Tokyo Metro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tokyo Metro
توكيو ميترو
TokyoMetro.svg
Maklumat
Kawasan Tokyo Raya
Jenis transit Alihan laju
Jumlah laluan 9
Jumlah stesen 179[1]
Penumpang harian 6.84 juta (TF2014)[2]
Laman web tokyometro.jp
Operasi
Mula beroperasi 1927 (1941 sebagai Lembaga Alihan Laju Teito; 2004 dibawah nama semasa)
Pengendali Tokyo Metro Co., Ltd. (syarikat swasta yang ditubuhkan secara perkongsian bersama antara kerajaan Metropolitan Tokyo dan Kementerian Tanah, Prasarana, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT))
Teknikal
Panjang sistem 203.4 km (126.4 bt)
Tolok landasan 1,067 mm (1,435 mm untuk aliran Ginza & Marunouchi)

Tokyo Metro (東京メトロ Tōkyō Metoro?) merupakan salah satu daripada dua sistem alihan laju (sistem kereta api bawah tanah) yang terdapat di Tokyo, Jepun. Ia adalah sistem laluan bawah tanah yang paling banyak digunakan di dunia. Pada tahun 2014, Tokyo Metro mempunyai kadar purata penumpang harian seramai 6.84 juta orang manakala sistem yang lagi satu iaitu Kereta Api Toei (都営地下鉄 Toei chikatetsu?) pula mempunyai 2.85 juta penumpang sehari.[2][3]

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Tokyo Metro dikendalikan oleh Tokyo Metro Co., Ltd. (東京地下鉄株式会社 Tōkyō Chikatetsu Kabushiki-gaisha?), sebuah syarikat swasta yang dimiliki bersama oleh kerajaan Jepun dan kerajaan Metropolitan Tokyo.

Syarikat ini menggantikan Lembaga Alihan Laju Teito (帝都高速度交通営団 Teito Kōsokudo Kōtsū Eidan?) atau lebih dikenali sebagai Eidan atau TRTA sejak 1 April 2004. TRTA telah ditadbir oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Jepun. Ia dibiayai bersama oleh kerajaan pusat dan metropolitan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1941 atau seawal 1927.

Pengendali kereta bawah tanah yang lain ialah Biro Pengangkutan Metropolitan Tokyo (Toei), yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Tokyo. Kereta api Metro dan Toei membentuk rangkaian yang berasingan. Pas kereta api prabayar boleh bertukar ganti antara kedua-dua rangkaian. Namun tambang dinilai secara berasingan.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Banyak usaha dibuat untuk membuat sistem ini dapat memudahkan pengguna yang tidak boleh bertutur Jepun seperti:

  • Pengumuman mengenai perhentian kereta api dalam bahasa Inggeris dan Jepun.
  • Mesin tiket dalam bahasa Inggeris dan Jepun.
  • Stesen keretapi yang ditanda dalam bahasa Inggeris dan Jepun (dalam tulisan kanji dan hiragana). Terdapat juga dalam bahasa Cina dan Korea.
  • Stesen keretapi mengunakan kod warna tanpa perlu mengetahui nama stesen. Sebagai contoh, Stesen Shinjuku di aliran Marunouchi bertanda M-08 dengan bulatan berwarna merah.
  • Banyak stesen juga direka untuk membantu orang-orang yang cacat penglihatan.
  • Stesen Tokyo Metro mula menerima kad prabayar PASMO (RFID) sejak Mac 2007 untuk membayar tambang. Sistem Suica JR Timur untuk tujuan universal. Kedua-dua pas boleh digunakan di sekitar sistem keretapi. Kebanyakan pengguna beralih kepada kad ini kerana ia sangat efisen.

Tokyo Metro sangat cekap kerana mempunyai kereta api tiba kurang dari lima minit. Ia beroperasi pada waktu siang dan malam. Walau bagaimanapun, ia tidak berjalan 24 jam sehari. Kereta api pertama amnya bermula pada 05:00.

Tokyo Metro bersambung dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dan Lapangan Terbang Haneda dan Stesen Tokyo. Ia mempunyai pintasan ke aliran Asakusa dan Keisei Oshiage.

Tokyo Metro turut mengekalkan sebuah sebuah muzium berhampiran Stesen Nishi-Kasai di aliran Tōzai yang dibuka pada 12 Julai 1986. Di muzium ini, terdapat beberapa buah kereta api lama yang pernah beroperasi di aliran Ginza dan Marunouchi.

Aliran kereta api[sunting | sunting sumber]

Tokyo Metro mempunyai sembilan buah laluan (aliran) kereta api dengan panjang keseluruhannya adalah 195.1 kilometer (121.2 bt).[1]

Senarai aliran[sunting | sunting sumber]

Warna Tanda Nombor aliran Nama aliran Laluan Bilangan stesen Panjang (km)[1] Dibuka Tolok Bekalan semasa
Bahasa Melayu Bahasa Jepun
jingga Subway TokyoGinza.png 3 Aliran Ginza

銀座線

Shibuya ke Asakusa 19 14.3 1927 1,435 mm (4 kaki 8½ in) 600 V DC,
landasan ketiga
merah Subway TokyoMarunouchi.png 4 Aliran Marunouchi

丸ノ内線

Ogikubo ke Ikebukuro 24 24.2 1954
Subway TokyoMarunouchi b.png Aliran Marunouchi
Aliran Cawangan

丸ノ内線分岐線

Nakano-sakaue ke Hōnanchō 4 3.2 1962
perak Subway TokyoHibiya.png 2 Aliran Hibiya

日比谷線

Naka-meguro ke Kita-senju 21 20.3 1961 1,067 mm (3 kaki 6 in) 1,500 V DC,
bekalan overhed
biru langit Subway TokyoTozai.png 5 Aliran Tōzai

東西線

Nakano ke Nishi-funabashi 23 30.8 1964
hijau Subway TokyoChiyoda.png 9 Aliran Chiyoda

千代田線

Yoyogi-uehara ke Kita-ayase 20 24.0 1969
kuning Subway TokyoYurakucho.png 8 Aliran Yūrakuchō

有楽町線

Wakōshi ke Shin-kiba 24 28.3 1974
ungu Subway TokyoHanzomon.png 11 Aliran Hanzōmon

半蔵門線

Shibuya ke Oshiage 14 16.8 1978
akua tua Subway TokyoNamboku.png 7 Aliran Namboku

南北線

Meguro ke Akabane-iwabuchi 19 21.3 1991
perang Subway TokyoFukutoshin.png 13 Aliran Fukutoshin

副都心線

Wakōshi ke Shibuya 16 11.9A 2008
Keseluruhan: 179 195.1  

A Catatan: Tidak termasuk jangkauan sepanjang 8.3 kilometer (5.2 bt) di antara Wakoshi dan Kotake-mukaihara, yang berkongsi dengan aliran Yurakucho.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 "Business Contents - Transportation Services - Business Situation". Tokyo Metro Co., Ltd. Dicapai pada 7 Jun 2014. 
  2. 2.0 2.1 営業状況 [Keadaan perniagaan] (dalam bahasa Jepun). 東京地下鉄株式会社 [Tokyo Metro Co., Ltd.] Dicapai pada 24 November 2015. 
  3. 東京都交通局ホーム - 経営情報 - 交通局の概要 - 都営地下鉄 [Biro Pengangkutan Metropolitan Tokyo: Rumah - Maklumat Pengurusan - Gambaran Jabatan Pengangkutan - Kereta Api Toei] (dalam bahasa Jepun). 東京都交通局 [Biro Pengangkutan Metropolitan Tokyo]. Dicapai pada 24 November 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]