Topi keledar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Topi keledar ialah suatu pakaian perlindungan yang dipakai bagi melindungi kepala - bersama tengkorak yang menutupi otak - daripada sebarang kecederaan. Ia wujud sebagai suatu pembangunan moden daripada ketopong yang dipakai kesatria dan hulubalang bersama baju zirah untuk tujuan perlindungan kepala daripada terkena pukulan senjata ketika berperang pada zaman dahulu.

Topi keledar secara umumnya digunakan untuk kegiatan rekreasi dan sukan terutamanya yang jenis lasak; pekerjaan yang berbahaya (misalnya kerja pembinaan dan perlombongan); dan pengangkutan (menunggang motosikal, basikal dan sebagainya).

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Topi keledar melindungi kepala pemakai melalui penyerapan tenaga mekanik serta pengelakkan penembusan bendasing ke kepala. Keupayaan struktur dan perlindungan topi diolah apabila dihadapi dengan impak bertenaga tinggi. Isipadu dan berat topi juga mempengaruhi kecenderungan risiko kecederaan terhadap leher dan kepala pemakai.

Sesetengah topi keledar ini turut mempunyai unsur perlindungan lain seperti visor dan gogel yang melindungi mata atau kekisi besi yang menahan impak luar yang kuat serta menambah ruang lebih antara kepala dengan persekitaran luar.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]