Toradora!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Toradora!
Toradora! ; Novel Ringan Volume 1.jpg
Kulit hadapan Toradora! novel keluaran pertama.
とらドラ!
GenreDrama, Komedi, Romantik
Novel ringan
PengarangYuyuko Takemiya
IlustrasiYasu
PenerbitASCII Media Works
DemografikMale
PencetakanDengeki Bunko
Tarikh Pengeluaran10 Mac 200610 Mac 2009
Jilid10
Novel ringan
Toradora Spin-off!
PengarangYuyuko Takemiya
IlustrasiYasu
PenerbitASCII Media Works
DemografikMale
PencetakanDengeki Bunko
Majalah AsalDengeki Bunko Magazine
Tarikh Pengeluaran10 May 200710 April 2010
Jilid3
Manga
PengarangYuyuko Takemiya
IlustrasiZekkyō
PenerbitASCII Media Works
Penerbit Lain
DemografikShōnen
Majalah AsalDengeki Comic Gao! (former)
Dengeki Daioh
Tarikh PengeluaranSeptember 2007 – kini
Jilid6 (Senarai jilid-jilid)
Siri anime televisyen
PengarahTatsuyuki Nagai
Skrip/PenulisMari Okada
Lagu/MuzikYukari Hashimoto
StudioJ.C.Staff
Dilesenkan oleh
Hanabee
Penyiaran AsalTV Tokyo
Tarikh tayangan2 Oktober 200826 Mac 2009
Episod25 (Senarai episod)
Permainan
PembangunGuyzware
PengeluarNamco Bandai Games
Genrenovel visual
PelantarPlayStation Portable
Tarikh dikeluarkan30 April 2009
Video animasi original
PengarahTatsuyuki Nagai
StudioJ.C.Staff
Dilesenkan oleh
Dikeluarkan pada21 December 2011
Portal Anime dan Manga

Toradora! (とらドラ!) ialah siri novel ringan yang ditulis oleh Yuyuko Takemiya, dan diilustrasikan oleh Yasu. Sebanyak 10 novel telah dihasilkan antara 10 Mac 2006 sehingga 10 Mac 2009. Novel-novel ini telah diterbitkan oleh ASCII Media Works di bawah Dangeki Bunko. Tiga volume bagi spin-off novel ini dihasilkan menggunakan tajuk Toradora Spin-off!. Manga telah dihasilkan oleh Zekkyō hasil adaptasi daripada novel ini, dan siri manga ini mula diterbitkan pada September 2007 melalui majalah shōnen manga, Dengeki Comic Gao! dihasilkan oleh MediaWorks. Siri manga ini berakhir pada Mac 2008, tetapi disambung dengan majalah yang lain iaitu ASCII Media Works pada May 2008.

Sebanyak 25 episod telah diadaptasi, dihasilkan oleh J.C.Staff. Ianya ditayangkan di Jepun melalui siaran TV Tokyo antara Oktober 2008 hingga Mac 2009. Origina Video Animation, OVA berdurasi selama 30 minit dihasilkan pada 21 Disember 2011. Anime ini yang ditayangkan di Utara Amerika dalam dua musim antara Julai dan Ogos 2010. Manakala suara latar yang menggunakan bahasa inggeris dihasilkan pada Julai 2014. Anime yang ditayangkan di Utara Amerika ini mendapat kelulusan lesen daripada Nippon Ichi Software. Visual novel yang berasal daripada siri anime telah dikeluarkan pada April 2009 oleh Namco Bandai Games untuk Playstation Portable

Tajuk Toradora! merujuk kepada kedua-dua watak utama iaitu Taiga Aisaka dan Ryūji Takasu. Taiga yang bunyinya tora (とら) bermaksud harimau dan Ryūji bermaksud naga (dragon). Sebutan dragon dalam bahasa jepun ialah doragon (ドラゴン).

Plot[sunting | sunting sumber]

Cerita Toradora! bermula dengan seorang watak yang bernama Ryūji Takasu. Biarpun dia berusaha untuk kelihatan segak dan berpesonaliti yang baik, namun usahanya menemui kegagalan kerana dia mempunyai mata yang kelihatan seperti budak juvana ataupun gangster. Disebabkan gagal untuk kelihatan baik, dia gagal mendapatkan teman wanita biarpun dia merupakan pelajar sekolah tinggi yang sepatutnya mempunyai teman wanita. Apabila dia cuba mendekati pelajar perempuan, pelajar-pelajar tersebut mula kelihatan takut, dan mereka terus menjauhkan diri daripada Ryūji Takasu. Oleh sebab ini, dia tidak mempunyai ramai kawan. Aktiviti hariannya ialah bangun pagi dan ditegur oleh ibunya, kemudian dia ke sekolah. Dia sangat bahagia apabila dia mengetahui bahawa rakan baiknya iaitu Yūsaku Kitamura dan perempuan yang dia sukai dalam diam iaitu Minori Kushieda turut sekelas sekalinya. Namun begitu, rakan kepada Minori iatu Taiga Asaka yang garang bagaikan harimau, turut sama berada dalam kelas itu.

Taiga mempunyai personaliti ataupun perangai yang sangat teruk. Dia tidak teragak-agak untuk memarahi seseorang. Begitu juga terhadap Ryūji. Taiga berasal daripada keluarga yang kaya raya, namun dia mengambil keputusan untuk hidup sendiri, jauh dari keluarganya. Dia tinggal di apartment mewah bersebelahan rumah Ryūji yang buruk. Apabila Ryūji mendapat tahu bahawa Taiga sukakan Yūsaku, dan Taiga mengetahui bahawa Ryūji menyukai Minori, mereka bekerjasama untuk saling membantu dalam mencapai matlamat mereka, untuk meluahkan perasaan terhadap orang yang mereka sukai. Taiga menjadikan Ryūji sebagai orang suruhannya untuk memasak dan mengemas bilik. Ryūji hanya menurut perintah kerana dia bimbang Taiga akan beritahu Minori bahawa dia menyukai Minori. Biarpun hubungan mereka seperti tuan dan orang suruhan, namun mereka amat rapat dan saling bekerjasama. Lama kelamaan, mereka mula sedar bahawa mereka saling mencintai antara satu sama lain. Akhirnya mereka mengakui dan menyatakan perasaan mereka. Di akhir episod anime ini, mereka bahagia sebagai pasangan kekasih.

Media[sunting | sunting sumber]

Novel ringan[sunting | sunting sumber]

Toradora! bermula dengan siri novel ringan yang ditulis oleh Yuyuko Takemiya dan dilukis oleh Yasu. Sebanyak 10 novel dihasilkan oleh ASCII Media Works di bawah Dangeki Bunko antara 10 Mac 2006 sehingga 10 Mac 2009. [1]

Terdapat empat bab yang tidak dikumpulkan dalam jilid, tiga daripadanya muncul dalam ketiga-tiga novel antologi yang berlainan, dikeluarkan oleh MediaWorks pada November 2006, Mac 2007 dan November 2007. Bab yang terakhir berjudul Toradora! yang diberi dengan ole-ole harimau dihasilkan pada April 2007. [2]

Tiga jilid spin-off yang berjudul Toradora Spin-off! (とらドラ・スピンオフ!) juga dicipta. Jilid yang pertama dikeluarkan pada 10 May 2007 mempunyai empat bab, tiga daripadanya telah disirikan oleh majalah Dangeki hp antara 10 Jun 2006 sehingga 10 Februari 2007. Bab terakhir ditulis secara special untuk jilid yang dikeluarkan. Satu bab yang tertinggal spin-off itu dihasilkan pada Februari 2006 dalam Dangeki hp termasuklah jilid kedua bagi novel ringan biasa. Bab-bab yang lain mula disirikan dalam penyambungan Dangeki hp iaitu Dangeki Bunko Magazine pada 10 Disember 2007. Bab tambahan untuk siri utama disirikan dalam majalah yang sama pada 10 April 2008. Jilid kedua Toradora Spin-off! dikeluarkan pada 10 Januari 2009, disusuli dengan jilid yang ketiga iaitu pada 10 April 2010. Jilid ketiga dikeluarkan untuk menyambut tahun harimau(2010).

Manga[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Senarai bab Toradora!

Manga telah diadaptasikan daripada novel ringan, diilustrasikan oleh Zekkyō bermula pada September 2007 oleh shōnen manga MediaWorks majalah Dengeki Comic Gao! [3] Manga tamat dalam Dangeki Comic Gao! pada Mac 2008, kemudiannya bersambung semula dalam majalah manga Dangeki Daioh di bawah ASCII Media Works dari Mei 2008. [4][5]

Jilid pertama tankōbon telah dikeluarkan pada 27 Februari 2008 di bawah Dangeki Comics, ASCII Media Works. Enam jilid berjaya dikeluarkan sehingga 27 Julai 2013.[6] Pengeluar Utara Amerika iaitu Seven Seas Entertainment menghasilkan enam jilid antara 1 Mac 2011 sehingga 3 Februari 2014.[7][8]

Persembahan Radio Internet[sunting | sunting sumber]

Radio Internet membuat tayangan untuk mempromosikan siri anime Toradora! yang dikenali sebagai ToradoRadio! (とらドラジオ!, Toradorajio!), mempunyai 38 episod dan dikeudarakan antara 4 September 2008 sehingga 28 Mei 2009, dikendalikan oleh Animate TV.[9] Pertunjukan itu dikeudarakan secara online setiap Khamis, dan dikendalikan oleh Junji Majima dan Eri Kitamura yang merupakan suara latar Ryūji Takasu and Ami Kawashima.

Anime[sunting | sunting sumber]

Permainan[sunting | sunting sumber]

Novel visual dibangunkan oleh Guyzware dan dihasilkan oleh Namco Bandai Games berdasarkan Toradora! boleh dimainkan melalui Playstation Portable. Ianya dikeluarkan pada 30 April 2009.[10][11][12] Si pemain akan bertindak sebagai watak utama iaitu Ryūji Takasu yang akan mengelilingi sekolah dan taman, berbual dengan rakan-rakan dan menghasilkan pengakhiran yang berbeza. Dalam Dengeki Gakuen RPG: Cross of Venus untuk Nintendo DS,RPG watak Taiga boleh dimainkan, dihasilkan pada 19 Mac 2009 di Jepun. Dia juga membuat penampilan cameo dalam Z.H.P. Unlosing Ranger VS Darkdeath Evilman, Nippon Ichi Software untuk Playstation Portable.

Resepsi[sunting | sunting sumber]

Mainichi Shimbun melaporkan pada April 2009, tiga juta salinan novel ringan Toradora! telah habis dijual di Jepun.[13] Siri novel ringan ini berada dalam ranking Takarajimasha, Kono Light Novel ga Sugoi! sebanyak empat kali iaitu tempat keenam pada tahun 2007, tempat keempat pada tahun 2008 dan 2010 dan tempat kedua pada tahun 2009. Anugerah pertama bagi novel ringan Kadokawa Shoten diadakan pada 2007 dan Toradora! berjaya memenangi anugerah dalam kategori komedi romantik.[14][15] Jilid ketujuh novel ringan Toradora! telah berada di tempat yang ke 10 untuk hasil jualan yang terbaik antara Disember 2007 sehingga November 2008 oleh Amazon.co.jp.[16]

Jilid kedua Toradora! manga berada di tangga ke 28 carta Oricon antara 3 hingga 9 Mac 2009.[17] Taiga Asaka menjadi juara Anime Saimoe Tournament buat kali kelapan pada 2009.[18] Anime Toradora telah diilih sebagai hasil kerja yang disarankan oleh juri anugerah kali ke 13 Japan Media Arts Festival pada 2009.[19] Pada tahun 2009, Rie Kugimiya memenangi anugerah Artis Terbaik Seiyu Awards yang menjadi suara latar kepada Taiga. [20]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Toradora! Anime's Original Novels to End on March 10". Anime News Network. 2009-02-05. Dicapai 2009-02-05. 
  2. ^ "Dengekiya shop listing of the tiger stuffed animal from Toradora!". ASCII Media Works. Dicapai 2008-02-14. 
  3. ^ "Dengeki Comic Gao! September 2007 issue". MediaWorks. Dicapai 2015-01-28. 
  4. ^ "Dengeki Daioh May 2008 issue" (dalam bahasa Japanese). ASCII Media Works. Diarkibkan daripada asal pada June 30, 2008. Dicapai 2015-01-28. 
  5. ^ "Inukami, Honoka, Baccano 1931 Manga to End in Japan". Anime News Network. 2008-01-25. Dicapai 2008-01-30. 
  6. ^ 小冊子付 特装版 とらドラ! (6) (電撃コミックス) (dalam bahasa Japanese). Amazon.co.jp. Dicapai 2013-07-27. 
  7. ^ "Seven Seas Acquires 3 Red Hot Manga From Japan". Anime News Network. July 20, 2010. Dicapai July 20, 2010. 
  8. ^ "SEVEN SEAS ENTERTAINMENT | Toradora!". Seven Seas Entertainment. Dicapai February 5, 2014. 
  9. ^ "Toradora! radio show official website" (dalam bahasa Japanese). Animate. Dicapai 2008-10-10. 
  10. ^ "Super Grade School Romantic Comedy Toradora! Get a PSP Game to be Sold in 2009!!" (dalam bahasa Japanese). ASCII Media Works. 2008-10-11. Dicapai 2008-10-11. 
  11. ^ "A Bombshell at Toradora!'s Stage Event!? A PSP Game Also Announced!!" (dalam bahasa Japanese). ASCII Media Works. 2008-10-05. Dicapai 2008-10-10. 
  12. ^ "Toradora visual novel official website" (dalam bahasa Japanese). Namco Bandai Games. Dicapai 2008-12-05. 
  13. ^ ラノベランキング :「とらドラ!」完結、「とある魔術の...」と電撃勢上位 09年3月 (dalam bahasa Japanese). Mainichi Shimbun. April 12, 2009. Dicapai December 30, 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  14. ^ "2007 Light Novel Award results" (dalam bahasa Japanese). Kadokawa Shoten. Dicapai 2007-12-31. 
  15. ^ "Kadokawa Announces 2007 Light Novel Awards". Anime News Network. 2007-09-01. Dicapai 2007-12-31. 
  16. ^ "Amazon.co.jp Posts 2008's Top Comics, Light Novels". Anime News Network. 2008-12-04. Dicapai 2009-11-14. 
  17. ^ "Japanese Comic Ranking, March 3–9". Anime News Network. 2009-03-18. Dicapai 2009-11-14. 
  18. ^ "Anime Saimoe Tournament 2009" (dalam bahasa Japanese). 2channel. Dicapai 2009-10-17. 
  19. ^ "2009 (13th) Japan Media Arts Festival Animation Division/Long Animation". Japan Media Arts Festival. Dicapai February 4, 2010. 
  20. ^ "3rd Annual Seiyū Award Winners Revealed". Anime News Network. March 5, 2009. Dicapai June 24, 2012. 

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]