Toyota Corolla Cross

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Toyota Corolla Cross (XG10)
Toyota Corolla Cross L 2022 (MXGA10, Canada)
Maklumat
PengilangToyota
Juga dikenali
  • Toyota Frontlander (China, GAC Toyota)[1]
  • Toyota Cross (Brunei)
PengeluaranJulai 2020 – kini
Tahun model2022–kini (Amerika Utara)
Pemasangan
  • Jepun: Toyota, Aichi (Kilang Takaoka)
  • Thailand: Chachoengsao (Toyota Motor Thailand)
  • Taiwan: Daerah Zhongli (Kuozui Motors)[2]
  • Brazil: Sorocaba, São Paulo
  • Amerika Syarikat: Huntsville, Alabama (Mazda Toyota Manufacturing USA)
  • Malaysia: Bukit Raja (UMW)
  • China: Tianjin (FAW Toyota); Guangzhou (GAC Toyota, Frontlander)
  • Afrika Selatan: Prospecton (Toyota South Africa Motors
  • TSAM)
Gaya badanSUV 5-pintu
PelantarTNGA: Toyota TNGA-C platform/GA-C[5]
Enjin
  • Petrol:
  • 1798 cc 2ZR-FE/2ZR-FAE I4 (ZSG10)
  • 1986 cc M20A-FKS I4 (MXGA10/15; Amerika Utara and China)
  • Petrol-flex:
  • 1798 cc 2ZR-FBE I4 (ZSG10; Thailand)
  • 1986 cc M20A-FKB I4 (MXGA10; Brazil)
  • Petrol hibrid:
  • 1798 cc 2ZR-FXE I4 (ZVG10/11/15)
  • 1986 cc M20A-FXS I4 (MXGH10/15; Eropah)
Jarak roda2,640 mm (103.9 in)
Panjang4,460–4,490 mm (175.6–176.8 in)
Lebar1,825 mm (71.9 in)
Tinggi1,620 mm (63.8 in)
Berat Kerb
  • 1,325 kg (2,921 lb) (model petrol)
  • 1,385 kg (3,053 lb) (model hirbrid)
Berkait
Pereka bentuk
  • Kenichi Okamura (Ketua reka bentuk luaran)[3]
  • Ken Billes, Shota Asano, Tokiko Hirai and Yukihiro Koide (luaran)[4][3]
  • Yoshiki Ito (Ketua reka bentuk dalaman)[3]
  • Masamichi Kajita (bahagian dalaman)[3]

Toyota Corolla Cross ialah sebuah SUV crossover kompak dibuat oleh pembuat kereta Jepun, Toyota sejak tahun 2020. Dengan menggunakan nama Corolla, ia diletakkan sebagai alternatif yang lebih besar dan praktikal kepada Toyota C-HR dan di atas platform yang sama dengan Toyota Corolla Siri E210. [7] [8] [9] Mengikut saiz, Corolla Cross diletakkan di antara C-HR yang lebih kecil – model yang berkongsi platform dengan Corolla Cross – dan RAV4 yang lebih besar dalam barisan SUV crossover antarabangsa Toyota.

Model ini didedahkan buat pertama kalinya di Thailand pada Julai 2020 beserta pasaran Asia Tenggara yang lain dan Taiwan pada tahun yang sama. Ia mula diperkenalkan untuk pasaran lain bermula tahun 2021.

Model kembar bagi Corolla Cross yang dipanggil Toyota Frontlander, dijual secara eksklusif di China. Frontlander diperkenalkan pada akhir-akhir tahun 2021.

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Corolla Cross ialah crossover kedua Toyota yang dibina menggunakan platform GA-C,menyusuli pelancaran C-HR yang lebih kecil pada tahun 2016. Kenderaan ini berkongsi jarak roda yang sama dengan C-HR iaitu 2,640 mm (103.9 in) , tetapi mempunyai badan yang lebih besar bagi mengutamakan ruang dalaman dan kepraktisan. [10] Bagi model pacuan roda hadapan (FWD), ia dilengkapi dengan suspensi hadapan MacPherson. Suspensi belakangnya tidak sama seperti Corolla Biasa dan C-HR yang menggunakan suspensi belakang bebas namun ia menggunakan suspensi torsion beam bagi menjimatkan ruang dalaman dan kos,[11] manakala model pacuan semua roda (AWD) masih disertakan dengan suspensi belakang bebas. Pembangunan diketuai oleh ketua jurutera Daizo Kameyama.[12]

Bahagian dalamannya sama seperti Corolla Biasa, dengan beberapa perubahan kecil.[13] Toyota mendakwa model ini mempunyai ruang but sebanyak 487 L (17.2 ka3) jika dilengkapi dengan kit pembaikan tayar dan 440 L (16 ka3) dengan tayar ganti. [14]

Setakat Disember 2021, Corolla Cross dihasilkan di beberapa buah negara termasuk Jepun, Thailand, Taiwan, Brazil, Amerika Syarikat, Malaysia, China dan Afrika Selatan.[15][16]

Pasaran[sunting | sunting sumber]

Asia[sunting | sunting sumber]

Jepun[sunting | sunting sumber]

Corolla Cross bagi pasaran Jepun telah diperkenalkan pada 14 September 2021, dengan rupa muka hadapan yang berbeza berbanding model antarabangsa (yang kemudiannya dikongsi dengan Frontlander pasaran China dan Corolla Cross Hybrid S/SE/XSE pasaran Amerika Syarikat), lampu depan dan lampu belakang (yang kemudiannya dikongsi dengan model Eropah), dan logo hadapan "C" yang membawa maksud Corolla. Trim yang ditawarkan termasuk trim "X", G, S dan Z. Enjin petrol 1.8 liter 2ZR-FAE atau enjin petrol hibrid 2ZR-FXE 1.8 liter yang ditwarkan. Pacuan empat roda "E-Four" ditawarkan bagi kemudiannya. [17] Suspensi belakang bebas berbilang pautan adalah standard bagi model E-Four, manakala bumbung panoramik disediakan untuk trim yang lebih tinggi. [18] [19]

Thailand[sunting | sunting sumber]

Corolla Cross untuk pasaran Siam telah dilancarkan pada 9 Julai 2020.[20] Trim yang ditawarkan ialah 1.8 Sport, Hybrid Smart, Hybrid Premium dan Hybrid Premium Safety. Trim Hybrid Premimum Safety dilengkapi dengan Toyota Safety Sense. Pada September 2021, Corolla Cross ditwarkan dengan pakej aksesori Modellista sebagai tambahan kepada varian sedia ada di Thailand. [21] Pada November 2021, trim GR Sport telah dilancarkan dengan rupa muka hadapan yang baharu. [22]

Brunei[sunting | sunting sumber]

Corolla Cross (dipasarkan sebagai "Toyota Cross") untuk pasaran Brunei telah dilancarkan pada 21 Ogos 2020. Ia hanya ditawarkan dengan enjin petrol 1.8 liter 2ZR-FE dalam gred Standard atau High. [23]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Corolla Cross untuk pasaran Malaysia telah dilancarkan pada 25 Mac 2021. Trim yang ditwarkan 1.8 G dan 1.8 V. Kedua-dua trim ditawarkan dengan enjin 1.8 liter 2ZR-FE yang dilengkapi dengan transmisi boleh ubah berterusan (CVT). Trim V dilengkapi dengan Toyota Safety Sense. Kumpulan terawal model itu diimport dari Thailand, [24] manakala model pemasangan tempatan mula dijual bermula Oktober 2021 bersama-sama dengan pengenalan model hibrid. Versi hibrid telah dilancarkan pada 14 Januari 2022. [25]Penghantaran untuk semua model CKD bermula pada awal 2022. [26] [27] [28]

Indonesia[sunting | sunting sumber]

Corolla cross bagi pasaran Indonesia dilancarkan pada 6 Ogos 2020 dengan satu model enjin petrol dan hibrid.[29] Disebabkan jualan rendah, model petrol tidak lagi diedarkan di mana-mana pengedar bermula Ogos 2021.[30]

China[sunting | sunting sumber]

FAW Toyota menghasilkan Corolla Cross bagi pasaran China, sementara model kembarnya yang dikenali sebagai Frontlander dihasilkan dan dipasarkan oleh GAC Toyota. Kedua-dua Corolla Cross dan Frontlander diperkenalkan di Guahzhou Auto Show pada November 2021. Frontlander menggunakan penggayaan muka hadapan dan belakang Corolla Cross pasaran Jepun.[31] Kedua-dua mempunyai enjin M20A-FKS dan diletakkan sebagai SUV entry-level bagi Toyota dengan harga lebih rendah berbanding CHR/IZOA.[32]

Eropah[sunting | sunting sumber]

Corolla Cross akan mula dijual bermula tahun 2022 bagi bersaing dengan SUV Segmen-C yang lain.[33] Dibina di Jepun,[34] Corolla Cross Eropah dikuasakan oleh enjin hibird petrol M20A-FXS 2.0 liter dengan output kuasa bergabung sebanyak 146 kW (196 hp; 199 PS). Sebuah model All-Wheel Drive (AWD-i) boleh didapati dengan motor elektrik belakang yang menghasilkan 30.6 kW (41 hp; 42 PS).p PS|abbr=on|0}}. An all-wheel drive model (AWD-i) is available with an additional rear electric motor producing 30.6 kW (41 hp; 42 PS).[35] Ia dilengkapi lampu hadapan dan belakang Cross pasaran Jepun, termasuk juga bumbung panaromik, panel instumen 12.3 inci dan skrin paparan 10.5 inci.[36]

Amerika[sunting | sunting sumber]

Amerika Utara[sunting | sunting sumber]

Corolla Cross bagi pasaran Amerika Utara dikeluarkan pada 2 Jun 2021[37][15] Kenderaan pertama dibina di kilang Mazda Toyota Manafacturing USA di Hunstville, Alabama, produksi bermula 30 September 2021.[38] Pada asalnya, ia hanya boleh didapati dengan enjin M20A-FKS 2.0 liter bersama CVT "Direct Shift" K120, trim yang ditwarkan ialah L, LE dan XLE di Amerika Syarikat dan Kanada, dan trim LE di Mexico, dengan pilihan pacuan semua roda (AWD) bagi kedua-dua bekas pasaran.[39]

Model hibrid dengan pacuan semua roda standard mula diperkenalkan pada Jun 2022 untuk model tahun 2023. Dikuasakan oleh enjin petrol hibrid M20A-FXS 2.0 liter, trim yang ditawarkan ialah LE, XLE, S, SE dan XSE.[40] Trim S, SE dan XSE baru diperkenalkan untuk model tahun 2023, di mana ia menggunakan Corolla Cross pasaran Jepun dan reka bentuk muka hadapan Frontlander pasaran China serta dilengkapi dengan suspensi yang ditala untuk prestasi sukan.[41][42]

Afrika[sunting | sunting sumber]

Kenya[sunting | sunting sumber]

Corolla Cross dilancarkan di Kenya pada 18 November 2020 dan hanya ditawarkan dengan enjin petrol 2ZR-FE 1.8 liter dengan Trim Limited dan Executive sahaja.[43]

Afrika Selatan[sunting | sunting sumber]

Mula dijual pada November 2021 dengan trim Xi, XS dan XR.[44] DIhasilkan secara lokal di kilang Toyota South Africa Motors, ia ditawarkan dengan enjin petrol 2ZR-FE 1.8 liter atau enjin petrol hibrid 2ZR-FXE 1.8 liter.[45] Empat pakej badan ditawarkan, iaitu X-Over, Urban Sport, Adventure dan Hybrid. [46]

Oceania[sunting | sunting sumber]

Australia[sunting | sunting sumber]

Corolla Cross diumumkan bagi pasaran Australia bada Ogos 2022 dan mula dijual pada 12 Oktober 2022.[47] Corolla Cross bagi Austraia diimpot dari Jepun dan berkongsi reka bentuk badan sama dengan Corolla Cross pasaran Eropah, trim yang ditawarkan ialah GX, GXL dan Atmos dengan pilihan enjin petrol M20A-FKS 2.0 liter atau enjin petrol hibrid M20A-FXS 2.0 liter. Pacuan semua roda (AWD) ditawarkan bagi model hibrid.[48][49]

New Zealand[sunting | sunting sumber]

Corolla Cross bagi pasaran New Zealand mula dijual pada 13 Oktober 2022.[50] Sama seperti model Australia, ia diimpot dari Jepun dan memppunyai reka bentuk luaran seperti model Eropah. trim yang ditawarkan ialah GX, GXL dan Limited dengan pilihan enjin petrol M20A-FKS 2.0 liter atau enjin petrol hibrid M20A-FXS 2.0 liter. acuan semua roda (AWD) ditawarkan bagi model hibrid. [51][52]

Keselamatan[sunting | sunting sumber]

Keputusan ujian ASEAN NCAP [53]
Keseluruhannya 5/5 bintang
Penghuni dewasa 33.01/36.00
Penghuni kanak-kanak 44.35/49.00
Bantuan keselamatan 14.50/18.00

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Corolla Cross telah dianugerahkan sebagai Kereta Terbaik Afrika Selatan 2022 . [54]

Jualan[sunting | sunting sumber]

Tahun Jepun Thailand Vietnam Indonesia [55] Filipina Taiwan AS [56] Brazil Argentina
2020 N/A 12,945 [57] 7,070 [58] 1,101 598 [59] 12,080 [60] N/A N/A N/A
2021 17,780 [61] 18,770 [62] 18,411 [63] 1,519 1,539 [64] 40,675 [65] 7,203 34,255 [66] 4,629 [67]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "广汽丰田首款紧凑型SUV正式导入国产,邀你一起"锋"玩进阶! -- 上海热线". m.online.sh.cn. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2021. Dicapai pada 2021-09-25.
  2. ^ "KUOZUI MOTORS". www.kuozui.com.tw. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Februari 2020. Dicapai pada 2020-10-12.
  3. ^ a b c d "Corolla Cross Design Sketches". Toyota Motor Corporation Official Global Website. Toyota. 2021-09-14. Dicapai pada 2022-07-19.
  4. ^ "A00202002583". Pangkalan Data Kekayaan Intelektual. Indonesia: Direktorat Jenderal Kekayaan Intelektual Kementerian Hukum & HAM R.I. 2020-09-29. Dicapai pada 2022-07-19.
  5. ^ Lye, Gerard (2020-07-09). "2020 Toyota Corolla Cross debuts in Thailand – TNGA platform; petrol and hybrid powertrains; from RM132k". Paultan.org. Malaysia: Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2020. Dicapai pada 2020-07-09.
  6. ^ Stevens, Mike (2020-07-09). "Toyota Corolla Cross SUV revealed, Australian launch due 2022". CarAdvice.com.au. Australia: CarAdvice.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2020. Dicapai pada 2020-07-09.
  7. ^ Lin, Kelly (2020-07-09). "Corolla Cross baharu kelihatan seperti anak haram antara RAV4 dan Corolla". Motor Trend. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2020. Dicapai pada 2020-10-06.
  8. ^ Oliva, Jacob (2020-07-08). "Corolla Cross tahun 2021 dilancarkan dengan kuasa hibrid di Thailand". Motor1.com. AS: Motor1. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2020. Dicapai pada 2020-07-09.
  9. ^ "Corolla berjumpa SUV"― Toyota mendedahkan Corolla Cross di Thailand, sebuah SUV kompak baharu yang menambah kekuatan dan fungsi kepada Siri Corolla" (Siaran akhbar). Toyota Global Newsroom. 2020-07-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Julai 2020. Dicapai pada 2020-07-11.
  10. ^ Santos, Joe (2020-07-10). "The 2021 Toyota Corolla Cross Is What the C-HR Should Have Been". MotorBiscuit (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 December 2020. Dicapai pada 2021-01-13.
  11. ^ Anderson, Brad (2020-07-08). "New 2021 Toyota Corolla Cross Blurs The Lines Between Hatches And SUVs". Carscoops.com. US: Carscoops. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2020. Dicapai pada 2020-07-09.
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :0 tidak disediakan
  13. ^ "Review: 2021 Toyota Corolla Cross 1.8V Hybrid". Top Gear Philippines (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2020. Dicapai pada 2021-01-13.
  14. ^ "2020 Toyota Corolla Cross debuts in Thailand - TNGA platform; petrol and hybrid powertrains; from RM132k - paultan.org". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 2020-07-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2020. Dicapai pada 2021-01-13.
  15. ^ a b Kwanten, Alex (2021-06-02). "2022 Toyota Corolla Cross: A Famous Name Takes On The Crossover Game". Forbes Wheels (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 June 2021. Dicapai pada 2021-06-03.
  16. ^ "Corolla Cross baharu akan dibina di Afrika Selatan". BusinessLIVE (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Februari 2021. Dicapai pada 2021-06-03.
  17. ^ "Toyota untuk melancarkan Corolla Cross serba baharu di Jepun". Toyota Motor Corporation Official Global Website (dalam bahasa Inggeris). 2021-09-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2021. Dicapai pada 2021-09-14.
  18. ^ "Toyota Corolla Cross 2022 dilancarkan di Jepun kelihatan sedikit berbeza". Motor1.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2021. Dicapai pada 2021-09-14.
  19. ^ "Toyota Corolla Cross launched in Japan – new looks, 1.8L petrol with Valvematic, 1.8L hybrid, from RM79k - paultan.org". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 2021-09-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2021. Dicapai pada 2021-09-15.
  20. ^ Oliva, Jacob (2020-07-08). "2021 Toyota Corolla Cross Debuts With Hybrid Power In Thailand". Motor1.com. US: Motor1. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2020. Dicapai pada 2020-07-09.
  21. ^ "2021 Toyota Corolla Cross Modellista limited edition launched in Thailand, priced from RM144k". 8 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2021. Dicapai pada 9 September 2021.
  22. ^ "Toyota Corolla Cross GR Sport launched in Thailand – sportier looks, hybrid engine, chassis tweaks, RM155k - paultan.org". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 2021-12-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 December 2021. Dicapai pada 2021-12-01.
  23. ^ "Toyota Cross makes Brunei debut". TheScoop.co. Brunei: The Scoop. 2020-08-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2020. Dicapai pada 2020-08-25.
  24. ^ "2021 Toyota Corolla Cross launched in Malaysia - two variants, 1.8L with 139 PS and 172 Nm, CVT; fr RM124k - paultan.org". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 2021-03-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 March 2021. Dicapai pada 2021-03-25.
  25. ^ "Toyota Corolla Cross Hybrid launched in Malaysia – petrol-electric joins new CKD range; RM123k-RM137k". Paul Tan's Automotive News. 14 January 2022.
  26. ^ "2021 Toyota Corolla Cross Hybrid teased ahead of Malaysia launch - registration of interest now open - paultan.org". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 2021-10-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 November 2021. Dicapai pada 2021-11-28.
  27. ^ "Toyota Corolla Cross CKD: 1.8G to get LED headlights, USB-C also added, priced from RM123k to RM137k est - paultan.org". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 2021-11-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 November 2021. Dicapai pada 2021-11-28.
  28. ^ "2022 Toyota Corolla Cross Hybrid Malaysian CKD specs detailed – 122 PS, 23.3 km/L; launch on Jan 14". Paul Tan's Automotive News. 10 January 2022.
  29. ^ Lee, Jonathan (2020-08-10). "Toyota Corolla Cross launched in Indonesia – 1.8L petrol and hybrid variants, RM131,200 to RM142,700". Paultan.org. Malaysia: Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 September 2020. Dicapai pada 2020-08-14.
  30. ^ Arifin, Ridwan (3 Ogos 2022). "Sayonara! Ini Deretan Mobil yang Pamit dari Indonesia di 2022". Detik Oto (dalam bahasa Indonesian).CS1 maint: unrecognized language (link)
  31. ^ "2021广州车展:广汽丰田锋兰达亮相_新车" [2021 Guangzhou Auto Show: GAC Toyota Fenglanda unveiled]. www.sohu.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2021. Dicapai pada 2021-11-19.
  32. ^ "搭2.0L+CVT,主打性价比,广汽锋兰达亮相广州车展_易车" [With 2.0L+CVT, GAC Fenglanda debuts at the Guangzhou Auto Show]. news.yiche.com. 2021-11-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2021. Dicapai pada 2021-11-19.
  33. ^ "All-New Corolla Cross Further Expands Toyota's Offer In The Highly Competitive C-Segment". Toyota Europe Newsroom (dalam bahasa Inggeris). 2021-12-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 December 2021. Dicapai pada 2021-12-03.
  34. ^ "New Toyota Corolla Cross coming to Europe in 2022". CAR Magazine (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 December 2021. Dicapai pada 2021-12-03.
  35. ^ "Toyota Corolla Cross Arrives In Europe With Hybrid Power And Better Tech Than The US-Spec Model". Carscoops (dalam bahasa Inggeris). 2021-12-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 December 2021. Dicapai pada 2021-12-03.
  36. ^ Agatie, Cristian (2021-12-02). "Toyota Reveals European Version of the Corolla Cross, Completes SUV Lineup". autoevolution (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 December 2021. Dicapai pada 2021-12-03.
  37. ^ "2022 Toyota Corolla Cross Revealed, Hybrid 'Coming Next Year'". Motor1.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 June 2021. Dicapai pada 2021-06-03.
  38. ^ "Mazda Toyota Manufacturing Begins Production on 2022 Corolla Cross". Toyota USA Newsroom (dalam bahasa Inggeris). 2021-09-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2021. Dicapai pada 30 September 2021.
  39. ^ "2022 Toyota Corolla Cross Makes U.S. Debut and Expands Corolla Lineup". Toyota USA Newsroom (dalam bahasa Inggeris). 2021-06-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 June 2021. Dicapai pada 2021-06-03.
  40. ^ "2023 Toyota Corolla Cross Hybrid Debuts With More Efficiency, Fresh Tech". Motor1.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-01.
  41. ^ Lye, Gerard (2022-06-02). "2023 Toyota Corolla Cross Hybrid for the US receives Japanese-market face, 194 hp, AWD, active safety kit". Paultan.org. Malaysia: Driven Communications. Dicapai pada 2022-06-02.
  42. ^ Lorio, Joe (2022-06-01). "Toyota Corolla Cross Adds Hybrid for 2023". Car and Driver (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-01.
  43. ^ "Toyota Kenya launches the Corolla Cross in the Kenyan market". www.toyotakenya.com (dalam bahasa Inggeris). 18 November 2020. Dicapai pada 2022-02-16.
  44. ^ "SA PRICING: Toyota Corolla Cross is cheaper than the hatch and sedan". www.iol.co.za (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2021. Dicapai pada 2021-09-14.
  45. ^ "Toyota Corolla Cross price & standard features confirmed for South Africa". CAR Magazine (dalam bahasa Inggeris). 2021-09-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2021. Dicapai pada 2021-09-14.
  46. ^ "Urban or Adventure? Toyota Corolla Cross can now be spiced up with 4 styling packs". www.iol.co.za (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 December 2021. Dicapai pada 2021-12-07.
  47. ^ Tripolone, Dom (2022-10-12). "2022 Toyota Corolla Cross SUV has arrived". news.com.au (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-13.
  48. ^ Wong, James (2022-08-24). "2023 Toyota Corolla Cross pricing: Here in October from $33,000". CarExpert (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-08-28.
  49. ^ "2023 Toyota Corolla Cross price and specs". Drive (dalam bahasa Inggeris). 2022-08-24. Dicapai pada 2022-08-28.
  50. ^ Alvrez, Fred (2022-10-13). "Toyota Corolla Cross Launches In New Zealand". drivelife.co.nz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-13.
  51. ^ D'Souza, Matthew (2022-10-13). "Crossing Over: 2022 Toyota Corolla Cross Launch & First Drive". tarmaclife.co.nz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-13.
  52. ^ "2022 Toyota Corolla Cross lands in NZ". Autocar New Zealand (dalam bahasa Inggeris). 2022-10-13. Dicapai pada 2022-10-13.
  53. ^ "Toyota Corolla Cross". ASEAN NCAP. 2020-10-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 October 2020. Dicapai pada 2020-10-09.
  54. ^ Venter, Irma. "Corolla Cross announced as South Africa's 2022 Car of the Year". www.engineeringnews.co.za (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-06.
  55. ^ "Indonesian Automobile Industry Data". files.gaikindo.or.id. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2020. Dicapai pada 2021-01-30.
  56. ^ Model (2021-11-15). "Toyota Corolla Cross US car sales figures". carsalesbase.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-01-11.
  57. ^ "Sales Report : ยอดขาย SubCompact Crossover เดือน ธันวาคม 63 : Toyota Corolla Cross อันดับ 1 แตะ 3,000 คัน". HeadLight Magazine (dalam bahasa Thai). 2021-01-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 February 2021. Dicapai pada 2021-01-30.
  58. ^ "Doanh số xe bán chạy nhất 2020 tại Việt Nam" [Sales of best-selling cars 2020 in Vietnam]. XE OTO (dalam bahasa Vietnam). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 January 2021. Dicapai pada 2021-01-14.
  59. ^ "Here is Toyota PH's per-model sales breakdown in 2020". Visor (dalam bahasa Inggeris). 2021-02-05. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 February 2021. Dicapai pada 2021-02-06.
  60. ^ "休旅時代來臨 2020暢銷車排行榜出爐!". 發燒車訊 (dalam bahasa Cina). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 January 2021. Dicapai pada 2021-01-30.
  61. ^ "トヨタ カローラクロス 新車販売台数の推移/売れ行きと生産状況は? - クルマを買う!" [Toyota Corolla Cross New car sales trends/sales and production status]. kuru-ma.com. Dicapai pada 2022-10-09.
  62. ^ "ยอดจดทะเบียน B-SUV ในปี 2021 นำโด่ง Toyota Corolla Cross แต่เกิดอะไรขึ้นกับ Honda กันเนี่ย | AutoFun". AutoFun Thailand (dalam bahasa Thai). 2022-01-11. Dicapai pada 2022-01-18.
  63. ^ Khôi, Đức (13 January 2022). "Những cuộc soán ngôi ngoạn mục trên thị trường ô tô Việt Nam năm qua: Vios thất thế trước 2 đối thủ, Corolla Cross tạo kỳ tích bất ngờ". AutoPro (dalam bahasa Vietnam).
  64. ^ "Here is Toyota PH's per-model sales breakdown in 2021". Visor (dalam bahasa Inggeris). 2022-01-20. Dicapai pada 2022-01-20.
  65. ^ Munoz, Felipe (2022-01-07). "2021 Results". Fiat Group World (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-02-03.
  66. ^ "Carros mais vendidos do Brasil em 2021". AUTOO (dalam bahasa Portugis). Dicapai pada 2022-01-11.
  67. ^ "Así fueron las ventas totales en 2021". Motor1.com (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 2022-06-04.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Laman Web Rasmi