Topeng muka N95

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Masker N95

Topeng muka N95 ialah pelitup muka dengan penapis zarah yang sesuai dengan piawaian N95 dari penarafan penapisan udara Institut Kebangsaan untuk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH). Masker N95 mampu menapis sekurang-kurangnya 95 peratus zarah yang dilepaskan ke udara, tetapi tidak tahan terhadap minyak seperti P95. Topeng muka N95 ialah pelitup muka dengan penapisan zarah yang paling umum dijumpai.[1] Masker N95 melindungi pernafasan dari zarah namun bukan dari gas dan wap.[2]

Topeng muka N95 dianggap secara fungsi setara dengan Topeng muka FFP2 dari Kesatuan Eropah dan Topeng muka KN95 dari China. Walaupun begitu terdapat sedikit perbezaan kriteria dalam pensijilan kemampuannya (keberkesanan penapisan, agen penguji, tingkat aliran udara dan perbezaan tekanan udara)[3][4]

Topeng muka N95 memerlukan jaring halus serat polimer sintetis yang biasa disebut kain nonwoven polypropylene,[5] yang dihasilkan dengan proses tiupan cair yang membentuk penapis bahagian dalam yang menapis zarah berbahaya.[6]

Manfaat[sunting | sunting sumber]

Topeng muka N95 memiliki fungsi dan kegunaan khusus. Berikut ialah beberapa manfaat topeng muka N95 jika digunakan dengan cermat:[7]

  • Menapis 95% zarah yang sangat kecil
  • Menapis virus, bakteria, kulat, alergeniti, dan habuk
  • Menapis zarah pepejal
  • Menyingkirkan zarah-zarah yang tidak berminyak cair, seperti semburan anti-serangga, minyak wangi, dll.
  • Membantu dan melegakan pernafasan akibat pencemaran

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "NIOSH-Approved N95 Particulate Filtering Facepiece Respirators - A Suppliers List". U.S. National Institute for Occupational Safety and Health (dalam bahasa Inggeris). 2020-03-19. Dicapai pada 2020-03-27.
  2. ^ "Respirator Trusted-Source: Selection FAQs". U.S. National Institute for Occupational Safety and Health (dalam bahasa Inggeris). 2020-03-12. Dicapai pada 2020-03-28.
  3. ^ "Comparison of FFP2, KN95, and N95 and Other Filtering Facepiece Respirator Classes" (PDF). 3M Technical Data Bulletin. 2020-01-01. Dicapai pada 2020-03-28.
  4. ^ Strategies for Optimizing the Supply of N95 Respirators: COVID-19 | CDC
  5. ^ World Depends on China for Face Masks But Can Country Deliver? | Voice of America - English
  6. ^ Feng, Emily (March 16, 2020). "COVID-19 Has Caused A Shortage Of Face Masks. But They're Surprisingly Hard To Make". NPR.
  7. ^ "Masker N95: Keunggulan, Fungsi, dan Cara Menggunakan". DokterSehat (dalam bahasa Indonesia). 2020-03-04. Dicapai pada 2020-06-01.