Topografi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tonjolan topografi)
Peta topografi dengan selang kontur.

Topografi ialah datu bidang sains planet terdiri daripada kajian bentuk dan ciri permukaan Bumi dan objek astronomi boleh cerap lain termasuk planet, bulan dan asteroid. Ini juga merupakan gambaran bentuk dan ciri permukaan sedemikian (terutamanya gambaran dalam peta). Topografi sesebuah kawasan juga boleh bererti bentuk dan ciri permukaan itu sendiri.

Secara am, topografi adalah tentang perincian tempatan secara am, bukan hanya termasuk relief tetapi juga termasuk ciri semula jadi dan buaatan, dan juga sejarah dan budaya tempatan. Erti ini adalah kurang am di Amerika Syarikat, yang peta topografinya dengan kontur elevasi berkaitan dengan kontur ketinggian telah menjadikan "topografi" seerti dengan relief. Erti lebih lama untuk topografi sebagai kajian tempat masih digunakan di Eropah.

Topografi secara spesifik termasuk catatan relief atau terain, mutu tiga dimensi permukaan, dan pengenalpastian bentuk bumi tertentu. Ini juga dikenali sebagai geomorfometri. Dalam kegunaan moden, ini melibatkan penjanaan data ketinggian dalam bentuk elektronik. Ini kerap dianggap termasuk pewakilan grafik bentuk bumi di dalam peta dengan ragam teknik, termasuk garis kontur, tinta hipsometri, dan pelorekan relief.[1][2][3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ What is topography? - Center for Geographic Information
  2. ^ Definition from WordNet Search - princeton.edu
  3. ^ Definition from Federal Citizen Information Center - pueblo.gsa.gov