Toshihiro Nikai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Toshihiro Nikai
二階 俊博
Nikai pada 2006
Setiausaha Agung Parti Demokratik Liberal
Memegang jawatan
4 Ogos 2016
PemimpinShinzō Abe
Yoshihide Suga
Didahului olehSadakazu Tanigaki
Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri
Dalam jawatan
2 Ogos 2008 – 16 September 2009
Perdana MenteriYasuo Fukuda
Didahului olehAkira Amari
Digantikan olehMasayuki Naoshima
Dalam jawatan
31 Oktober 2005 – 26 September 2006
Perdana MenteriJunichiro Koizumi
Didahului olehShōichi Nakagawa
Digantikan olehAkira Amari
Menteri Pengangkutan
Dalam jawatan
5 Oktober 1999 – 4 Julai 2000
Perdana MenteriKeizō Obuchi
Didahului olehJirō Kawasaki
Digantikan olehHajime Morita
Butiran peribadi
Lahir (1939-02-17) 17 Februari 1939 (umur 85)
Gobō, Wakayama, Jepun
Parti politikParti Demokratik Liberal
Alma materUniversiti Chuo

Toshihiro Nikai (Bahasa Jepun: 二階 俊博, Nikai Toshihiro, lahir 17 Februari 9) adalah seorang ahli politik Jepun. Beliau adalah Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri. Sebagai ahli Parti Demokratik Liberal (LDP), Nikai kini berkhidmat pada penggal ke-8 di Dewan Perwakilan yang mewakili Daerah Wakayama ke-3.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Nikai dilahirkan di Gobō, Wilayah Wakayama. Ayahnya adalah seorang ahli dewan di Majlis Wilayah Wakayama yang mempunyai sedikit masa untuk anaknya;[2] ibunya Kikue adalah anak perempuan seorang doktor dan, tidak biasa pada masa itu, juga adalah seorang doktor. Beliau awalnya bersekolah di Sekolah Rendah Inahara, tetapi pada akhir Perang Dunia II, dia pindah ke Sekolah Rendah Gobō. Semasa menghadiri Sekolah Menengah Gobō, beliau menurut serta dalam sebuah masyarakat debat ekstrakurikular yang berdebat di luar kurikulum, di mana dia membahas masalah hak asasi manusia yang dihadapi golongan Burakumin, dengan mememtik dari The Broken Commandment, sebuah novel karya Tōson Shimazaki. Setelah lulus dari Sekolah Tinggi Hidaka Wilayah Wakayama, Nikai menghadiri Universiti Chuo di Tokyo, lulus dengan ijazah undang-undang pada tahun 1961. Beliau segera memasuki bidang politik, bekerja sebagai setiausaha untuk Saburo Endo, ahli Diet dari Shizuoka yang bertugas sebagai Menteri Pembinaan.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Selepas kematian Endo, Nikai kembali ke Wakayama, di mana dia memenangi kerusi di Perhimpunan Wilayah Wakayama pada tahun 1975. Nikai terpilih menjadi ahli Dewan Perwakilan pada 1983.[1] Beliau adalah ahli faksi Noboru Takeshita dalam Parti Demokratik Liberal, tetapi meninggalkan parti itu pada 1993 untuk bergabung dengan Parti Pembaharuan Jepun (Shinseitō). Sebagai ahli JRP, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perhubungan di bawah Morihiro Hosokawa pada 1990.[1]

Beliau kemudian menjadi ahli Parti Liberal, Parti Konservatif, dan Parti Konservatif Baru, parti bebas dalam gabungan dengan LDP. Sebagai Setiausaha Agung NCP dan sebahagian daripada gabungan pemerintah, Nikai menjabat sebagai Menteri Perhubungan di bawah Keizō Obuchi dan Yoshirō Mori. Setelah NCP bergabung dengan LDP pada 2003, Nikai menjadi ahli LDP sekali lagi, dan dilantik sebagai Pengarah Biro Hal Ehwal Umum pada 2004.[1]

Kemudian, di bawah Perdana Menteri Yasuo Fukuda, Nikai dikembalikan ke jawatan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri pada 1 Ogos 2008.[3] Nikai diketahui mempunyai hubungan yang kuat dengan para pemimpin China dan membawa bekalan bantuan ke Sichuan setelah gempa bumi berlaku di sana pada Jun 2008.[1] Dalam Kabinet Perdana Menteri Taro Aso, yang dilantik pada 24 September 2008, Nikai dipertahankan sebagai Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri.[4]

Kini, Nikai telah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung LDP sejak Ogos 2016. Beliau merupakan Setiausaha Agung LDP paling lama dalam sejarah dan disifatkan sebagai orang penting dalam politik Jepun.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Japan Times, "Fukuda's new lineup", 3 Ogos 2008.
  2. ^ 『小説 二階俊博』、二階事務所ホームページ。
  3. ^ "Fukuda overhauls Cabinet / LDP executive shakeup also elevates Aso to party No. 2", (dalam bahasa Inggeris) The Yomiuri Shimbun, 2 Ogos 2008.
  4. ^ "Aso elected premier / Announces Cabinet lineup himself; poll likely on Nov. 2", (dalam bahasa Inggeris) The Yomiuri Shimbun, 25 September 2008.
  5. ^ "LDP kingmaker Toshihiro Nikai to become longest-serving party secretary-general" (dalam bahasa Inggeris). Japan Times. 7 September 2020. Dicapai pada 10 September 2020.
Jawatan politik
Didahului oleh
Akira Amari
Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun
2008–2009
Diikuti oleh:
Masayuki Naoshima
Didahului oleh
Shōichi Nakagawa
Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun
2005–2006
Diikuti oleh:
Akira Amari
Didahului oleh
Jirō Kawasaki
Menteri Pengangkutan
1999-2000
Diikuti oleh:
Hajime Morita
Didahului oleh
Jirō Kawasaki
Ketua Pengarah Agensi Pembangunan Hokkaido
1999-2000
Diikuti oleh:
Hajime Morita
Jawatan parti politik
Didahului oleh
Yūya Niwa
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Am LDP
2007-2008
Diikuti oleh:
Takashi Sasagawa
Didahului oleh
Hiroyuki Hosoda
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Diet LDP
2006-2007
Diikuti oleh:
Tadamori Ōshima
Gelaran baharu
Faksi baharu
Pengerusi Atarashii Nami (faksi Nikai)
2003-2009
penggabungan dengan Shisuikai (faksi Ibuki)
Parti politik baharu Setiausaha Agung Parti Konservatif Baru
2002–2003
penggabungan dengan Parti Demokratik Liberal
Didahului oleh
Sadakazu Tanigaki
Setiausaha Agung Parti Demokratik Liberal
2016-
Diikuti oleh:
Incumbent
Kerusi dewan
Daerah baharu Representative for Daerah Wakayama ke-3
1996-
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Keijirō Shōji
Takashi Hayakawa
Hiroshi Ōshima
Wakil untuk Daerah Wakayama ke-2 (ahli-berganda)
1983-1996
Berkhidmat bersama: Minoru Noda, Riki Azuma, Kazuo Tamaki
Daerah dihapuskan