Tongkat kuasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang protodiakon Ortodoks memegang sebatang tongkat jalan. Potret oleh Ilya Repin, 1877 (Tretyakov Gallery, Moscow).

Tongkat kuasa ialah sejenis tongkat yang sering dibawa untuk menunjukkan pangkat sosial atau darjat prestij sosial seseorang pegawai yang berjawatan.

Selain dari penggunaan gereja dan adat istiadat yang disebutkan dibawah, terdapat sedikit penggunaan formal. Tongkat berhulukan emas atau perak boleh menunjukkan kedudukan sosial (atau kemegahan). Para guru atau pengawas di sekolah secara tradisinya membawa sebilah rotan bagi menunjukkan hak mereka (dan potensi ugutan) untuk membuat hukuman rotan, dan para pegawai tentera membawa tongkat swagger sebagai ugutan hukuman fizikal. Konduktor orkestra menggunakan tongkat nipis sebagai simbol kuasa dan alat kemahiran mereka.[petikan diperlukan]

Penggunaan upacara gereja[sunting | sunting sumber]

Para pendeta gereja membawa tongkat kayu atau tongkat kuasa; para uskup menggunakan krozier atau tongkat berkelok.[1]

Di dalam Gereja Ortodoks Timur dan sebilangan Gereja Ortodoks Oriental sebatang tongkat kaki digunakan oleh para uskup,[2] arkimandrit dan hegumen (paderi) sewaktu berjalan ke luar. Ia biasanya diperbuat dari kayu gelap dan lurus, bukannya mempunyai pemegang melengkung. Tongkat jalan yang digunakan oleh uskup dan arkimandrit biasanya dihiasi dengan cengkaman perak dibahagian hulu dan logam ferrule di atasnya. Tongkat jalan yang digunakan oleh hegumen atau hegumenia (biarawati) selalunya diperbuat dari kayu biasa, tiada perhiasan.[petikan diperlukan]

Tongkat jalan tidak digunakan dalam sebarang konteks liturgi, kecuali apabila seseorang uskup secara rasminya diterima pada permulaan upacara itu, dia akan membawanya masuk ke gereja. Seorang budak altar akan mengambil tongkat tersebut setelah dia memasuki serambi gereja (narthex) dan mengembalikan kepadanya apabila dia pulang pada penghujung upacara itu.[3]

Penggunaan upacara istiadat[sunting | sunting sumber]

Charles Fitzroy, 2nd Duke of Grafton by William Hoare
Charles FitzRoy, Duke Kedua Grafton (m. 1757), memegang tongkat putih nipis Lord Chamberlain

Raja-raja biasanya mempunyai cogan alam bagi menandakan jawatan mereka, dan para Fil Marsyal secara tradisinya diberi baton pendek yang tebal di beberapa buah negara. Terdapat juga jawatan yang mengambil gelaran daripada tongkat mereka, seperti Black Rod, Gentleman Usher of the White Rod dan Tipstaff. "Sebatang kayu" atau tongkat putih nipis ialah lambang tradisi Lord Chamberlain England dan kemudian UK. Selaku pegawai paling kanan Istana, yang bertanggungjawab bagi hal ehwal disiplin, ia boleh digunakan untuk menyentuh orang istana yang bergaduh dengan cara fizikal yang lembut tetapi menakutkan untuk menenangkan keadaan. Ia secara istiadat dipatahkan pada pemakaman raja, menandakan berakhirnya perkhidmatan Lord Chamberlain kepada raja. Sesetengah badan korporat seperti majlis tempatan dan syarikat livery menggunakan tongkat cokmar.[petikan diperlukan]

Era ketenteraan Kaiser dan Hitler[sunting | sunting sumber]

Interimstab Fil Marsyal[sunting | sunting sumber]

"Interimstab" (tongkat interim) atau dipanggil tongkat kuasa Fil Marsyal, berasal mengikut bentuk dan asas dari era Kaiser Wilhelm II, sebelum Perang Dunia I. Ia tidak bergantung pada mana-mana tradisi dan dicipta mengikut reka bentuk cambuk kuda, dengan beberapa pengubahsuaian yang besar. Tongkat ini berupa sebatang kayu walnat berwarna hitam atau coklat berukuran 31 inci panjang yang berbingkaikan hulu tombol yang diperbuat dari logam perak dan berkepalakan sebuah Mahkota Kerajaan yang diperbuat dari emas.

Dalam Reich Ketiga, tongkat kuasa ini dikurniakan buat pertama kalinya pada 20 April 1936, kepada Werner von Blomberg, yang juga merupakan Fil Marsyal pertama dibawah Hitler. Setiap Generalfeldmarschall atau Grossadmiral yang baru dinaikkan pangkat akan dianugerahi dengan dua baton: yang pertama, baton istiadat (Marschallstab) yang dipenuhi perhiasan berharga manakala yang kedua adalah tongkat interim untuk kegunaan harian supaya dapat mengurangkan kelusuhan pada baton istiadat yang lebih berat, sensitif, terdedah, dan sangat mahal.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Norris, Herbert (January 2002). Church Vestments: Their Origin and Development. m/s. 116. ISBN 9780486422565.
  2. ^ "Section 13.04 Ecclesiastical style of dress". Governance and Canon. Inclusive Orthodox Church. Dicapai pada 10 October 2010. [A Bishop] may carry a walking stick ...
  3. ^ Hastings, James (1921). Encyclopædia of Religion and Ethics: A-Art: Index (dalam bahasa Inggeris). C. Scribner's sons. m/s. 813. ISBN 9780567065094.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]