Tanah runtuh Bukit Antarabangsa 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tanah runtuh Bukit Antarabangsa 2008
Tarikh6 Disember 2008; 15 tahun yang lalu (2008-12-06)
Masa3:50 pagi MST
LokasiBukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor
PenyebabTanah runtuh
Kematian4
Kecederaan15

Tanah runtuh Bukit Antarabangsa 2008 ialah sebuah peristiwa kejadian tanah runtuh yang telah berlaku pada 6 Disember 2008 di kawasan Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor, Malaysia. Empat orang terkorban dan 15 yang lain cedera di samping 14 buah rumah banglo ranap dalam tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi (waktu Malaysia). Tragedi itu berlaku kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan tragedi Highland Towers yang runtuh pada 11 Disember 1993.[1]

Kronologi[sunting | sunting sumber]

  • 7 Disember 2008:[6][7][8]
    • Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula memasang jambatan taktikal empat lorong bagi membolehkan kenderaan penduduk yang terperangkap keluar dari lokasi tanah runtuh Bukit Antarabangsa selepas jalan penghubung di sekitar kawasan berhampiran terputus.
    • Menurut pihak bomba dan penyelamat, tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada pergerakan air bawah tanah. [9]
  • 8 Disember 2008:[10][11][12]
    • Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa diberhentikan setelah pengesahan tiada lagi mangsa yang terperangkap atau tertimbus dalam kejadian itu dibuat berdasarkan ketiadaan petunjuk lain. Akan tetapi, operasi SAR akan tetap dilaksanakan namun ia melibatkan bantuan pencarian dokumen penting terhadap pemilik rumah masing-masing.
    • Cebisan daging yang dikesan oleh anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat disahkan sebagai bangkai anjing peliharaan oleh Ketua Polis Selangor, Dato' Khalid Abu Bakar.
    • Jambatan taktikal yang dibina oleh pihak tentera siap dibina dan sedia dilalui oleh kenderaan. Tenaga Nasional Berhad pula berjaya memulihkan bekalan elektrik kepada kira-kira 1,500 rumah yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh itu.
    • Beberapa pimpinan PAS yang turut membuat lawatan ke lokasi kejadian sejak hari pertama, iaitu Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Lo' Lo' Ghazali; Ketua Penerangan Muslimat Pusat, Athirah Aiman al-Jundi; Exco kerajaan negeri Selangor, Dato' Hassan Mohd Ali, Dr Halimah; Iskandar Abdul Samad; Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Salehin Mukhyi; dan Ketua Amal Malaysia, ustaz Jamsari Marsom.
    • Penduduk di sekitar kawasan tanah runtuh Bukit Antarabangsa diminta membuat laporan polis sekiranya rumah yang mereka kosongkan telah dipecah masuk.
  • 9 Disember 2008:[13]
    • Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan pihak kerajaan menyediakan penempatan sementara kepada mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa sama ada mangsa ditempatkan di hotel atau tempat lain yang lebih sesuai.
  • 10 Disember 2008:[14][15]
    • Jalan raya yang menjadi laluan alternatif itu sesak yang mengakibatkan ratusan kenderaan terkandas selama satu jam. Penghuni kediaman berhampiran lokasi kejadian mengambil peluang untuk memindahkan barang serta kenderaan masing-masing.
    • Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan aspek pembangunan di lereng bukit dibahaskan di Dewan Rakyat.
  • 13 Disember 2008:[16]
    • Nilai semasa hartanah di lokasi tanah runtuh Bukit Antarabangsa dianggarkan menurun kepada kira-kira 50 peratus daripada harga sebelum tragedi tanah runtuh yang mengorbankan empat nyawa itu.

Laporan siasatan[sunting | sunting sumber]

Pada 25 November 2009, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menulis surat kepada beliau bagi memohon laporan mengenai kejadian tanah runtuh di kawasan itu tidak lagi diklafikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972. Permohonan itu dibuat MPAJ selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) menyerahkan laporan teknikal berkenaan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, yang kemudian mahu ia didedahkan kepada orang ramai.

Pada 5 disember 2009, Laporan Siasatan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa akhirnya dibenarkan dibaca oleh orang ramai. Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor membenarkan MPAJ mendedahkan laporan itu walapun sebelum ini ia dikategorikan amat sulit. Tindakan kerajaan meluluskan permohonan itu bukan kerana ia sudah tersebar dalam internet, tetapi sebaliknya keputusan itu diputuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.[17]

Pasca tanah runtuh[sunting | sunting sumber]

Saman tiga keluarga[sunting | sunting sumber]

Pada 8 September 2010, tiga keluarga iaitu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap syarikat pemaju, Superview Development Sdn Bhd, dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kerana kecuaian berhubung tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2008.

Datuk Amanullah Mohamed Yusoof, Harveen Kaur Balbhir Singh dan K Thanarajah mefailkan saman secara berasingan. Mereka menuntut ganti rugi di antara RM1.5 juta dan RM2.2 juta.[18]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "4 mati, 14 cedera, 1 hilang". Utusan Malaysia Online. 6 Disember 2008. Dicapai pada 11 Disember 2008.[pautan mati kekal]
  2. ^ "4 maut, tanah runtuh di Bkt Antarabangsa". Malaysiakini.com. 6 Disember 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-03. Dicapai pada 27 Januari 2009.
  3. ^ "Four Killed, One Still Feared Buried In Bukit Antarabangsa Landslide". Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). 6 Disember 2008. Dicapai pada 27 Januari 2009.[pautan mati kekal]
  4. ^ "Penduduk apartmen berhampiran tanah runtuh diarah berpindah". Utusan Malaysia Online. 6 Disember 2008. Dicapai pada 27 Januari 2009.[pautan mati kekal]
  5. ^ "Tanah runtuh: 3,000 penduduk diarah berpindah". Malaysiakini.com. 6 Disember 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-20. Dicapai pada 27 Januari 2009.
  6. ^ "ATM mula pasang jambatan taktikal empat lorong". Utusan Malaysia Online. 7 Disember 2008. Dicapai pada 27 Januari 2009.[pautan mati kekal]
  7. ^ "Tragedi Bukit Antarabangsa: 4 terkorban, seorang masih hilang". HarakahDaily.Net. 7 Disember 2008. Dicapai pada 27 Januari 2009.[pautan mati kekal]
  8. ^ "PAS rakam takziah, desak batalkan pembangunan lereng bukit". HarakahDaily.Net. 7 Disember 2008. Dicapai pada 27 Januari 2009.[pautan mati kekal]
  9. ^ Empat Terkorban, Seorang Masih Hilang Dalam Kejadian Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa, Bernama.com
  10. ^ "Penduduk diminta buat laporan polis". Utusan Malaysia Online. 8 Disember 2008. Dicapai pada 27 Januari 2009.[pautan mati kekal]
  11. ^ "Bukit Antarabangsa: Operasi dihentikan,tiada lagi mangsa". HarakahDaily.Net. 8 Disember 2008. Dicapai pada 27 Januari 2009.[pautan mati kekal]
  12. ^ "Bukit Antarabangsa: Bukan mangsa tapi bangkai anjing". HarakahDaily.Net. 9 Disember 2008. Dicapai pada 27 Januari 2009.
  13. ^ "Sediakan penempatan sementara – Tan Sri Muhyiddin". Utusan Malaysia Online. 9 Disember 2008. Dicapai pada 27 Januari 2009.[pautan mati kekal]
  14. ^ "Jalan sesak penghuni pindah barang". Utusan Malaysia Online. 10 Disember 2008. Dicapai pada 27 Januari 2009.[pautan mati kekal]
  15. ^ "Dewan Rakyat bahas tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa". Utusan Malaysia Online. 10 Disember 2008. Dicapai pada 27 Januari 2009.[pautan mati kekal]
  16. ^ "Nilai semasa hartanah Bukit Antarabangsa menjunam 50 peratus". Utusan Malaysia Online. 13 Disember 2008. Dicapai pada 27 Januari 2009.[pautan mati kekal]
  17. ^ ""MPAJ Boleh Dedah Laporan Siasatan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa", Bernama.com, 5 Disember 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-08. Dicapai pada 2009-12-05.
  18. ^ ""Tanah runtuh: Keluarga saman pemaju, SYABAS", Malaysiakini.com.8 September 2010". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-10. Dicapai pada 2010-09-09.
  19. ^ "Human-induced landslides at Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Selangor". Cite journal requires |journal= (bantuan)