Tragedi Batang Kali 1948

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tragedi Batang Kali 1948 berlaku pada 12 Disember 1948. Ketika itu dharurat 1948-1960 baru bermula selepas pengurus ladang di Sungai Siput,Perak dibunuh.Ini adalah sebuah cerita pembunuhan beramai-ramai penduduk keturunan Cina di sebuah ladang getah oleh tentera British sebelum tentera penjajah itu membakar kampung mereka. Platun ke-7, G Company, yang ke-2 daripada Pengawal Scotland mengepung sebuah kebun getah di Sungai Rimoh, Batang Kali, Selangor, di Malaysia. 24 orang penduduk yang tidak bersenjata dan tidak bersalah telah dibunuh. Tanpa kesempatan melarikan diri dan membela diri, penduduk perkampungan itu telah dituduh sebagai komunis, dalam kejadiaan itu seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri, selain itu isteri-isteri dan anak-anak mangsa melihat sendiri kejadian kejam itu dilakukan didepan mata mereka. Pada 1 November 1949, satu siasatan rasmi telah dijalankan terhadap arahan Attorney-General Malaya pada ketika itu. hasil daripada siasatan tersebut adalah AG berpuas hati yang ‘saspek-saspek (24 lelaki tersebut) mungkin berjaya melarikan diri jika askar-askar tersebut tidak melepaskan tembakan. Siasatan ini tidak pernah diketengahkan ke pengetahuan umum, atau dihantar ke ‘War Office’. Istilah Pembunuhan kejam digunakan kerana siasatan mendapati tindakan Platun ke-7, G Company adalah silap, mereka yang dibunuh bukan anggota komunis seperti yang didakwa. Satu dokumentari BBC News pada 9 September 1992 , menyiarkan laporan siasatan mengenai pembunuhan beramai-ramai tersebut yang bertajuk “In Cold Blood” disiarkan di United Kingdom dan mendedahkan bukti baru mengenainya. Dokumetari tersebut menyiarkan laporan-laporan saksi-saksi dan mangsa-mangsa yang terselamat termasuk pengakuan sesetengah bekas Pengawal Scotland dan temuramah bersama Pegawai Polis Penyiasat Scotland yang telah menyiasat kes ini pada 1970. Ia jelas menunjukkan kesalahan Pengawal-pengawal Scotland berkenaan dan penipuan besar-besaran berkenaan pembunuhan tersebut. Walaubagaiamanapun, tiada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan UK selepas itu dan tiada pegawai British yang telah ditahan.

Tuntut pampasan RM425 juta[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Ogos 2009 ,parti MCA mengadakan mesyuarat tertutup dengan saudara mara dan waris mangsa yang telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak. Mereka meminta kerajaan Britain mengeluarkan satu kenyataan memohon maaf kepada ahli keluarga mangsa serta pembayaran pampasan sebanyak 80 juta pound (RM425 juta). Satu-satunya mangsa yang terselamat ialah Chong Hong yang ketika itu berusia 20-an.

Quek Ngee Meng dilantik sebagai peguam jawatankuasa bertindak. Mereka telah menemui pegawai pertahanan dan hal ehwal luar Britain pada Julai 2009 dan memperoleh beberapa maklumat rahsia di bawah Akta Kebebasan Maklumat United Kingdom. Kementerian Luar Britain mengakui wujud tindakan menyembunyikan campur tangan politik pada ketika itu dan siasatan menyeluruh tidak boleh lengkap atau bebas sepenuhnya.

Pada Januari 2009, Pejabat Luar Britain menolak diadakan siasatan tetapi pada April 2009 menimbang semula cadangan itu.

Campur tangan MCA[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Ogos 2009, Naib Presiden parti MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan mesyuarat tertutup telah diadakan dengan jawatankuasa bertindak di Batang kali. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]