Perodua Nautica

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Toyota Rush)
Jump to navigation Jump to search

Perodua Nautica ialah sebuah kereta pacuan empat roda/SUV mini keluaran terbaru syarikat Perodua. Kereta ini menggunakan enjin jenis 3SZ-VE yang menggunakan empat silinder dan sistem suntikan bahan api (EFI). Tempahan ke atasnya mula dibuka bermula 10 Mei 2008.[1]

Kereta ini merupakan kereta Perodua yang termahal berbanding yang lain (berharga RM89,000, dengan insurans) memandangkan bahagian-bahagian kereta dan ia sendiri datang serta dibuat di Jepun. Ia dengan itu dikenakan duti import.[2]

Kereta ini sebenarnya merupakan Daihatsu Terios generasi kedua yang beberapa bahagiannya dibuat dan dipasang di Malaysia. Namun , tidak sampai setahun kereta ini telah menamatkan penjualannya disebabkan oleh Perodua lebih mengfokuskan kepada pembuatan negara Malaysia memandangkan hampir semua bahagian kereta ini ialah daripada negara Jepun jika berbanding dengan model SUV sebelumnya , Perodua Kembara atau model SUV selepasnya , Perodua Aruz .

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Paul Tan (April 2008). "Produa Nautica 4WD: official name for new Perodua SUV". Dicapai 2008-10-28. 
  2. ^ Chips (9 Mei 2008). "Produa Nautica". First Look. Malaysian Motor Trader News. Dicapai 2008-10-28. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]