Toyota Avanza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Toyota Avanza
Facelifted Avanza
Maklumat
PengilangAstra Daihatsu (Indonesia)
Perodua Manufacturing Sdn. Bhd (Malaysia)
Juga dikenaliDaihatsu Xenia
Pengeluaran2003-kini
PendahuluToyota Kijang (Generasi kelima, generasi keenam, digantikan oleh Toyota Kijang Innova)
KelasMPV mini
Stail badanMPV 5-pintu
Reka letakBentangan FR
EnjinGasolin:
1.0 L I3 VVT-i [1]
1.3 L I4 VVT-i
1.5 L I4 VVT-i
PenghantaranManual dan automatik
Jarak roda2,655 mm (104.5 in)
Panjang4,120 mm (162.2 in)
Lebar1,630 mm (64.2 in)
Tinggi1,695 mm (66.7 in)
Berat Curb1,130 kg (2,491 lb)
Muatan45 liter (11.9 US gal; 9.9 imp gal)

Toyota Avanza (juga dikenali sebagai Daihatsu Xenia di Indonesia dan China) ialah MPV mini yang direka bentuk dan dikeluarkan di Indonesia [2] serta dipasang di Malaysia di bawah penyeliaan Toyota. Kereta itu dilancarkan di Ekspo Auto Gaikindo pada 2003 dan mencapai jualan melebihi 100,000 unit pada tahun itu. Nama "Avanza" berasal daripada perkataan Itali, avanzato, yang membawa pengertian "maju".

Avanza ialah model baharu yang dibangunkan sebagai MPV premier bawah, berdasarkan Toyota Kijang yang dibahagikan menjadi dua model yang berbeza; model yang lain itu ialah Toyota Innova yang berspesifikasi lebih tinggi dan menyasarkan pasaran yang lebih atas.

Selain daripada Indonesia dan Malaysia, Avanza juga dijual di Lubnan, Bangladesh, Thailand, Filipina, Afrika Selatan, Mexico, dan China.


Generasi pertama (2003-2011)[sunting | sunting sumber]

First generation
Toyota Avanza (first generation) (front), Serdang.jpg
Maklumat
Pengeluaran2003-2011
Enjin
Jarak roda2,655 mm (104.5 in)
Panjang4,120 mm (162.2 in)
Lebar1,630 mm (64.2 in)
Tinggi1,695 mm (66.7 in)

Toyota Avanza Facelift

Toyota Avanza ialah MPV lima-pintu berbentangan FR yang ditawarkan melalui dua jenis enjin gasolin:

  • enjin 1.3-liter dengan output maksimum sebanyak 67 kW (92 PS) pada 6,000 rpm; dan
  • enjin 1.5-liter yang menghasilkan 80 kW (109 PS) pada 6,000 rpm.

Sebuah versi khas yang dihadkan kepada hanya 200 unit dilancarkan pada akhir 2004. Edisi ini menggunakan unit VVT-i yang lebih berkuasa dan dilengkapkan dengan penghantaran automatik.

Toyota Avanza kemudian digayakan semula pada sekitar akhir suku tahun 2006 yang ketiga. Model New Avanza S 2006 ini menonjolkan gril, bampar, dan lampu depan-belakang yang baharu,[3] selain daripada enjin gasolin VVT-iDOHC 16-injap 1.5-liter (serupa dengan Toyota Rush) yang juga baharu, bersama-sama dengan sistem brek ABS yang baharu.

Di Malaysia, Avanza disediakan dengan penghantaran automatik untuk model 1.5G dan kedua-dua penghantaran automatik dan manual untuk model 1.3E. Sebaliknya, di Filipina, Avanza telah ditawarkan sejak 2006 dengan dua julat yang murah:

  • barisan 'J' dengan enjin 1.3-liter: Model ini yang hanya ditawarkan dengan penghantaran manual tidak mempunyai sebarang tingkap kuasa atau kunci pintu kuasa;
  • barisan 'G' dengan enjin 1.5-liter: Model ini yang mempunyai kedua-dua tingkap kuasa dan kunci pintu kuasa ditawarkan dengan penghantaran manual 5-kelajuan serta penghantaran automatik 4-kelajuan.

Pada 2008, barisan J disediakan tanpa barisan tempat duduk yang ketiga. Penggunaannya sebagai teksi bermeter amat popular, walaupun ia seringnya salah dianggap sebagai kenderaan penumpang hujung ke hujung seperti pendahulunya, Tamaraw FX (Kijang) dan Revo.

Pada 2008 juga, Toyota Avanza dikemaskinikan dengan siling baharu yang mengandungi alur untuk memperbaik aliran udara ke belakang serta skim warna dalaman yang baharu.[4]


Generasi Kedua (2011-kini)[sunting | sunting sumber]

Second generation
2012 Toyota Avanza Veloz (Indonesia) front quarter view.jpg
Enjin
Jarak roda2,655 mm (104.5 in)
Panjang4,140 mm (163.0 in)
Lebar1,660 mm (65.4 in)
Tinggi1,695 mm (66.7 in)
Toyota Grand New Avanza Veloz 2015


Daihatsu Xenia[sunting | sunting sumber]

Daihatsu Xenia
DaihatsuXenia10White.JPG
Daihatsu Xenia 1.0 D.
Maklumat
Pengeluaran2003-present
Enjin
Jarak roda2,655 mm (104.5 in)
Panjang4,140 mm (163.0 in)
Lebar1,660 mm (65.4 in)
Tinggi1,695 mm (66.7 in)
Model Daihatsu Xenia Li 2008 di Indonesia.

Model kembar Avanza ialah Daihatsu Xenia, kereta Daihatsu tunggal yang menawarkan dua jenis enjin:

  • enjin EFI 1.3-liter yang serupa dengan Avanza;
  • enjin tiga-silinder 1.0-liter dengan pengadaran kuasa dan kilas sebanyak 63 PS (46 kW; 62 hp) pada 5,600 rpm dan 92 N·m (68 lb·ft) pada 3600 rpm.[1]

Di China, Daihatsu bermuafakat dengan First Automobile Works (FAW) untuk melancarkan Xenia pada 21 Jun 2007. Pengeluaran di China dijalankan di FAW Jilin Auto.[5] Daihatsu Xenia menggunakan enjin EFI 1.3 dan 1.5-liter [6] yang serupa dengan Avanza. Xenia kini hanya dijual di Indonesia dan China sahaja.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Daihatsu Xenia VVT-i Ralat petik: Invalid <ref> tag; name "xenia" defined multiple times with different content Ralat petik: Invalid <ref> tag; name "xenia" defined multiple times with different content
  2. ^ Daihatsu & Toyota Announce Dual-model Debut for Indonesia
  3. ^ Daihatsu Xenia VVT-i, More Elegant, More Luxury, and More Powerful
  4. ^ Toyota gives the Toyota Avanza another facelift
  5. ^ [1]
  6. ^ [2]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]