Toyota Alphard

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Toyota Alphard
Toyota Alphard
Maklumat
PengilangToyota
Pengeluaran2002 - kini
KelasMPV Premium
Stail badanMPV 5 pintu
Enjin2.4 l 2AZ-FE 160 HP
3.0 l 1MZ FE 220 HP
Penghantaran4-speed AT for 2.4 and 3.0 (2002-2005)
5-speed AT for 3.0 (2005-sekarang)
Jarak roda2,900 mm (110 in)
Panjang4,840 mm (191 in)
Lebar1,805 mm (71.1 in)
Tinggi1,935 mm (76.2 in)
Berat Curb1,790 kg (3,950 lb)

Toyota Alphard adalah MPV premium bersaiz besar yang dihasilkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 2002. Tujuan utama Toyota membuat Alphard adalah untuk bersaing dengan Honda Elysion dan Nissan Elgrand. Toyota Alphard pada awalnya dibuat untuk pasaran domestik Jepun, tetapi juga dijual di beberapa negara Asia lain, termasuk di Indonesia.


Generasi Pertama (2002-2007)[sunting | sunting sumber]

Toyota Alphard Generasi Pertama

Untuk pasaran domestik Jepun, Alphard G dan Alphard V dipasarkan melalui pengedar yang berbeza. Baik V maupun G mempunyai pelbagai variant yang berbeza. Mesin yang digunakan Alphard adalah 2400 cc 2AZ-FE 4 silinder (tenaga 160 PS, tork 195 Nm) atau 3000 cc V6 1MZ-FE (tenaga 220 PS, tork 310 Nm). Alphard ada yang berpenggerak roda depan dan Full-time 4WD. Walaupun secara rasmi hanya dipasarkan di Jepun, Alphard banyak masuk ke Indonesia, terutama di bandar-bandar besar seperti Jakarta dan Surabaya melalui pengimport umum.


Generasi Kedua (2008-2014)[sunting | sunting sumber]

Toyota Alphard 2.4 Generasi Kedua
Toyota Alphard Generasi Ketiga

Mulai tahun 2008, Toyota Alphard rasmi dijual di Indonesia melalui PT Toyota Astra Motor dengan enjin 2400 cc 2AZ-FE (tenaga 170 PS, tork 235 Nm) dan 3500 cc 2GR-FE (tenaga 280 PS, tork 330 Nm). Selain model rasmi yang dijual oleh Astra, di Indonesia juga terdapat Alphard versi lain yang dijual oleh pengimport umum, serta Vellfire yang mempunyai lampu depan dan belakang serta grille yang berbeza dan reka bentuk lebih mengarah kepada generasi muda.