Tosin Abasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tosin Abasi
Tosin Abasi membuat persembahan di Euroblast Festival di Cologne pada tahun 2016
Latar belakang
Kelahiran (1983-01-07) 7 Januari 1983 (umur 41)
Washington, D.C.
GenreProgresif metal, metalcore, djent
PekerjaanAhli muzik, penggubah lagu
InstrumenGitar, gitar bes
Tahun aktif2000–kini
Syarikat rakaman
Prosthetic Records, Sumerian Records
Pengkarya berkait
Animals as Leaders, Reflux, Born of Osiris, Darkest Hour, T.R.A.M., PSI, Modern Day Babylon, Pomegranate Tiger, Generation Axe
Laman sesawang
facebook.com/animalsasleaders

Oluwatosin Ayoyinka Olumide "Tosin" Abasi merupakan ahli muzik Amerika Syarikat berbangsa Nigeria, dan paling dikenali sebagai pengasas dan pemain gitar utama dalam kugiran progresif metal Animals as Leaders. Sebelum mengasaskan Animals as Leaders, dia pemain gitar dalam kugiran metalcore teknikal Reflux.[1] Dia sudah merakam dan menerbitkan 4 album dengan Animals as Leaders. Sebagai pemain gitar yang sangat mahir, majalah Guitar World meletakkan Tosin di #97 dalam Senarai 100 pemain gitar yang paling hebat sepanjang zaman.

Antara kumpulan muzik yang disertainya ialah PSI (Pounds Per Square Inch), Reflux, Animals as Leaders dan T.R.A.M..

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Allyn, Bobby. "Q&A: Animals as Leaders". Washington City Paper. Dicapai pada 2010-11-25.