Tonto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tonto (singkatan bagi Tolong Orang Nak Tipu Orang) ialah orang tengah yang bertindak sebagai pemberi maklumat bagi memperlahankan dan menggagalkan tugas pihak berkuasa. Istilah tonto digunakan secara umum bagi menggambarkan seseorang atau sekumpulan orang yang "memberi maklumat", memberikan upah tentang pergerakan agensi penguat kuasa kepada pengendali haram dengan bayaran.[1] Istilah lainnya dalam undang-undang ialah peserta atau aksesori kepada perbuatan jenayah.

Mereka berada di mana-mana, sama ada di darat dan di laut, membayangi pegawai penguatkuasaan berjalan di sekitar mereka dan memberi amaran kepada "pembiaya" mereka tentang mana-mana serbuan yang akan berlaku.[1] Agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kastam Diraja Malaysia yang bertanggungjawab menumpaskan sindiket tonto.[2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Tontos running around like it’s Wild West" New Straits Times (8 Mei 2016). Dicapai pada 25 Mei 2016.
  2. ^ "Bagaimana sindiket “sial” tonto boleh bermaharajalela" Malaysiakini (10 Oktober 2016). Dicapai pada 25 Mei 2017.
  3. ^ "Putting the reins on tontos" The Star Online (4 Mei 2016). Dicapai pada 25 Mei 2016.