Tracie Sinidol
Tracie Sinidol | |
|---|---|
| Kelahiran | 24 September 2001 |
| Pendidikan | Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) |
| Pekerjaan | Pelakon, model, penyanyi |
| Tahun aktif | 2022–kini |
Karya | Filemografi |
| Ketinggian | 159 cm (5 ka 3 in) |
| Ibu | Veronica Tajin |
| Bapa | Sinidol Stimin |
Tracie Sinidol (lahir 24 September 2001) ialah seorang pelakon, model, dan penyanyi wanita Malaysia.[1] Kerjayanya bermula selepas beliau dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2022.[2][3]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 24 September 2001 di Keningau, Sabah. Beliau ialah anak kelima daripada 9 adik-beradik kepada pasangan Sinidol Stimin yang berkeuturunan Murut dari Tenom dan Veronica Tajin yang berketurunan Dusun dari Tambunan. [4][5]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Tracie pernah dinobatkan sebagai juara pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau Tambunan 2021 sempena Pesta Kaamatan peringkat Tambunan.[6][7] Kakaknya, Grace pernah memenangi pertandingan ratu cantik dalam perayaan Kalimaran Murut dan Unduk Ngadau Kaamatan.[5]
Pada tahun 2022, Tracie dipilih sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja 2022 dan dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM 10,000 dan sebuah trofi.[8] Beliau juga diundi sebagai Dewi Favourite menerusi undian peminat secara dalam talian.[6][9][10]
Kerjaya lakonan beliau bermula apabila ditawarkan membintangi drama Imam Instant Ustazah Scammer dengan membuat penampilan khas. Selepas itu, beliau muncul pula dalam drama Puaka Cuti Semester, diikuti oleh One Million Dollar Voice dan Luruhnya Bunga Cinta.[6][11] Beliau sebelum ini juga pernah berlakon dalam telefilem Negaraku 16 September dan Budak Pasar arahan Jurey Latiff Rosli.[5]
Tracie juga pernah menjadi model dalam muzik video lagu "Mengenggam Bahagia" nyanyian Sufian Suhaimi.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Diskografi
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Catatan | Label |
|---|---|---|---|
| 2026 | "Ku Tetap Ada" | Duet bersama Jazmy Juma | Alternate Records & Talents |
Videografi
[sunting | sunting sumber]Muzik video
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Penyanyi |
|---|---|---|
| 2023 | "Menggengam Bahagia" | Sufian Suhaimi |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 2022 | Dewi Remaja | Finalis | Juara |
| 2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Pelakon Baharu Wanita Popular | Tercalon |
| 2025 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 | Aktres TV Popular | Tercalon |
| Gempak Most Wanted Awards 2025 | Selebriti Tergempak | Tercalon | |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Juliana Johar (6 September 2022). "Dewi Remaja 2022 Tracie Sinidol Mahu Bina Identiti Sendiri; "Henti Cakap Saya Kembar Mira Filzah."". Media Hiburan. Dicapai pada 22 September 2022.
- ↑ Shahrin Zulkifle (5 September 2022). "Tracie Sinidol Tak Kisah Kalau Rakan Seperjuangan Famous Dulu - "Kejayaan Mereka, Kejayaan Saya Juga"". Astro Gempak. Dicapai pada 22 September 2022.
- ↑ Wan Firdaus (5 September 2022). "Pernah Tular Dek Wajah Seakan Mira Filzah, Kenali Tracie Sinidol Dewi Remaja 2022". Nona. Dicapai pada 22 September 2022.
- ↑ Asrizal Aris (8 Jun 2017). "Tuah Tracie". Harian Metro. Dicapai pada 22 September 2022.
- 1 2 3 "Tracie Sinidol, unduk ngadau miliki pelbagai bakat". Utusan Borneo. 12 Mei 2021. Dicapai pada 22 September 2022.
- 1 2 3 Ridzuan Abdul Rahman (3 September 2023). "Minda kawal emosi". Harian Metro. Dicapai pada 22 September 2023.
- ↑ "Tracie crowned Tambunan Unduk Ngadau" (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post. 29 April 2021. Dicapai pada 22 September 2022.
- ↑ "Peserta Sabah, Tracie dinobat Dewi Remaja 2022". Kosmo!. 3 September 2022. Dicapai pada 22 September 2022.
- ↑ Najiy Jefri (3 September 2022). "Tracie juara Dewi Remaja 2022". Harian Metro. Dicapai pada 22 September 2022.
- ↑ Najiy Jefri (13 September 2022). "Impian Dewi Remaja". Harian Metro. Dicapai pada 22 September 2022.
- ↑ Nazrin Zulkafli (19 September 2023). "Dialek Sabah pekat sangat, Tracie Sinidol banyakkan bergaul dengan orang Semenanjung". mStar Online. Dicapai pada 22 September 2023.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Tracie Sinidol di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Tracie Sinidol di Instagram
- Tracie Sinidol di TikTok
- Profil rasmi di laman web Remaja
| Anugerah dan pencapaian | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Shaza Bae |
Dewi Remaja 2021/2022 |
Diikuti oleh: Nurel Baharin |