Tragedi Teluk Ramunia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Tragedi Teluk Ramunia merujuk kepada kes bot karam bersama 9 mangsa mati lemas warga Pakistan di laut berhampiran Teluk Ramunia, Pengerang, Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Lokasi bot karam di kira-kira 3.2 batu nautika di selatan perairan Teluk Ramunia dekat Pengerang .

Suruhanjaya Tinggi Pakistan dalam satu kenyataan berkata keluarga itu tiba di Kuala Lumpur pada 18 April 2009 bagi lawatan sosial ke Malaysia.Semua penumpang mati lemas kecuali Aqeel Qirkeel, 14, terselamat. Rombongan ini berasal dari Quetta, Pakistan, menaiki bot kecil yang dinaiki 10 orang termasuk seorang pemandu bot.[1]

Mati lemas[sunting | sunting sumber]

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Che Hassan Jusoh, semua yang mati lemas dan seorang yang trselamat dibawa ke Hospital Kota Tinggi.

Kapal Dagang Atago menemui mayat seorang budak lelaki kira-kira jam 4.40 pagi. Kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun diselamatkan oleh Kapal Dagang Restore, kira-kira jam 7.55 pagi selepas satu mayat perempuan dewasa ditemui .Jam 9.08 pagi, Maritim Malaysia melancarkan operasi mencari dan menyelamat menggunakan bot laju Kilat 14 dan Kilat 46 dengan dibantu Pasukan Gerakan Marin (PGM) PAC 26 dan PX 25. Dua mayat lelaki dewasa dan seorang mayat kanak-kanak perempuan ditemui pada 1.4 batu nautika tenggara Tanjung Ayam.Jam 1.20 petang empat mayat ditemui di perairan Pulau Lima. Semua mayat dihantar ke Balai Polis Pengerang.

Aqeel Qirkeel, terpaksa berenang kira-kira 12 jam di tengah laut sambil mengheret mayat ibunya, sebelum diselamatkan sebuah kapal dagang. Aqeel bercakap dalam bahasa Urdu menerusi jurubahasa Muhamamd Junus Lala Khan. Muhammad Yunos Lala Khan merupakan warga Pakistan yang mempunyai restoran di bandar Kota Tinggi berjaya menterjemahkan bahasa Urdu itu. Mereka menginap selama seminggu di hotel di Kuala Lumpur selama seminggu sebelum ke Johor Bahru. Pada hari Ahad mereka menaiki teksi dari Johor Bahru ke chalet di kawasan Pengerang dan bermalam di situ.

Pada jam 7 malam hari Isnin, mereka menaiki bot gentian kaca bersama tiga yang lain tapi kira-kira 30 minit perjalanan, bahagian depan bot menjunam dan bot tiba-tiba tenggelam.Mereka tidak diberi jaket keselamatan. pemandu bot itu mencapai tong plastik kosong dan berenang meninggalkan mereka. Mereka semua terpisah apabila bot besar lalu berhampiran mereka yang menyebabkan gelombang dan arus ombak yang kuat. [2]

Enam sekeluarga mati lemas itu ialah ibunya, Zainad Quadir, 40-an; bapa saudaranya, Mangutan Abdul Hameed Ali Jumaah, 34; rakan bapa saudaranya, Juma Khan Ali Akbar, 64, dan dua adiknya, Sabika, 11, dan Zulkarnain, 10, serta seorang lagi bapa saudaranya, yang namanya tidak diingati.[3] Aqeel Qirkeel terselamat kerana boleh berenang. Tiga lagi penumpang tidak dikenali.Polis marin menemui menemui empat pasport dalam pemeriksaan di sekitar kawasan kejadian serta pada badan mangsa. Hanya dua mangsa saja identitinya sepadan dengan pasport yang ditemui. Satu pasport yang ditemui pada badan mangsa, disahkan milik pemegangnya berdasarkan gambar serta pengecaman seorang mangsa yang terselamat, Muhammad Aqeel Karkeem (14).

Pemandu bot dipercayai warga Indonesia dikatakan melarikan diri dengan tong plastik kosong dan meninggalkan mereka setelah bot karam dilanda ombak. Mereka ditinggalkan di tengah laut mungkin setelah dirancang lebih awal.

Hasil siasatan[sunting | sunting sumber]

Bot terbabit dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin.Nelayan pantai menemui tujuh mayat terapung di perairan itu sebelum melaporkan kepada polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitenden Muhammad Shamsuddin menyatakan pemeriksaan di 14 chalet dan hotel bajet di sekitar Bandar Penawar, Sungai Rengit dan Pengerang gagal menemui sebarang tanda penginapan kesemua mereka.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Che Hassan Jusoh menyatakan perairan Pengerang sinonim dengan transit ke Batam sebelum ke Australia.Terdapat 15 laluan atau “alur tikus” yang sering digunakan penyeludup untuk ke kepulauan Indonesia seperti Pulau Batam, Pulau Karimun dan Pulau Bintan.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]