Torquetum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Torquetum

torquetum atau turquet ialah peralatan astronomi yang direkabentuk untuk mengambil dan menukar ukuran yang dibuat dalam tiga set koordinat: ufuk, khatulistiwa dan ekliptik. Dari satu segi, torquentum adalah seperti komputer analog.

Torquetum pertama diperkirakan dibuat oleh ahli astronomi al-Andalus, Jabir ibn Aflah[1] pada kurun ke-12 atau 13,[2] meskipun satu-satunya contoh yang masih terselamat bertarikh kurun ke-16.

Perincian dari The Ambassadors.

Torquetum dapat dilihat pada potret terkenal, The Ambassadors (1533) oleh Hans Holbein the Younger. Ia diletakkan di sebelah kanan meja, bersebelahan dan di atas siku duta yang berpakaian kot atau jubah panjang berwarna perang. Lukisan itu menunjukkan banyak daripada perincian tulisan pada cakera dan cakera separa, yang menjadi bahagian atas torquentum jenis tertentu ini.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lorch, R. P. (1976). "The Astronomical Instruments of Jabir ibn Aflah and the Torquetum". Centaurus. 20 (1): 11–34. Bibcode:1976Cent...20...11L. doi:10.1111/j.1600-0498.1976.tb00214.x. 
  2. ^ Thorndike, Lynn (October 1945). "Franco de Polonia and the Turquet". Isis. 36 (1): 6–7. doi:10.1086/347897. JSTOR 225669. 
  3. ^ Dekker, Elly; Kristen Lippincott (1999). "The Scientific Instruments in Holbein's Ambassadors: A Re-Examination". Journal of the Warburg and Courtauld Institutes. The Warburg Institute. 62: 93–125. doi:10.2307/751384. ISSN 0075-4390. JSTOR 751384. 
  • Ralf Kern: Wissenschaftliche Instrumente in ihrer Zeit. Vom 15. – 19. Jahrhundert. Verlag der Buchhandlung Walther König 2010, ISBN 978-3-86560-772-0

Pautan luar[sunting | sunting sumber]