Pergi ke kandungan

Tokong Xiang Lin Si

Koordinat: 2°11′52.734″N 102°14′48.46″E / 2.19798167°N 102.2467944°E / 2.19798167; 102.2467944
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tokong Buddha Xiang Lin
香林寺
Tokong Xiang Lin Si yang terletak di Semenanjung Malaysia
Tokong Xiang Lin Si
Ditunjukkan dalam Semenanjung Malaysia
Tokong Xiang Lin Si yang terletak di Malaysia
Tokong Xiang Lin Si
Tokong Xiang Lin Si (Malaysia)
Info asas
LokasiBandaraya Melaka
Koordinat geografi2°11′52.734″N 102°14′48.46″E / 2.19798167°N 102.2467944°E / 2.19798167; 102.2467944
AgamaAgama Buddha
NegeriMelaka Melaka
NegaraMalaysia Malaysia
Penerangan seni bina
Jenis seni binaTokong Buddha

Tokong Buddha Xiang Lin ialah sebuah tokong buddha Cina, yang terletak bertentangan dengan Tokong Cheng Hoon Teng di Jalan Tokong, Bandaraya Melaka. Tokong buddha dua tingkat ini mengikut aliran Buddha Mahāyāna.

Tokong Buddha ini dinamakan sempena seorang biksu dari China. Ia bermula sebagai rumah kayu gaya kampung pada tahun 1958 sebelum dibina semula dalam seni bina moden sebagai bangunan batu bata dua tingkat pada tahun 1985.

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Tokong Buddha dua tingkat tersebut mempunyai tiga pintu gerbang pada setiap tingkat. [2] Di pintu pertama iaitu Dewan Buddha, terdapat sebuah patung kecil tersenyum iaitu Mi-lo Fwo (Maitreya) di sebuah altar pendek yang menghadap ke pintu. Lapan Belas Luohan berbaris di kedua-dua belah Dewan Buddha, sembilan di setiap sisi, menuju ke sebuah patung Buddha Gautama yang lebih kecil di tengah. Di belakang patung Buddha terdapat patung Dewi Belas Kasihan (Guan Yin). [2] Tokong Buddha itu juga menyimpan koleksi lengkap Kanun Pāli, iaitu kitab agama Buddha. Tingkat kedua Tokong Buddha ini merupakan tempat yang sesuai untuk merakam gambar pemandangan Tokong jirannya iaitu Tokong Cheng Hoon Teng dan seluruh 'Jalan Harmony' kerana berdekatan dengan Masjid Kampung Kling dan Tokong Sri Poyatha Moorthi, yang melambangkan toleransi beragama yang telah lama wujud sebelum penubuhan negara moden Malaysia.

  1. ^ Kenny Mah (11 February 2018). "Jalan Tokong: A stroll down Melaka's harmony street". The Malay Mail. Dicapai pada 19 March 2019.
  2. ^ a b Yoshke Dimen (2012). "Xiang Lin Si Temple: A Piece of Enlightenment in Malacca, Malaysia". The Poor Traveler. Dicapai pada 19 March 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkaitan Xiang Lin Si Temple di Wikimedia Commons