Tokyo Revengers

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tokyo Revengers
東京卍リベンジャーズ
(Tōkyō Ribenjāzu)
Genre
Manga
PengarangKen Wakui
PenerbitKodansha
Penerbit Lain
Kodansha USA (digital)
DemografikShōnen
Majalah AsalMajalah Shōnen Mingguan
Tarikh Pengeluaran1 Mac 2017 – kini
Jilid23 (Senarai jilid-jilid)
Siri televisyen anime
PengarahKoichi Hatsumi
Skrip/PenulisYasuyuki Mutō
Lagu/MuzikHiroaki Tsutsumi
StudioLiden Films
Dilesenkan olehCrunchyroll
Penyiaran AsalMBS, TV Tokyo, TV Aichi, TVh, TVQ, BS Asahi, AT-X, TSK, QAB, RKK
Tarikh tayangan11 April 202119 September 2021
Episod24 (Senarai episod)
Filem aksi sebenar
PengarahTsutomu Hanabusa
StudioWarner Bros. Jepun
Dikeluarkan pada9 Julai 2021 (2021-07-09)
Portal Anime dan Manga

Tokyo Revengers (Jepun: 東京卍リベンジャーズ, Hepburn: Tōkyō Ribenjāzu, "Pendendam Tokyo")[a] ialah sebuah siri manga Jepun dikaryakan dan diilustrasikan Ken Wakui. Ia diterbitkan secara bersiri dalam Majalah Shōnen Mingguan milik Kodansha sejak Mac 2017.

Sebuah adaptasi siri televisyen anime oleh Liden Films disiarkan dari April hingga September 2021. Sebuah filem aksi langsung telah ditayangkan di Jepun pada 9 Julai 2021.

Sehingga September 2021, manga itu mempunyai lebih 40 juta salinan dalam peredaran. Manga ini telah memenangi kategori manga shōnen terbaik di Anugerah Manga Kodansha ke-44 pada tahun 2020.

Plot[sunting | sunting sumber]

Takemichi Hanagaki seorang lelaki menganggur berusia 26 tahun. Dia mendapat tahu bahawa seorang kawan masa kecil dan bekas pacarnya Tachibana Hinata telah meninggal dunia setelah bertembung dengan suatu geng dilibatkan adiknya Naoto bernama Tokyo Manji-kai (東京卍會). Takemichi nyaris maut dilanggar keretapi namun menyedari bahawa dirinya kembali ke masa lampau saat di bangku sekolah tinggi; Takemichi cuba mengubah masa depan agar Tachibana selamat dengan memasuki geng Manji-kai, gerombolan paling ganas di wilayah Kanto.

Barisan watak[sunting | sunting sumber]

Takemichi Hanagaki (花垣 武道, Hanagaki Takemichi)
Disuarakan oleh: Yūki Shin[3]
Seorang belia yang terjebak kembali ke zaman persekolahannya dalam suatu kemalangan kembali bertemu kenalan lamanya, sikap keras kepalanya yang bersemuka dengan geng sehingga mendapat kepercayaan salah satu geng sekolah di sana.
Hinata Tachibana (橘 日向, Tachibana Hinata)
Disuarakan oleh: Azumi Waki[3]
Bekas kekasih Takemichi yang terbunuh dalam pertembungan geng, namun cuba diselamatkan Takemichi.
Naoto Tachibana (橘 直人, Tachibana Naoto)
Adik Hinata yang diselamatkan terlebih dahulu dan menguruskan rancangan menyelamatkan kakaknya dengan Takemichi.
Disuarakan oleh: Ryōta Ōsaka[3]
Manjirō "Mikey" Sano (佐野 「マイキー」 万次郎, Sano Maikī Manjirō)
Disuarakan oleh: Yū Hayashi[3]
Ketua geng Tokyo Manji-kai yang sedikit diam tapi licik.
Ken "Draken" Ryūgūji (龍宮寺 「ドラケン」 堅, Ryūgūji Doraken Ken)
Disuarakan oleh: Tatsuhisa Suzuki[3]
Orang kanan Mikey, gelarannya dari cacahan naga di tepi pelipisnya.
Masataka "Kiyomasa" Kiyomizu (清水 「キヨマサ」 将貴, Kiyomizu Kiyomasa Masataka)
Disuarakan oleh: Satoshi Hino[4]
Atsushi "Akkun" Sendō (千堂 「アッくん」敦, Sendō Akkun Atsushi)
Disuarakan oleh: Takuma Terashima[4]
Tetsuta Kisaki (稀咲 鉄太, Kisaki Tetsuta)
Disuarakan oleh: Showtaro Morikubo[5]
Takuya Yamamoto (山本タクヤ, Yamamoto Takuya)
Disuarakan oleh: Yūya Hirose[4]
Makoto Suzuki (鈴木マコト, Suzuki Makoto)
Disuarakan oleh: Shunsuke Takeuchi[4]
Kazushi Yamagishi (山岸一司, Yamagishi Kazushi)
Disuarakan oleh: Shouta Hayama[4]
Keisuke Baji (場地 圭介, Bachi Keisuke)
Disuarakan oleh: Masaaki Mizunaka[6]
Takashi Mitsuya (三ツ谷 隆, Mitsuya Takashi)
Disuarakan oleh: Yoshitsugu Matsuoka[6]
Haruki Hayashida (林田 春樹, Hayashida Haruki)
Disuarakan oleh: Subaru Kimura[6]
Ryōhei Hayashi (林 良平, Hayashi Ryōhei)
Disuarakan oleh: Yukihiro Nozuyama[6]
Nahoya Kawata (河田 ナホヤ, Kawata Nahoya)
Disuarakan oleh: Kengo Kawanishi[6]
Yasuhiro Mutō (武藤 泰宏, Mutō Yasuhiro)
Disuarakan oleh: Daisuke Ono[6]
Nobutaka Osanai (長内 信高, Osanai Nobutaka)
Disuarakan oleh: Eiji Takeuchi[6]
Shuji Hanma (半間修二, Hanma Shūji)
Disuarakan oleh: Takuya Eguchi[5]
Chifuyu Matsuno (松野千冬, Matsuno Chifuyu)
Disuarakan oleh: Shō Karino[7]
Kazutora Hanemiya (羽宮一虎, Hanemiya Kazutora)
Disuarakan oleh: Shunichi Toki[7]

Media[sunting | sunting sumber]

Manga[sunting | sunting sumber]

Karya Ken Wakui ini mula terbit di majalah Majalah Shōnen Mingguan milik Kodansha pada 1 Mac 2017.[8][9] Sebanyak 22 jilid tankōbon telah dibukukan setakat 16 April 2021.[10] Pada Mei 2021, ia telah diumumkan bahawa siri ini telah memasuki arka terakhir.[11] Kodansha telah mengumpul bab-babnya kepada jilid-jilid tankōbon individu. Jilid pertama telah diterbitkan pada 17 Mei 2017.[12]

Di Amerika Utara, Kodansha USA memulakan pengeluaran digital untuk manga tersebut pada tahun 2018.[13]

Anime[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2020, ia telah diumumkan bahawa Tokyo Revengers akan menerima sebuah adaptasi siri televisyen anime.[14] Siri ini dihasilkan oleh Liden Films dan diarahkan oleh Koichi Hatsumi. Siri ini menampilkan skrip oleh Yasuyuki Mutō, reka bentuk watak oleh Keiko Ōta, arahan suara oleh Satoki Iida dan muzik yang disusun oleh Hiroaki Tsutsumi.[3] Ia ditayangkan secara perdana di saluran MBS dan rangkaian-rangkaian lain pada 11 April 2021.[b][4] Official Hige Dandism menyanyikan lagu tema pembukaan, "Cry Baby", manakala eill menyanyikan lagu tema penutup siri tersebut "Koko de Iki o Shite" (ここで息をして, "Take a Breath Here").[4][6] Lagu penutup kedua adalah "Tokyo Wonder", dinyanyikan oleh Nakimushi.[15] Crunchyroll melesenkan siri ini di luar Asia.[16] Muse Communication telah melesenkan siri ini di Asia Tenggara dan Asia Selatan dan menstrimkannya di saluran YouTube Muse Asia dan Bilibili.[17] Muse Communication juga melesenkan siri ini untuk siaran sarikata bahasa Melayu di saluran YouTube Muse Malaysia. Mereka juga melesenkan anime ini kepada Animax Asia untuk siaran TV.[18]

Sebuah siri anime pendek yang dihasilkan oleh Studio Puyukai yang menampilkan watak versi chibi, bertajuk ChibiReve (ちびりべ, "Chibi Revengers"), telah dikeluarkan di YouTube dari 12 April hingga 20 September 2021.[19]

Filem aksi langsung[sunting | sunting sumber]

Sebuah adaptasi filem aksi langsung telah diumumkan pada Februari 2020.[20] Filem ini akan diarahkan oleh Tsutomu Hanabusa, dengan skrip oleh Izumi Takahashi, dan muzik oleh Yutaka Yamada.[21] Para pelakon yang terlibat termasuklah Takumi Kitamura, Yūki Yamada, Yosuke Sugino, Nobuyuki Suzuki, Hayato Isomura, Shotaro Mamiya, Ryo Yoshizawa dan Mio Imada.[22] Lagu tema untuk filem ini adalah "Namae wo Yobu yo" (名前を呼ぶよ) oleh Super Beaver.[21] Pada bulan April 2020, ia diumumkan bahawa kru filem telah menghentikan penggambaran kerana pandemik COVID-19.[23][24][25] Filem ini pada asalnya akan dibuka di Jepun pada 9 Oktober 2020, tetapi pada bulan Jun 2020, filem ini ditangguhkan kerana kesan COVID-19 yang berterusan.[25] Pada Mac 2021, ia telah diumumkan bahawa filem ini telah dijadualkan semula untuk tayangan perdana pada 9 Julai 2021.[26]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Setakat Februari 2020, manga ini mempunyai lebih 3 juta salinan dalam peredaran.[27] Setakat Mei 2021, manga ini mempunyai 17 juta salinan dalam peredaran.[28] Setakat Jun 2021, manga ini mempunyai lebih 20 juta salinan dalam peredaran.[29] Tokyo Revengers merupakan siri manga ketiga terlaris di separuh pertama 2021 (tempoh antara November 2020 dan Mei 2021), di belakang Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba dan Jujutsu Kaisen, dengan lebih 5 juta salinan terjual.[30]

Pada tahun 2020, Tokyo Revengers memenangi Anugerah Manga Kodansha tahunan ke-44 dalam kategori shōnen.[31][32][33]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Simbol banji (卍字, Hiragana: まんじ manji) merupakan aksara sebahagian daripada tajuk rasmi.
  2. ^ Ia ditayangkan secara perdana pada 10 April pada pukul 1:35 pagi waktu Jepun (secara efektifnya, 11 April)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tokyo Revengers Gets Anime Adaptation For 2021!". Tokyo Otaku Mode News (dalam bahasa Inggeris). 21 Jun 2020. Dicapai pada 7 September 2020.
  2. ^ a b SFヤンキー漫画「東京卍リベンジャーズ」21年TVアニメ化決定 特報PV公開. eiga.com (dalam bahasa Jepun). 22 Jun 2020. Dicapai pada 7 September 2020.
  3. ^ a b c d e f Loo, Egan (16 Disember 2020). "Tokyo Revengers Anime's 1st Video Announces Cast, Staff, April Debut". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Disember 2020.
  4. ^ a b c d e f g Mateo, Alex (19 Februari 2021). "Tokyo Revengers Anime Reveals More Cast, Ending Song Artist, April 10 Debut". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Februari 2021.
  5. ^ a b Mateo, Alex (30 Mac 2021). "Tokyo Revengers Anime Casts Showtaro Morikubo, Takuya Eguchi". Anime News Network. Dicapai pada 30 Mac 2021.
  6. ^ a b c d e f g h Loo, Egan (12 Mac 2021). "Tokyo Revengers Anime's 2nd Video Unveils Official HiGE DANDISM Song, More Cast". Anime News Network. Dicapai pada 12 Mac 2021.
  7. ^ a b Mateo, Alex (12 April 2021). "Tokyo Revengers Anime Casts Shō Karino, Shunichi Toki". Anime News Network. Dicapai pada 13 April 2021.
  8. ^ 「新宿スワン」の和久井健が描くサスペンス「東京卍リベンジャーズ」開幕. Natalie (dalam bahasa Jepun). 1 Mac 2017. Dicapai pada 21 April 2020.
  9. ^ Ressler, Karen (3 Mac 2017). "Shinjuku Swan Author Starts Tokyo Revengers Manga Series". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 April 2020.
  10. ^ 東京卍リベンジャーズ(22) (dalam bahasa Jepun). Kodansha. Dicapai pada 31 Mac 2021.
  11. ^ Pineda, Rafael Antonio (26 Mei 2021). "Tokyo Revengers Manga Enters Final Arc". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mei 2021.
  12. ^ 東京卍リベンジャーズ(1) (dalam bahasa Jepun). Kodansha. Dicapai pada 21 April 2020.
  13. ^ Ressler, Karen (28 September 2018). "Kodansha Comics Adds Forest of Piano, Are You Lost?, Kira-kun Today, Tokyo Revengers, Mikami-sensei's Way of Love Manga Digitally". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 April 2020.
  14. ^ Sherman, Jennifer (18 Jun 2020). "Tokyo Revengers Manga Gets TV Anime in 2021". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 June 2020.
  15. ^ Loo, Egan (19 Jun 2021). ""Tokyo Revengers" Anime's 3rd Promo Video Previews Bloody Halloween Arc". Anime News Network. Dicapai pada 8 Julai 2021.
  16. ^ "Crunchyroll Streams Tokyo Revengers, Zombie Land Saga Revenge, 3 More Anime". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 19 Februari 2021. Dicapai pada 19 Februari 2021.
  17. ^ Lee, Crystal (30 Mac 2021). "Tokyo Revengers comes to Muse Asia for Spring 2021". Anime Trending (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 April 2021.
  18. ^ Animax Asia TV [@animaxasiatv] (3 November 2021). "You're in for a world full of action and drama this November! 🤩 26-year old Takemichi Hanagaki is unemployed and learns one day that his ex-girlfriend, Hinata Tachibana, as well as her younger brother Naoto, have been killed by the Tokyo Manji Gang" (Tweet) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 November 2021 – melalui Twitter.
  19. ^ "オリジナルミニアニメ「ちびりべ」公開!". tokyo-revengers-anime.com (dalam bahasa Jepun). 12 April 2021. Dicapai pada 12 April 2021.
  20. ^ Pineda, Rafael Antonio (18 Februari 2020). "Ken Wakui's Tokyo Revengers Manga Gets Live-Action Film This Fall". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 April 2020.
  21. ^ a b 映画『東京リベンジャーズ』オリジナル・サウンドトラックをリリース、主題歌であるSUPER BEAVER「名前を呼ぶよ」のインストも収録. spice.eplus.jp (dalam bahasa Jepun). 6 Jun 2021. Dicapai pada 21 Jun 2021.
  22. ^ "Live-Action Tokyo Revengers Film Casts Mio Imada as Heroine Hinata". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 April 2021.
  23. ^ Pineda, Rafael Antonio (14 April 2020). "Live-Action Tokyo Revengers Film Halts Shooting". Anime News Network. Dicapai pada 21 April 2020.
  24. ^ Pineda, Rafael Antonio (21 April 2020). "List of Anime & Manga Affected by COVID-19". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 April 2020.
  25. ^ a b Sherman, Jennifer (29 Jun 2020). "Live-Action Tokyo Revengers Film Delayed Due to COVID-19". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Jun 2020.
  26. ^ Pineda, Rafael Antonio. "Live-Action Tokyo Revengers Film Rescheduled to July 9 After COVID-19 Delay". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Mac 2021.
  27. ^ 「東京卍リベンジャーズ」実写化!2020年秋公開、関東最凶組織に挑むヘタレ男子描く. Natalie (dalam bahasa Jepun). Natasha, Inc. 19 Februari 2020. Dicapai pada 7 September 2020.
  28. ^ Twitter Rasmi Tokyo Revengers [@toman_official] (14 Mei 2021). ただ今、またしても販売部から特大の全巻重版の連絡が入りました これでだいたい累計1700万部くらいの計算です…… (Tweet) (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 14 Mei 2021 – melalui Twitter.
  29. ^ 映画『東京リベンジャーズ』のオリジナル・サウンドトラックが7月7日に発売. Entame Next (dalam bahasa Jepun). Tokuma Shoten. 4 Jun 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 June 2021. Dicapai pada 4 Jun 2021.
  30. ^ Loo, Egan (30 Mei 2021). "Top-Selling Manga in Japan by Series: 2021 (First Half)". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Mei 2021.
  31. ^ Pineda, Rafael Antonio (2 April 2020). "44th Annual Kodansha Manga Awards' Nominees Announced". Anime News Network. Dicapai pada 21 April 2020.
  32. ^ 第44回講談社漫画賞に東京卍リベンジャーズ、僕と君の大切な話、ブルーピリオド. Natalie (dalam bahasa Jepun). Natasha, Inc. 12 Mei 2020. Dicapai pada 12 Mei 2020.
  33. ^ Sherman, Jennifer (12 Mei 2020). "44th Annual Kodansha Manga Awards' Winners Announced". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Mei 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]