TraXX FM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
TraXX FM
BandarKuala Lumpur
George Town
Johor Bahru, Daerah Johor Bahru
Singapura
Kota Batam/Pulau Batam
Kawasan penyiaran
SloganExperience the Excitement
FrekuensiBerbeza-beza, bergantung kepada kawasan.
Tarikh siaran pertama24 Ogos 1934; 89 tahun yang lalu (1934-08-24) sebagai ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang (Bahasa Inggeris: ZHJ Penang Wireless Association)
FormatEasy listening, Berita, Oldies dan Hits klasik
BahasaInggeris (rasmi/utama/nasional)
Pengenal terdahuluZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang (Bahasa Inggeris: ZHJ Penang Wireless Association)
Perkhidmatan Bahasa Inggeris (Bahasa Inggeris: English Service)
Rangkaian Biru (Bahasa Inggeris: Blue Network atau The Blue Network)
SekutuMuzik FM
Radio Klasik
Nasional FM
Ai FM
Minnal FM
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Saluran kembarMuzik FM
Radio Klasik
Nasional FM
Ai FM
Minnal FM
Siaran webhttps://rtmklik.rtm.gov.my/radio/nasional/traxxfm
Tapak webtraxxfm.rtm.gov.my

TraXX FM (radio ini dikenali sebagai ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang (Bahasa Inggeris: ZHJ Penang Wireless Association), Perkhidmatan Bahasa Inggeris (Bahasa Inggeris: English Service), Rangkaian Biru (Bahasa Inggeris: Blue Network atau The Blue Network), Radio 4 dan Radio Malaysia Saluran 4) (secara rasmi ditanda panggil sebagai ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang) ialah stesen radio nasional Bahasa Inggeris tertua di Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Ia disiarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ini juga merupakan radio pertama Bahasa Inggeris di Malaysia. Moto utamanya ialah Experience the Excitement.

TraXX FM utamanya ialah di Tingkat 2 Utara, Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.

Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk digital seperti Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC Radio 4.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Negeri-negeri Selat (kini Pulau Pinang) telah memulakan siaran Radio melalui Pertubuhan ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang. Lesen pertama yang membenarkan siaran radio dikeluarkan pada 24hb Ogos 1934. Rumah Encik Khoo Sian Ewe di Jalan Perak dijadikan stesyen radio dan nama stesyen ini ialah ZHJ. Siaran ZHJ dipancarkan melalui gelombang pendek 493 meter dari 7:00 malam hingga 10:00 malam pada tiap-tiap hari dalam Bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin, Hokkien dan Tamil. Pada hari yang sama, Stesen ZHJ Persatuan Wireless Pulau Pinang ialah stesen radio pertama di Malaya memulakan siarannya dalam bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris melalui gelombang 49.3 meter yang beroperasi di luar George Town, Negeri-negeri Selat (kini Pulau Pinang). Ini diikuti pula dengan usaha yang dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat Shenton Thomas yang membuka studio Perbadanan Penyiaran British Malaya serta pemancarnya di Bukit Caldecott, Singapura pada 1 Mac 1937 yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran British Malaya rakan sejawat tempatan kepada Perbadanan Penyiaran British.

Apabila Jepun memasuki Malaya pada tahun 1941, Kelab C.R.C di Jalan Burma telah dijadikan stesyen radio sementara.

Pada 1 April 1946, Radio Malaya (Jabatan Penyiaran Malaya) sebelum ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau Jabatan Siaran Radio telah rasmi ditubuhkan di Bukit Caldecott, Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya dan stesen ini bermula sebagai Radio Malaya. Dua stesen radio pertama ialah Rangkaian Merah (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam melalui gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 4.823 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Cina dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Tamil) dan Rangkaian Biru (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam dalam gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 7.2 mes/see dengan dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Melayu dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Inggeris).

Dengan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, Radio Malaya telah terbelah dua; studio asal di Singapura telah ditukar kepada Radio Singapura dan Radio Malaya berpindah ke Kuala Lumpur, mula bersiaran daripada tempat baru pada 1 Januari 1959.

Pada 16 September 1963, Radio Malaya menukar nama kepada Radio Malaysia dengan penukaran nama baru Tanah Melayu.

Pada 19hb Januari 1971, Empat rancangan-rancangan disiarkan dalam empat bahasa iaitu Melayu (Perkhidmatan Bahasa Melayu), Inggeris (Perkhidmatan Bahasa Inggeris), Mandarin (Perkhidmatan Bahasa Cina) dan Tamil (Perkhidmatan Bahasa Tamil) yang rasmi dikenali rangkaian:

  1. Rangkaian Nasional (Bahasa Melayu, sekarang Radio Klasik).
  2. Rangkaian Biru (Bahasa Inggeris, sekarang TraXX FM).
  3. Rangkaian Hijau (Bahasa Mandarin, sekarang Ai FM).
  4. Rangkaian Merah (Bahasa Tamil, sekarang Minnal FM).

Pada 6 September 1989, Rangkaian Biru yang dikenali sebagai Radio 4.[1]

Pada pukul 12:00 tengah malam, Tahun Baharu (1 Januari) 1995, Radio 4 memulakan siaran 24 jam sehari iaitu tambahan masa siaran sebanyak 50 jam seminggu dan siaran berita disiarkan pada setiap jam.

Pada 1 September 1998, Radio 4 yang dikenali sebagai Radio Malaysia Saluran 4.

Pada 1 April 2005, Radio Malaysia Saluran 4 yang dikenali sebagai TraXX FM.

Sejarah nama TraXX FM[sunting | sunting sumber]

Jadual siaran berita dari Wisma Berita RTM[sunting | sunting sumber]

Segmen Masa Siaran
Prime News 07:00 - 07:10
News Update 08:00 - 08:03
Prime News 09:00 - 09:10
News Update 10:00 - 10:03
World News 11:00 - 11:05
News Update 12:00 - 12:03
Prime News 13:00 - 13:10
News Update 14:00 - 14:03
News Update 15:00 - 15:03
News Update 16:00 - 16:03
Prime News 17:00 - 17:10
News Update 18:00 - 18:03
News Update 19:00 - 19:03
News Update 20:00 - 20:03
Prime News 21:00 - 21:10
News Update 22:00 - 22:03
News Update 23:00 - 23:03

News Update disiarkan pada jam 8:00 pagi, 10:00 pagi, 2:00 petang, 3:00 petang, 4:00 petang, 6:00 petang, 7:00 malam, 8:00 malam, 10:00 malam dan 11:00 malam dalam masa 3 minit.

Prime News disiarkan pada jam 7:00 pagi, 9:00 pagi, 1:00 tengah hari, 5:00 petang dan 9:00 malam dalam masa 10 minit.

World News disiarkan pada jam 11:00 pagi dalam masa 5 minit.

Penyampai[sunting | sunting sumber]

Penyampai Nasional Harian[sunting | sunting sumber]

  • Greenman
  • Lady Kay
  • Cruzer
  • Jezza
  • Mag
  • Double D
  • Navsta
  • Patrick
  • Maya
  • Roundhead
  • Sleebo
  • Edmeister
  • TheShaz
  • Chunky
  • DJ Constant
  • Jeremy
  • Mary
  • Najee
  • Alwani

Bekas penyampai[sunting | sunting sumber]

  • Terrence Joseph Dass
  • Sofea Nursolehha Tun Idris, kini bertukar ke TV3 dan terkenal menerusi program 999 dan Malaysia Hari Ini
  • Stephen Chang, kini bertukar ke RTM Sabah

Rancangan-utama[sunting | sunting sumber]

Isnin[sunting | sunting sumber]

Segmen Masa Siaran
Sound Journey 00:00 - 06:00
The Morning Show 06:00 - 10:00
Traxx Momentum 10:00 - 14:00
Chill@Traxx 14:00 - 17:00
Evening Drive 17:00 - 21:00
After Hours (Contemporary R&B) 21:00 - 00:00

Selasa[sunting | sunting sumber]

Segmen Masa Siaran
Sound Journey 00:00 - 06:00
The Morning Show 06:00 - 10:00
Traxx Momentum 10:00 - 14:00
Chill@Traxx 14:00 - 17:00
Evening Drive 17:00 - 21:00
After Hours (K-Pop & J-Pop) 21:00 - 00:00

Rabu[sunting | sunting sumber]

Segmen Masa Siaran
Sound Journey 00:00 - 06:00
The Morning Show 06:00 - 10:00
Traxx Momentum 10:00 - 14:00
Chill@Traxx 14:00 - 17:00
Evening Drive 17:00 - 21:00
After Hours (Indie & Local) 21:00 - 00:00

Khamis[sunting | sunting sumber]

Segmen Masa Siaran
Sound Journey 00:00 - 06:00
The Morning Show 06:00 - 10:00
Traxx Momentum 10:00 - 14:00
Chill@Traxx 14:00 - 17:00
Evening Drive 17:00 - 21:00
After Hours (Throwback 1990s) 21:00 - 00:00

Jumaat[sunting | sunting sumber]

Segmen Masa Siaran
Sound Journey 00:00 - 06:00
The Morning Show 06:00 - 10:00
Traxx Momentum 10:00 - 14:00
Chill@Traxx 14:00 - 17:00
Evening Drive 17:00 - 21:00
After Hours (Nightclub) 21:00 - 00:00

Sabtu[sunting | sunting sumber]

Segmen Masa Siaran
Sound Journey 00:00 - 06:00
Superstar Revisited 06:00 - 12:00
Music Saturdays 12:00 - 18:00
Music Blast Off 18:00 - 21:00
After Hours (Alternation) 21:00 - 00:00

Ahad[sunting | sunting sumber]

Segmen Masa Siaran
Sound Journey 00:00 - 06:00
Sunday Breakfast Show 06:00 - 12:00
Music Sundays 12:00 - 18:00
Music Blast Off 18:00 - 21:00
After Hours (Last Call) 21:00 - 00:00

Lagu kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Pada pukul 12:00 tengah malam setiap hari bersama semua stesen radio kebangsaan dan serantau RTM lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan.

Frekuensi[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

Frekuensi Kawasan Pemancar
90.3 MHz Kuala Lumpur Menara Kuala Lumpur
Labuan Bukit Timbalai
100.1 MHz Shah Alam, Selangor Gunung Ulu Kali
98.7 MHz Perlis, Alor Setar, Kedah dan Pulau Pinang (Georgetown hingga ke Bayan Lepas, Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan Nibong Tebal, Batu Kawan, Bukit Mertajam) Gunung Jerai
105.3 MHz Taiping, Perak Bukit Larut
Kuantan, Pahang Bukit Pelindung
90.1 MHz Ipoh, Perak Gunung Kledang
88.7 MHz Seremban, Negeri Sembilan Gunung Telapak Buruk
97.4 MHz Melaka dan Johor Utara Gunung Ledang
102.9 MHz Johor Bahru/Daerah Johor Bahru (Johor Bahru, Daerah Johor Bahru, Skudai, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Kangkar Pulai, Pulai, Ulu Tiram, Tebrau, Plentong, Pasir Gudang, Masai, Tanjung Kupang, Sungai Tiram, Pengerang, Kota Tinggi, Bandar Penawar, Lok Heng, Kampong Tengor, Kambau, Sedili Besar, Sedili Kecil, Tanjung Surat, Pontian, Pekan Nanas, Ayer Baloi, Rambah, Teluk Kerang, Penerok, Api Api, Serkat, Benut, Kukup, Senai, Kulai, Indahpura, Bukit Batu, Sedenak, Simpang Renggam, Machap, Layang-Layang, Paloh, Kluang Kahang, Kampung Si-Kijang dan Ayer Hitam) dan Singapura Gunung Pulai
Kota Batam/Pulau Batam, Kepulauan Riau, Indonesia
89.7 MHz Kuala Terengganu, Terengganu Bukit Besar
104.7 MHz Kota Bharu, Kelantan Telipot
89.9 MHz Kuching, Sarawak Gunung Serapi
Kalimantan Barat, Indonesia
104.5 MHz Miri, Sarawak Bukit Lambir
90.7 MHz Kota Kinabalu, Sabah Bukit Lawa Mandau
94.3 MHz Sandakan, Sabah Bukit Trig

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Platform TV Saluran
Astro/NJOI 872
MYTV 702

Laman web[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [Throwback ID JingleRadio Four RTM/Radio 4 RTM (2005)