Tomohon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kota Tomohon
Lambang Kota Tomohon.png
Lambang Kota Tomohon


{{{peta}}}
Peta lokasi Kota Tomohon
Koordinat: 1°15' LU dan 124°50' BT
Provinsi Sulawesi Utara
Dasar hukum Undang-undang Nombor 10 Tahun 2003
Pemerintahan
 - Wakil Walikota {{{nama wakil kepala daerah}}}
Luas 11.420 Ha
Populasi
 - Total 85.000 jiwa
 - Kepadatan -
Demografi
 - Kode area telepon 0431
Pembagian administratif
 - Kecamatan 5
 - Kelurahan 35
Simbol khas daerah
 - Situs web http://www.tomohonkota.go.id

Kota Tomohon adalah salah satu kota di Provinsi Sulawesi Utara, Indonesia. Sebelum tahun 2003, Kota Tomohan merupakan salah satu kecamatan di Kabupaten Minahasa. Kota Tomohon mengalami banyak kemajuan sehingga ada penduduknya yang menginginkan Tomahan dipertingkatkan statusnya menjadi sebuah kota. Tomohon menjadi daerah kota yang disahkannya oleh Undang-undang RI Nombor 10 Tahun 2003 mengenai Pembentukan Kabupaten Minahasa Selatan dan Kota Tomohon di Provinsi Sulawesi Utara oleh DPR RI. Namun perasmiannya baru pada diisytiharkan pada 4 Ogos 2003 yang lalu.

Status[sunting | sunting sumber]

Sebelum Tomohon diisytiharkan menjadi sebuah kota, Tomohon pernah dibahagikan menjadi tiga kecamatan iaitu; Kecamatan Tomohon Utara beribu pejabat di jalan menuju Kayawu, Kecamatan Tomohon Tengah beribu pejabat di Kelurahan Talete (Kuranga) dan Kecamatan Tomohon Selatan yang beribu pejabat di Kelurahan Lansot yang kini telah dipindahkan ke Kelurahan Walian. Kini Tomohon sudah dibahagikan menjadi lima kecamatan, iaitu tiga kecamatan sebelumnya dan ditambah dua lagi, iaitu Kecamatan Tomohon Barat dan Kecamatan Tomohon Timur.


Kedudukan Geografi[sunting | sunting sumber]

Kota Tomohon berada pada kedudukan 1°15' Longitud Utara dan 124°50' latitud Timur. Keluasan Kota Tomohon berdasarkan keputusan UU RI Nombor 10 Tahun 2003 sekitar 11.420 Ha dengan jumlah penduduk berjumlah 87.719 orang. Kota Tomohon terletak pada ketinggian kira-kira 700-800 meter dari paras permukaan laut, dikelilingi oleh 3 gunung berapi aktif iaitu Gunung Lokon (1.689 m), Gunung Mahawu (1.311 m) dan Gunung Masarang. Suhu di Kota Tomohon pada waktu siang boleh mencapai 30 darjah Celsius dan 23-24 darjah Celsius pada waktu malam .

Sempadan antara wilayah[sunting | sunting sumber]

Kota Tomohon memiliki sempadan antar wilayah adalah seperti berikut :

  • Utara : Kecamatan Pineleng (Kabupaten Minahasa)
  • Selatan : Kecamatan Sonder (Kabupaten Minahasa)
  • Timur : Kecamatan Tondano Utara (Kabupaten Minahasa)
  • Barat : Kecamatan Tombariri (Kabupaten Minahasa)

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sejak dulu lagi Tomohon dikenali sebagai kota pendidikan dan kota pendidkan agama kerana di sinilah para mubaligh dari Belanda menetap dan membuka sekolah-sekolah, hospital dan menjadi pusat penyebaran agama Kristian. Tomohon memiliki kemudahan pendidikan bermula dari kecil hingga ke pengajian tinggi ataupun universiti. Prasarana pendidikan ini pada umumnya dikendalikan oleh pemerintah dan pihak swasta. Di antara universiti atau sekolah tinggi yang ada di Tomohon, antara lain:

  1. Universiti Kristian Indonesia Tomohon (UKIT) yang dikendalikan oleh Yayasan Perguruan Tinggi Kristian GMIM.
  2. Universiti Sariputra Indonesia Tomohon (Unsrit) yang dikendalikan oleh Yayasan Dharma Bhakti.
  3. Akademi Fisioterapi (Akfis) "Santu Lukas" yang dikendalikan oleh Yayasan Manuel Runtu.
  4. Akademi Keperawatan (Akper) "Gunung Maria" yang dikendalikan oleh Yayasan Ratna Miriam.
  5. Akademi Keperawatan (Akper) "Bethesda" yang dikendalikan oleh Yayasan Kesihatan GMIM.
  6. Sekolah Tinggi Theologia "Parakletos"

Iklim dan Tumbuh-tumbuhan[sunting | sunting sumber]

Iklim Tomohon yang sejuk merupakan ciri tersendiri di Provinsi Sulawesi Utara. Pelbagai jenis spesies flora dan fauna langka yang hanya terdapat di Sulawesi ini . Sebahagian tanaman tersebut kini telah ditanam di tapak persemaian Yayasan Masarang yang nantinya akan dijadikan taman flora yang baru di Gunung Masarang. Taman flora ini diharapkan akan menjadi penyedia benih, kemudahan dalam bidang pendidikan , projek kerjasama untuk kegunaan penduduk tempatan dan luar negara.

Jenis flora dan fauna yang berjaya ditemui ialah:

  • Nepenthes masarangense, bufo celebensis (katak bertanduk), oleh penduduk setempat sering disebut karaksungean.
  • Ficus minahassae, schefflera actinophylla, yang merupakan salah satu tumbuahan asli di Tomohon.

Sumber daya alam[sunting | sunting sumber]

Potensi daerah[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Februari 2006 untuk julung-julung kalinya diadakan Pameran Bunga di Tomohon untuk mempamerkan pelbagai jenis tumbuhan dan mempelbagaikan jenis tumbuhan di Tomohan ini. Pameran bunga ini akan dijadikan sebagai acara tetap tahunan oleh Pihak Berkuasa Tomohon.

Aspek Sosial[sunting | sunting sumber]

Suku kaum[sunting | sunting sumber]

Majoriti masyarakat Tomohon adalah dari suku kaum Tombulu. Namun terdapat juga suku-suku lain yang mendiami Minahasa dan Sulawesi Utara dan .

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Bahasa yang digunakan pada masyarakat Tomohon adalah Bahasa Indonesia dengan loghat khususnya dan Bahasa Tombulu (bahasa daerah).

Agama[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Kota Tomohon memeluk pelbagi jenis agama dan menjadi pusat penyebaran agama Kristian di Minahasa. Pada masa kini, pembangunan Pejabat Pusat Sinode Gereja di Minahasa (GMIM) sudah hampir siap dibina. Gereja Katolik Roman juga mempunyai ramai pengikutnya di Tomohon. Gereja untuk wilayah Tomohon dan Minahasa Selatan berpusat di Tomohon. Di Tomohon juga terdapat ramai pemeluk agama Islam dan agama Buddha. Agama Kristian adalah agama majoriti masyarakat Tomohon.

Hospital[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua hospital di kota Tomohon iaitu hospital peninggalan Belanda Mariaheuvel Ziekenhuis yang didirikan pada 11 Februari 1930 oleh para biarawati JMJ yang kemudian dikenali dengan nama Hospital Umum atau dalam bahasa Indonesianya ialah Rumah Sakit Umum (RSU) Gunung Maria. Hospital ini boleh memuatkan 250 tempat tidur dan merupakan hospital swasta terbesar di Sulawesi Utara. Selain itu, hospital yang terdapat di tomohan adalah milik GMIM iaitu RSU Bethesda yang didirikan tahun 1950-an. ada juga peesakit yang datang ke dua-dua buah hospital ini bukan berasal dari Tomohon sahaja mala ada yang berasal dari Manado.

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Kota Tomohon terdiri daripada 5 kecamatan yang dibahagikan kepada 32 kelurahan dan kampung. Pengawai daerah Tomohon sekarang ialah Jefferson S.M. Rumajar dan Wakil pengawai daerah Linneke S. Smits-Watoelangkow.

Kecamatan[sunting | sunting sumber]

Aspek Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Dahulunya Tomohon dikenali sebagai pusat pemborong sayur-sayuran. Kini gelaran itu telah beralih ke Kecamatan Modoinding, Kabupaten Minahasa Selatan. Tomohon kini dikenali sebagai pemborong bunga di Provinsi Sulawesi. Keistimewaanya adalah kerana Kota Tomohan ini dikelilingi oleh tiga gunung berapi yang masih akif seperti Lokon, Mahawu, dan Masarang yang menjadikan daerah ini sebagai daerah yang subur dan berlulu hawa dingin.

Pasar Tomohon dulunya adalah sebuah pasar tradisional terbesar di Minahasa. Di pasar ini, dijual pelbagai jenis daging iaitu daging lembu, khinzir, anjing, dan ayam. Daging yang dijual disini sangat segar dsamping turut dijual berbagai-bagai jenis ikan laut dan ikan air tawar. Oleh hal demikian, ramai orang Manado datang berbelanja di Pasar Tomohon.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Kemudahan pengangkutan yang ada di Tomohon ialah:

  • Pengangkutan darat:
  1. Peluncur Udara Bermotor (dalam kota, jarak dekat).
  2. Bas
  3. Kereta sorong anjing (Bahasa Indonesia ; Bendi) (ke wilayah tertentu sahaja).

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Tarian yang ada di Tomohon sama dengan di Minahasa. Antaranya ialah :

  • Tarian Katrili
  • Tarian Maengket
  • Tarian Pisok
  • Tarian Kabasaran (Tari Perang)


Seni Muzik yang ada di Tomohon ialah:

  • Muzik Buluh
  • Muzik Bia (berasal dari cangkerang hidupan laut)
  • Muzik Kolintang (bahannya terbuat daripada kayu yang dipotong)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Templat:Kota Tomohon

Templat:Indo-geo-stub

cn:Tomohon hl:Tomohon