Tome Pires

Tome Pires (atau Tomé Pires) merupakan pembuat dan penjual dadah berbangsa Portugis yang kemudiannya menjadi bendahari di Melaka Portugis. Sepanjang kerjaya beliau, beliau rajin mencatat dan menulis berdasarkan cerita mulut ke mulut penduduk tempatan di mana beliau berdiam. Beliau lahir di Lisbon, Portugal pada tahun 1468 dan meninggal dunia di dalam penjara Maharaja China Dinasti Ming iaitu Penjara Hongtong di Linfen, wilayah Shanxi. Beliau dipenjarakan oleh Maharaja China akibat kerosakan dan penjarahan terhadap Kemaharajaan Melayu Melaka dan komplot bagi menjatuhkan Kemaharajaan Ming China.
Buku tulisannya
[sunting | sunting sumber]Bukunya Suma Oriental menceritakan penjajahan dan misi Portugis sehingga menguasai Kesultanan Bijapur, Kesultanan Gujarat dan sebahagian Kemaharajaan Mughal di India dan juga sebahagian kecil pelabuhan Kemaharajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.
Biodata
[sunting | sunting sumber]Tome Pires ialah pembantu kepada Putera Afonso (1475-1491 M) dan penulis Suma Oriental (Dunia Timur), yang merupakan tulisan terawal tentang dunia Timur oleh seorang rakyat Portugal.
Pires dipercayai dilahirkan pada 1468 merupakan anak kepada pembantu Raja John II (1455-1495) dari Portugal. Pada September 1511, dia dilantik sebagai pengedar arak (feitor das drogarias) ke Cochin di India atas kehendak raja Portugal. Dia juga ditugaskan sebagai pembuat dan pengedar dadah dan ubat-ubatan yang bernilai 4,000-5,000 dolar Portugis.
Setelah kejatuhan Kemaharajaan Melayu Melaka, Tome Pires dilantik sebagai bendahari yang bertanggungjawab menjaga harta perdagangan yang melibatkan Melaka dan Jawa. Menjelang akhir hayatnya, Pires dilantik sebagai duta Portugis ke Kemaharajaan Ming China dan sebagai usaha dan helah Portugal bagi menjajah dan menjatuhkan Dinasti Ming. Namun, Pires telah berjaya diberkas dan dipenjarakan di Penjara Hontong oleh Maharaja Jiajing. Dia mati di China pada 1540 dalam tahanan Maharaja Jiajing semasa berumur 75 tahun. Buku yang ditulisnya tentang China dipersembahkan kepada Laksamana Portugal di India dan sekarang disimpan di Perpustakaan Nasional, Paris.
Hasil tulisannya
[sunting | sunting sumber]Hasil tulisan Pires termasuklah Suma Oriental, 4 pucuk surat dan 5 buah dokumen yang ditandatangani olehnya.
Beliau adalah antara penulis terawal dari Eropah yang menulis berkenaan negara-negara kota maritim di sebelah Timur.
Tomé Pires menulis tentang Kesultanan Delhi/ Moghul yang beragama Islam di India dan Kemaharajaan Melayu Melaka antara tahun 1512-1515. Beliau menceritakan tentang aktiviti perdagangan negara-negara kota di Asia Tenggara dan pelabuhan-pelabuhannya. Beliau melakukan hubungan dengan pelbagai pihak termasuklah ahli-ahli pelayaran, para pedagang dan pentadbir di negara-negara Timur bagi mencapai matlamat Portugal menguasai perdagangan rempah dan menjatuhkan kerajaan-kerajaan tersebut.
Pires berpendapat perdagangan dengan Coromandel atau Malabar serta Bengal tidak menguntungkan Portugal. Sebagai contoh, pelabuhan Masulipatnam hanya melibatkan dagangan garam, cili dan opium bagi perniagaan dadah miliknya. Namun begitu, beliau berpendapat kain kasa Dhaka yang dipintal daripada kapas khas dari Bengal amat bermutu tinggi dan mendapat pemintaaan yang banyak daripada golongan Raja dan bangsawan seluruh Eropah. Kain ini dapat dilihat daripada lukisan-lukisan dinasti Mughal dan terkenal dengan kelembutan dan kehalusan tenunan. Kain kasa Dhaka yang telah pupus ini kini dalam usaha untuk dihidupkan semula sebagai warisan kesenian Bangladesh.
Pelayaran Portugis yang melibatkan Tome Pires melibatkan hamba abdi berbangsa Semitik dari Abyssinia (Habsyah) dan juga hamba-hamba berbangsa Tamil dari pesisir pantai Malabar, India. Hamba-hamba ini disiksa dan dikerah untuk bekerja bagi pihak Portugis serta dipaksa untuk menukar agama daripada Hindu dan Islam kepada Kristian. Hamba-hamba ini berkahwin dengan penduduk tempatan sepanjang pelayaran Portugal ke Timur jauh.
Pires juga menceritakan tentang Kerajaan Hindu di Orissa dan Tippera selain menghuraikan tentangan kekagumannya terhadap ibu negara Kesultanan Bengal iaitu Gauda.
Kesultanan Melaka 1402 - 1511
[sunting | sunting sumber]Mengikut Pires,
- Pengasas Melaka ialah Parameswara seorang putera dari Palembang. Palembang merupakan pusat bagi kerajaan Srivijaya , sebuah empayar yang terkenal daripada keturunan Sailendra.
- 1377 Srivijaya ditakluk oleh Majapahit dan ketika itu Parameswara telah berkahwin dengan seorang puteri dari Majapahit, Jawa Timur.
- Parameswara enggan membayar ufti kepada Majapahit, lalu mengisytiharkan kemerdekaannya. Beliau melarikan diri apabila tentera Majapahit menyerang dan memusnahkan Palembang.
- Di Temasik , Parameswara telah membunuh Tamagi , seorang wakil kerajaan Siam.
- 1398 kerajaan Ayuthia menyerang Temasik dan Parameswara melarikan diri ke Sungai Muar dan seterusnya Sungai Bertam.
- 1400 orang-orang laut yang menjadi pengikutnya setuju Sungai Bertam dijadikan perkampungan yang akhirnya menjadi Kerajaan Melaka.
Bukunya Suma Oriental telah diterjemah dan diterbitkan pada tahun 1944 dengan tajuk Hakluyat Society, tapi bukanlah tulisan asal sebenar daripada Tome Pires.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Bibliography Armando Cortesao, tr, The Suma Oriental of Tome Pires, London, 1944, Reprinted in 1967; Irfan Habib, Merchant Communities in Precolonial India in JD Tracy, ed, The Rise of Merchant Empires, Cambridge, 1990; MR Tarafdar, Bengal Economy Viewed in the Light of Tome Pires' Observations, Journal of the Asiatic Society of Bangladesh, 40, II.
- http://banglapedia.search.com.bd/HT/T_0190.htm