Pergi ke kandungan

Tomb Raider (permainan video 2013)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tomb Raider
Muka Kulit Tomb Raider
PembangunCrystal Dynamics
Eidos Montreal (multiplayer)
Nixxes Software BV (PC)
PenerbitSquare Enix
PengarahNoah Hughes (creative)
Cory Barlog
PerekaDarrell Gallagher
ArtisVisual Works (CGI)
PenulisRhianna Pratchett[1]
KomposerJason Graves
SiriTomb Raider
EnjinModified Crystal Engine[2]
PlatformMicrosoft Windows, PlayStation 3, Xbox 360
Pelepasan
  • WW: 5 March 2013
  • AU: 1 March 2013
  • JP: 25 April 2013
GenreAction-adventure, platform
ModSingle-player, berbilang pemain

Tomb Raider merupakan sejenis permainan video platform aksi-pengembaraan. Diterbitkan oleh Square Enix, Tomb Raider adalah judul kelima yang dibangunkan oleh Crystal Dynamics di dalam francais Tomb Raider. Sebagai permulaan pertama di dalam kesinambungan Tomb Raider yang baru, permainan ini adalah suatu but semula yang memberi penekanan terhadap asalan yang dibina semula untuk watak utama yang berpengaruh daripada segi budaya, Lara Croft[3][4]. Tomb Raider telah dikeluarkan untuk Playstation 3, Xbox 360 dan Microsoft Windows pada 5 Mac 2013.

Selepas keluaran Tomb Raider: Underworld pada tahun 2008, Crystal Dynamics mula membangunkan Tomb Raider tidak lama kemudian. Bukan sekadar sebuah sekuel, pasukan tersebut mengambil keputusan untuk membuat but semula secara keseluruhan kepada siri tersebut, mewujudkan permulaan bagi Lara Croft buat kali kedua, selepas Tomb Raider: Legend. Tomb Raider ini mengambil tempat di Yamatai, segugus pulau di mana Lara Croft harus menyelamatkan sahabat-sahabatnya dan melepaskan diri, sementara diburu oleh kultus jahat. Elemen permainan berfokus lebih kepada survival, walau bagaimana pun penerokaan digunapakai di dalam permainan ketika meneroka pulau dan juga pelbagai makam pilihan. Ini juga merupakan permainan yang pertama untuk mempunyai mod permainan berbilang pemain dan merupakan permainan pertama yang diterbitkan pihak Square-Enix, selepas pengambilalihannya terhadap Eidos Interactive pada 2009. Camillia Luddington telah diumumkan sebagai penyumbang suara dan aksi untuk Lara Croft pada tahun 2010 menggantikan Keeley Hawes.

Selepas kelewatan keluaran daripada lewat 2012 hingga Mac 2013, permainan ini telah menerima banyak gembar-gembur dan jangkaan. Tomb Raider telah menerima banyak pujian daripada para pengkritic, yang memuji grafik, corak permainan dan persembahan Camillia Luddington sebagai Lara dengan kebanyakan pengkritik bersetuju bahawa permainan ini adalah mantap dan suatu but semula yang diperlukan untuk francais ini. Banyak kritikan diberi terhadap mod permainan berbilang pemain kerana dirasakan tidak perlu. Tomb Raider telah berjaya dijual sebanyak satu juta unit dalam tempoh empat puluh jam selepas keluarannya, dan sehingga kini berjaya menjual sebanyak 3.4 juta unit di seluruh dunia.

Corak Permainan

[sunting | sunting sumber]

Tomb Raider menggunakan model hub-and-spoke saling berkaitan yang menggabungkan aksi-pengembaraan, pelantaraan, penerokaan dan mekanik survival. Permainan ini dipersembahkan di dalam perspektif orang ketiga, dan pemain mengambil kawalan sebagai watak utama, Lara Croft. Karl Setward berkata bahawa kempen permainan akan akan berlangsung sekitar 12 hingga 15 jam. Bersama-sama dengan kisah utama, pemain bakal berpeluang untuk melakukan berbilang-bilang misi sampingan, meneroka pelau, melawat kembali tempat-tempat, dan mencari makam yang mencabar.

Mod Permainan Berbilang Pemain

[sunting | sunting sumber]

Episod keempat The Final Hours of Tomb Raider; yang telah dipaparkan secara langsung di Youtube pada 8 Januari 2013, mengumumkan bahawa permainan ini bakal mempunyai ciri mod permainan berbilang pemain. Mod permainan berbilang pemain ini dicipta oleh studio pembangun permainan video daripada Kanada, iaitu Eidos Montreal yang dikenali sebagai pencipta permainan Deus Ex: Human Revolution. Mengikut pembangun permainan ini, akan bakal ada tiga jenis permainan untuk berbilang pemain, dimainkan dalam lima peta yang berbeza. Kebanyakan benda yang tersedia untuk kempen pemain tunggal akan ditambahkan kepada berbilang pemain. Di dalam setiap permainan, ada dua jenis musuh: Empat survivor dan empat scavenger. Setiap di antara mereka akan cuba menghapuskan lawan atau mencuba untuk membawa bekalan ubat-ubatan ke titik tertentu di dalam peta. Pemain juga boleh memasang perangkap atau mengaktifkan ciri-ciri khas, bergantung kepada peta di mana permainan itu ditetapkan.

Pemain mengambil peranan sebagai Lara Croft, seorang graduan muda arkeologi yang bercita-cita tinggi. Teori yang telah dicadangkannya berkenaan dengan Yamatai, sebuah keraan yang hilang telah meyakinkan ahli keluarga Nishimura, yakni keturunan keluarga daripada rakyat sendiri untuk membiayai satu ekspedisi untuk mencari kerajaan tersebut. Ekspedisi itu telah diketuai oleh Dr. James Whitman, seorang pakar arkeologi selebriti yang telah ditimpa kesukaran dan terdesak untuk mengelakkan kebankrapan dan penceraian. Dia ditemani oleh Conrad Roth, seorang tentera laut diraja yang bertukar menjadi pengembara dan rakan rapat keluarga Croft yang bertindak sebagai mentor kepada Lara; Samantha "Sam" Nishimura, sahabat baik Lara dan perwakilan daripada keluarga Nishimura yang menfilemkan ekspedisi ini menjadi sebuah dokumentari; Joslyn Reyes, seorang mekanik bersifat emosional juga ibu tunggal; Jonah Maiava, seorang nelayan yang bersikap tenang dan percaya kepada kewujudan paranormal dan esoterik; Angus "Grim" Grimaldi, jurumudi Glassweigan kapal Endurance; dan Alex, pakar elektronik bercermin mata yang lawak.

Ketetapan

[sunting | sunting sumber]

Permainan ini mengambil tempat di Yamatai, segugus pulau yang terletak di Segitiga Naga (Dragon's Triangle) di luar pantai Jepun. Pulau dan kerajaan yang satu ketika dahulu wujud di sana - diselubungi misteri, memandangkan reputasi petir yang menakutkan dan kapal karam yang menyepahi persisiran pantainya. Pada satu ketika dahulu, Yamatai telah diperintai oleh seorang permaisuri bernama Himiko, dikenali dengan nama kehormat "Permaisuri Matahari". Menurut legenda, Permaisuri Himiko telah dikurniakan dengan kuasa shamanistik yang membolehkan dia mengawal cuaca. Hanya sedikit sahaja sejarah berkenaan Yamatai yang diketahui sejak kematian Himiko, selain daripada kehinaan pulau tersebut yang wujud selepas itu. Dalam penerokaan pulau, pemain mungkin akan mendapati bukti - yang antara lain - pedagang Portugis, tentera laut Amerika dan projek ketenteraan Jepun telah terkandas di Yamatai di pelbagai tempat merentasi sejarah.

Pada permulaan permainan, pulau tersebut dihuni oleh Persauddaraan Solarii, kultus penjenayah ganas, tentera upahan dan survivor kapal karam. Persaudaraan Solarii telah mewujudkan pertubuhan mereka sendiri berasaskan penyembahan terhadap Himiko, lengkap dengan struktur sosial dan peraturan, yang mana tujuan dan niat sebenar mereka diterokai sepanjang perjalanan kisah.

Permainan ini bermula dengan Lara berangkat pergi ke ekspedisi pertamanya di atas kapal Endurance, bertujuan untuk mencari kota yang hilang, Yamatai. Beliau menyarankan (dalam masa yang sama menentang nasihat Whitman) supaya ekspedisi tersebut meneroka menerusi Segitiga Naga (Dragon's Triangle) yang terletak di bahagian timur Jepun. Kapal itu dilanda dengan ribut kencang dan terbelah kepada dua, meninggalkan mangsa yang masih terselamat di pulau yang terpencil. Lara telah terpisah daripada yang lain apabila dia telah ditangkap oleh seorang yang tidak dikenali dan ganas, dan telah terperangkap di dalam rumah guanya. Dia telah berjaya untuk melepaskan diri sementara orang yang menangkapnya telah terbunuh dan gua tempat mereka berada runtuh. Ketika Lara cuba untuk mencari mangsa terselamat yang lain, dia telah mendapat lebih banyak bukti bahawa pulau tersebut dihuni, lengkap dengan ukiran-ukiran yang pelik, mayat, dan korban ritual haiwan. Akhirnya dia menjumpai kawannya, Sam bersama-sama dengan seseorang lelaki bernama Mathias, yang mendakwa bahawa dia adalah salah seorang daripada penumpang Endurance. Ketika Sam memberitahu Mathias berkenaan dengan lagenda Himiko, Lara tidak sedarkan diri. Apabila dia bangun, Mathias dan Sam tidak dapat dijejaki.

Apabila akhirnya Lara dapat bersatu kembali dengan mangsa terselamat yang lain, dia dan Whitman mengambil keputusan untuk berpisah daripada kumpulan untuk mencari Roth yang masih hilang, sementara ahli kumpulan yang lain (Reyes, Jonah, Alex dan Grim) pergi untuk mencari Sam dan Mathias. Sambil Lara dan Whitman meneroka, mereka mendapati bahawa penduduk pulau tersebut menyembah Himiko, mengesahkan bahawa pulau tersebut adalah Yamatai. Apabila mereka menemui kuil yang didirikan atas nama Himiko, mereka telah ditangkap oleh orang orang pulau dan dibawa ke penempatan bersama-sama dengan beberapa orang lagi mangsa terselamat daripada bangkai kapal Endurance. Apabila mangsa terselamat itu cuba untuk melepaskan diri, penangkap mereka berpusing ke arah mereka, memburu dan membunuh mereka. Lara terpisah daripada Whitman dan cuba untuk bersembunyi, tetapi kemudiaannya dijumpai oleh Vladimir, salah seorang ketua penduduk setempat itu. Vladimir menyerang Lara, tetapi dia melawan kembali dan terpaksa membuntuh Vladimir untuk menyelamatkan nyawanya. Dia berlawan dengan penduduk setempat yang lain sementara bersusah payah berusaha menaiki lereng gunung untuk bertemu dengan Roth. Akhirnya, dia menjumpai Roth yang berada di dalam keadaan luka di sebuah kampung tinggal berdekatan. Menggunakan peralatan Roth, Lara berangkat ke geganti komunikasi berada di puncak gunung, dengan harapan dapat menghubungi dunia luar dan mendapatkan bantuan.

Kedua susulan pada siri ini, iaitu: Rise of the Tomb Raider, dan Shadow of the Tomb Raider diedarkan pada 2015 hingga 2018.

  1. ^ Yin, Wesley. "Mirror's Edge writer Rhianna Pratchett announced as Tomb Raider lead writer". Eurogamer. Dicapai pada 13 July 2012.
  2. ^ Stellalune (29 December 2011). "New TOMB RAIDER 9 Announced for 2013!". Tombraiders.net. Dicapai pada 29 May 2012.
  3. ^ Cullen, Johnny (6 December 2010). "Square announces Tomb Raider". VG247. Videogaming 247. Dicapai pada 6 December 2010.
  4. ^ Makuch, Eddie (6 December 2010). "Next Tomb Raider to be origin story". GameSpot. CBS Interactive. Dicapai pada 6 December 2010.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Siri Tomb Raider