Torpedo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Salur Torpedo Kapal (SVTT) Mod 15 Mark-32 menembakkan torpedo ringan Mod 5 Mark-46.
Latihan torpedo di Plymouth.
Bilik torpedo untuk Argonaute, sebuah kapal selam diesel Perancis, pada era Perang Dingin.

Torpedo moden, secara sejarah digelarkan torpedo lokomotif, ialah projektil terdorong diri yang (selepas dilancarkan, baik di atas mahupun di bawah permukaan air) berjalan dalam air dan direka bentuk untuk meledak ketika menyentuh atau berdekatan dengan sesuatu sasaran. Torpedo ialah senjata yang boleh dilancarkan dari kapal selam, kapal, helikopter, pesawat sayap tetap, periuk api tentera laut tak dianggotai, ataupun kubu tentera laut.

Torpedo juga boleh digunakan sebagai sebahagian senjata yang lain; torpedo Mark 46 yang digunakan di Amerika Syarikat merupakan bahagian depan untuk ASROC (bahasa Inggeris: Anti-Submarine ROCket, iatu Roket Anti Kapal Selam), dan periuk api CAPTOR menggunakan pelantar penderia tenggelam untuk melepaskan torpedo ketika hubungan musuh dikesan.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan torpedo berasal daripada nama yang sama bagi genus sinar elektrik dalam order Torpediniformes yang berasal pula daripada perkataan bahasa Latin, "torpere", yang bermaksud "mengejutkan". Bagaimanapun, tidak terdapat sebarang kesamaan fizikal antara sinar itu dengan torpedo mekanik.

Istilah "torpedo" digunakan buat pertama kali dalam tentera laut oleh Robert Fulton untuk isian serbuk letupan bertunda yang digunakan oleh kapal kelamnya, Nautilus, bagi menenggelamkan kapal perang antara tahun 18001805.

Semasa Perang Saudara Amerika, "torpedo" biasanya merupakan "periuk api sentuh" yang digunakan untuk menenggelamkan kapal. Torpedo ini menggunakan "demijohn" atau bekas serupa yang boleh mengapung, dan dikekalkan di bawah permukaan air melalui pemberat yang diikat dengan tali penambat.

Bekas Komander Matthew Fontaine Maury adalah orang yang mempergunakan pengalamannya dalam bidang elektrik di bawah laut untuk menguji kaji periuk api elektrik pada pelbagai kedalaman di dalam air. Seorang Virginia yang akhirnya dilantik sebagai Komander Negeri-negeri Gabungan ketika Abraham Lincoln menurunkan 75,000 askar ke Selatan, beliau memperoleh pengalamannya dalam elektrik bawah air ketika membantu Cyrus West Field dalam pemasangan Kabel Atlantik (kejayaan pertama dari Amerika Syarikat ke Eropah dicapai pada Ogos 1858).

Periuk api sentuh yang mengapung dan diikat oleh tali penambat ialah yang ditemukan oleh David Farragut ketika kapal utamanya, Tecumseh, ditenggelamkan dengan segera dalam tempoh hanya beberapa saat. Beliau dikatakan menjerit, "Celaka torpedo, kelajuan penuh ke depan" ketika kapal-kapal armadanya di depan takut memarakan.

Ketika torpedo terdorong diri dikembangkan, jenis yang diikat oleh tali penambat dirujuk sebagai "torpedo pegun" dan kemudian sebagai "periuk api sentuh". Terdapat juga "periuk api sentuh" daratan yang digunakan oleh Jeneral Rains daripada Negeri-negeri Gabungan dan orang-orang lain semasa Perang Saudara Amerika itu dengan amat berjaya. Periuk api sentuh masih digunakan pada hari ini.

"Torpedo" benar dicipta oleh Robert Whitehead, seorang jurutera British, pada pertengahan dekad 1800-an.

Torpedo Bangalore yang direka pada tahun 1912 ialah sebuah peranti letupan bersilinderan yang dipasang pada hujung paip dan digunakan untuk membersihkan kawasan periuk api dan kawat duri. Oleh itu, torpedo ini boleh dianggap sebagai satu torpedo spar yang berbentuk daratan.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Blair, Clay. Silent Victory. Philadelphia: Lippincott, 1975.
  • Milford, Frederick J. "U.S. Navy Torpedoes: Part One--Torpedoes through the Thirties". The Submarine Review, April 1996. {terbitan suku tahun Naval Submarine League, Peti Surat 1146, Annandale, VA, 22003)
  • _______. "U.S. Navy Torpedoes: Part Two – The Great Torpedo Scandal, 1941-43". The Submarine Review, Oktober 1996.
  • _______. "U.S. Navy Torpedoes: Part Three – WW II development of conventional torpedoes 1940-1946". The Submarine Review, Januari 1997.
  • Ensiklopedia Columbia, Edisi ke-6, dalam talian.
  • Perry, Milton F. "Infernal Machines: The story of Confederate submarine and mine warfare." Louisiana State University Press, 1985.
  • Crowley, R.O. "Confederate Torpedo Service" dalam The Century, Jilid 56, Keluaran ke-2, The Century Company, New York, Jun 1898.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]