.
  12. ^ a b Penny Wong. "Kuan Yin Temple in Penang [Georgetown Attractions]". Dicapai pada 22 May 2017 – melalui Hotels.com.
  13. ^ "Kuan Yin Temple (Goddess of Mercy Temple)". Malaysia.Travel. Dicapai pada 22 May 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkaitan Kong Hock Keong Temple di Wikimedia Commons