Tolok bahan api

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tolok bahan api.
Lampu penunjuk tangki kosong pada kereta 2003 Honda Civic.

Tolok bahan api (juga dipanggil meter minyak) merupakan sejenis alat pengukuran yang digunakan untuk menandakan paras bahan api yang terkandung dalam tangki.[1]

Tolok bahan api kenderaan terdiri daripada dua bahagian utama:

  • Unit pengesan
  • Penunjuk

Unit pengesan biasanya menggunakan satu pelampung yang disambungkan pada satu meter upaya. Semasa aras tangki semakin berkurang, pelampung akan jatuh dan menggerakkan sesentuh di sepanjang perintang, meningkatkan rintangannya.[2] Sebagai tambahan, apabila aras bahan api jatuh ke satu takat tertentu, lampu penunjuk bahan api kosong akan menyala.

Sementara itu, unit penunjuk (biasanya ditempatkan pada papan pemuka) mengukur dan memaparkan jumlah arus elektrik yang mengalir melalui unit penghantar. Apabila aras tangki tinggi dan arus maksimum mengalir, jarum akan menunjukkan tanda "F" menandakan tangki penuh. Apabila tangki kosong dan paling kurang arus mengalir, jarum menunjukkan tanda "E" menunjukkan tangki kosong.

Sistem ini lazimnya gagal selamat; sebarang kerosakan pada tolok bahan api akan menyebabkan jarum penunjuk menunjukkan tangki kosong (yang mempengaruhi pengguna untuk mengisi minyak (secara teori) dan bukan penuh (yang menyebabkan pemandu kehabisan minyak tanpa amaran).

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Erjavec, Jack (2005). Automotive Technology. ISBN 1-4018-4831-1.
  2. ^ http://auto.howstuffworks.com/fuel-gauge2.htm