Transformers: Energon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Transformers: Energon
Fail:Transformers Energon DVD cover art.jpg
Muka depan DVD Amerika Utara
超ロボット生命体トランスフォーマー スーパーリンク
(Chō Robotto Seimeitai Toransufōmā Sūpārinku)
GenreAksi, Pengembaraan, Mecha, Superhero
Diciptakan olehEugene Ishikawa
Steve Drucker
Siri televisyen anime
PengarahYutaka Satō (1-5)
Jun Kawagoe (1-13)
Takashi Sano (6-51)
PenerbitFukashi Azuma
Matsuo Sugiyama
Skrip/PenulisAkira Okeya
Lagu/MuzikKazunori Maruyama
StudioActas[1]
Studio Galapagos[2]
Dilesenkan oleh
Penyiaran AsalTXN (TV Tokyo)
Penyiaran bahasa Inggeris
Tarikh tayangan9 Januari 200424 Disember 2004
Episod51 (Senarai episod)
Portal Anime dan Manga

Transformers: Energon, dikenali di Jepun sebagai Transformer: Superlink (Jepun: トランスフォーマー スーパーリンク, Hepburn: Toransufōmā Sūpārinku), adalah siri animasi, siri komik dan alat permainan Transformers dari tahun 2004–2005, satu lagi produksi bersama antara Hasbro dan Takara dan sekuel langsung bagi Transformers: Armada. Ia juga merupakan tayangan Transformers Jepun pertama yang dihasilkan secara janaan komputer (CG), dalam bentuk teknik bayangan cel (cel-shading) yang serupa dengan anime Zoids, dimana merupakan satu trend yang akan berterusan ke siri seterusnya, Transformers: Cybertron. Di Itali, ia disiarkan di Fox Kids (13 Episod pertama) dan Cartoon Network. Di Amerika Syarikat, KidsClick mula menyiarkan tayangan ulangan dari 27 Ogos 2018 hingga 3 November 2018.[3] Bersama-sama dengan Transformers: Armada dan Transformers: Cybertron , Transformers: Energon adalah sebahagian daripada kisah dalam siri Transformers yang dikenali sebagai "Trilogi Unicron". Dalam siri ini, gimik utama Transformers adalah kemampuan Autobot untuk bergabung dengan pasangan yang sama saiz, kemampuan Decepticon untuk menggunakan rupa bentuk yang ditambah kuasa, dan penambahan senjata Energon dan bintang-bintang yang boleh dipasang pada mana-mana Transformer. Mini-Cons, dari cerita sebelumnya, masih wujud, tetapi semua palam Mini-Con telah "mati", dan mereka tidak mengaktif fungsi pada alat mainan.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ We've Inc. history Diarkibkan 2009-04-30 di Wayback Machine
  2. ^ Studio Galapagos history[pautan mati kekal]
  3. ^ "KidsClick to launch Miraculous season 2, new shows August 20th". ToonBarn. August 15, 2018. Dicapai pada August 18, 2018.
  4. ^ "The History of Transformers on TV". IGN. Dicapai pada 2017-10-17.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]