Tony Eusoff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tony Eusoff
KelahiranAnthony Joseph anak Hermas Rajiman
(1977-04-03) 3 April 1977 (umur 42)
Kuching, Sarawak, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPelakon, penyanyi, model, pengacara
Tahun aktif2004–kini

Anthony Joseph anak Hermas Rajiman atau lebih dikenali sebagai Tony Eusoff (lahir 3 April 1977) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang terkenal kerana penglibatannya dalam drama televisyen, teater dan filem tempatan, dan juga berpengalaman sebagai seorang penyanyi, peragawan dan pengacara.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Tony dilahirkan pada 3 April 1977 di Kuching, Sarawak dan dibesarkan di Siburan.[2][3] Pada 31 Mac 2016, beliau dihadapkan di mahkamah tinggi Singapura atas kesalahan memiliki dadah terkawal Kelas A, Akta Penyalahgunaan Dadah di negara itu.[4][5] Beliau dipercayai memiliki paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja. Akibatnya, beliau dihukum penjara selama 8 bulan.[6][7] Beliau dibebaskan lebih awal tiga bulan daripada hukuman penjara lapan bulan pada 1 Oktober.[8][9]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Tony Eusoff membuat penampilan pertamanya dalam bidang lakonan pada tahun 2004, yang mana beliau menjayakan peranan pembantu sebagai Adam dalam filem Di Ambang Misteri. Dua tahun kemudian, beliau memegang watak sebagai Dr. Fahmi dalam filem romantik Cinta arahan Kabir Bhatia yang mengisahkan mengenai lima cerita yang mengisahkan mengenai cinta dari perspektif berbeza.[10]

Tony membuat penampilan pentas teater pertamanya dengan menjayakan peranan Cikgu dalam pementasan teater Jalan Impian yang dipentaskan di KLPac pada 13 hingga 17 Julai 2005.[11] Pada 9 November 2007, beliau muncul dalam drama perundangan, Sadiq & Co. yang disiarkan di ntv7, memegang watak sebagai Ben Arthur.[12] Tony memegang watak Herman dalam filem aksi Pecah arahan Asrul Hisham Ahmad, adaptasi dari novel karya Khairulnizam Bakeri terbitan Buku FIXI. Filem ini turut dibintangi oleh Izreen Azminda dan Soffi Jikan dan ditayangkan pada 13 Jun 2013.[13]

Pada 2013 juga, beliau menjayakan peranan utama sebagai Seniman Agung P. Ramlee dalam pementasan teater P. Ramlee the Musical yang dipentaskan di Sarawak, beliau muncul kembali menerusi musim ketiga teater ini yang turut dijayakan oleh Lisa Surihani.[14]

Tony kembali menjayakan peranannya sebagai P. Ramlee dalam telefilem biopik dua bahagian, Saloma yang dibintangi oleh Nabila Huda sebagai Saloma.[15]

Beliau juga menjayakan persembahan nyanyiannya, One Love, yang berlangsung di No Black Tie dari 8 hingga 10 November 2015 bersama pelakon Nadia Aqilah Bajuri.[16]

Tony memegang watak sebagai Jack dalam filem Sindiket arahan Bade Hj. Azmi yang ditayangkan pada 6 April 2017.[17][18] Dari 26 hingga 31 Ogos 2017, Tony memegang watak sebagai doktor dalam siri drama patriotik Anak Merdeka lakonan Remy Ishak, Elvis Chin dan Thanuja Ananthan.[19]

Beliau merupakan sebahagian daripada barisan pelakon drama online Projek Dapat Baby oleh Najwa Medispa termasuk Rita Rudaini, Azhar Sulaiman, Aida Khalida dan Fikry Ibrahim.[20][21] Tony turut mengusahakan perniagaan sosej sejak 2017.[22]

Tony muncul dalam drama Jibril arahan Megat Shahrizal yang diterbitkan untuk platform digital oleh Viu dengan kerjasama Media Prima Berhad; memegang watak sebagai Jonathan. Pelakon lain yang terlibat termasuk Lisa Surihani, Aeril Zafrel, Zahiril Adzim dan Sangeeta Krishnasamy.[23] Selain itu, beliau juga bakal membintangi filem Orang Itu arahan Ida Nerina.[24]

Tony merupakan salah seorang dari pelakon yang menjayakan kesinambungan bagi pementasan teater Ola Bola The Musical yang dipentaskan pada 18 Februari hingga 3 Mac 2019 di Istana Budaya. Pelakon yang terlibat termasuk Luqman Hafidz, Iedil Putra, Hafeez Mikail, Douglas Lim dan Nabila Huda.[25]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem/drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2004 Di Ambang Misteri Adam Filem pertama
2006 Cinta Dr. Fahmi
2008 Akhirat Mejar TUDM Amran
Sepi Sufi
Susuk Penonton
2012 War of the Worlds: Goliath Leftenan Raja Iskandar Shah
Relationship Status Jason
2013 Pecah Herman
2014 Cuak Mikail
2017 Sindiket[26] Jack
Marathon Quentin Filem pendek
2018 Rise: Ini Kalilah Kemunculan khas
2019 Dendam Pontianak Rais
TBA Orang Itu Filem/drama yang belum dikeluarkan
Shadowplay Filem/drama yang belum dikeluarkan Anton Shaw

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Watak Catatan
2004-06 Astana Idaman Astro Ria Mark
2005 Simbiosis TV3
2006 Igauan Semalam
2007 Again ntv7
Muli TV2 Zul
Sadiq & Co ntv7 Ben Arthur
2008 Frontpage ntv7 Jack Lee
5 Jingga 8TV En. Yusof
Ghost 8TV Dr. Jamal Hafiz
Sketches ntv7
2013 After School KTO Pengetua DeSouza
2016 The Hush Daud
2017 Anak Merdeka Astro Ria Doktor
Dendam Aurora Astro Maya HD Dato' Hamzah
2018 Kelip-Kelip Di Kota London TV3 Dato Syed Mukhriz
Cinta RTM
Jibril ntv7 Jonathan
KOPI Episod: "Tangan Berulat"
Projek Dapat Baby

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Diari Bella Pak Abu TV2 Kemunculan khas
2014 Saloma P. Ramlee Astro First Eksklusif
2018 Kekasih Elektrik Roy Astro Citra
2019 KL Gangster Underworld: Rise To Power Iflix

Drama web[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2008 Ceraiya KP
malaysiantalents.com Dirinya sendiri Artis jemputan

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
2005 Jalan Impian The Musical Cikgu (pelakon pembantu)
The Girl From Ipoh (pelakon pembantu)
2006 Broken Bridges - The Musical Ringo (pelakon pembantu)
2007 Tunku The Musical Tuan Syed (pelakon utama)
Rose, Rose I Love You Tim (pelakon utama)
2013 P. Ramlee the Musical P. Ramlee
2015 In Your Face
2019 Ola Bola The Musical: Restaging

Dokumentari[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Peranan
2007 Toklah Kamek TV1 Narator

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2006 Anugerah Seni BOH Cameronian Persembahan Vokal Solo Terbaik (Suara) Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rouwen Lin (9 September 2013). "Kuching homecoming for actor Tony Eusoff". The Star Online. Dicapai 22 Jun 2018. 
  2. ^ Shanon Shah (27 Ogos 2009). "The tattooed Bidayuh". The Nut Graph. Dicapai 11 November 2017. 
  3. ^ Suzanne Lazaroo (13 September 2017). "Notables: We must strive to be a better Malaysia". The Malay Mail. Dicapai 11 November 2017. 
  4. ^ Elena Chong (21 April 2016). "Malaysian actor Tony Eusoff jailed 8 months for possessing drugs while on filming assignment". The Straits Times. Dicapai 11 November 2016. 
  5. ^ "Dadah: Pelakon Tony Eusoff dijatuhi hukuman penjara 8 bulan". Utusan Malaysia. 21 April 2016. Dicapai 11 November 2016. 
  6. ^ "Tony Eusoff dihukum penjara 8 bulan di Singapura". Berita Harian. 21 April 2016. Dicapai 11 November 2016. 
  7. ^ P. Divakaran (1 April 2016). "Actor Tony Eusoff in Singapore court over drug possession charge". The Star (Malaysia). Dicapai 11 November 2016. 
  8. ^ "Tony Eusoff hargai peluang kedua selepas bebas penjara awal". Berita Harian. 12 Oktober 2016. Dicapai 11 November 2016. 
  9. ^ Ida Nadirah Ibrahim (14 Oktober 2016). "Tony Eusoff's darket days are over". The Malay Mail. Dicapai 11 November 2016. 
  10. ^ Mohd. Faisal, Shazryn (16 November 2006). "Cinta filem terbaik tahun ini?". Utusan Malaysia. Dicapai 11 November 2015. 
  11. ^ Rubin Khoo (11 Julai 2005). "Jalan Impian's road to fame". The Star (Malaysia). Dicapai 19 April 2018. 
  12. ^ Sadiq & Co. kes mahkamah menjadi drama TV Utusan Malaysia (14 November 2007). Dicapai pada 28 Mei 2010.
  13. ^ Raziatul Hanim A. Rajak (25 April 2013). "Filem Pecah bakal pecah panggung". Sensasi Selebriti. Dicapai 16 Mei 2018. 
  14. ^ Marilyn Ten (11 September 2013). Tears, laughter at ‘P Ramlee: The Musical’ The Borneo Post. Dicapai pada 22 Mac 2015.
  15. ^ Kenneth Chaw (21 Ogos 2014). In Saloma’s shoes The Star (Malaysia). Dicapai pada 10 September 2014.
  16. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (28 Oktober 2015). Tony Eusoff wants to do more comedy New Straits Times. Dicapai pada 6 Jun 2016.
  17. ^ Suhana Che Omar (10 April 2017). "'Sindiket' Kisah Benar Jenayah Pemerdagangan Manusia". Youth Bernama. Dicapai 6 April 2017. 
  18. ^ Aqmar Mustaza, Nina Farzuin Md Sharom (1 April 2017). "'Sindiket' bongkar pemerdagangan manusia". Sinar Harian. Dicapai 6 April 2017. 
  19. ^ "Bagaimana Drama Anak Merdeka Serlahkan Sifat Wira Tonggak Utamanya?". Gegar. 25 Ogos 2017. Dicapai 22 Jun 2018. 
  20. ^ Ruhaya Ab. Hamid (3 Ogos 2018). "Dua tahun yang tenang, bahagia". Utusan Malaysia. Dicapai 6 Ogos 2018. 
  21. ^ "Tony Eusoff selesa watak komedi". XTRA. 26 Julai 2018. Dicapai 6 Ogos 2018. 
  22. ^ Tony Eusoff tidak digam, jual sosej Kosmo! (2 Ogos 2018). Dicapai pada 16 September 2018.
  23. ^ Aref Omar (5 Oktober 2018). "#Showbiz: A new hero in Jibril". New Straits Times. Dicapai 24 Oktober 2018. 
  24. ^ Ramlah Zainal (19 Oktober 2018). "'Rugilah Orang Itu tidak ditayangkan'". Harian Metro. Dicapai 24 Oktober 2018. 
  25. ^ Dennis Chua (26 Januari 2019). "#Showbiz: Ola Bola The Musical returns with new cast members". New Straits Times. Dicapai 26 Januari 2019. 
  26. ^ Amirul Haswendy Ashari (5 Mac 2017). Tony tunggu ‘Sindiket’ Harian Metro. Dicapai pada 28 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]