Tremolit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tremolit

Maklumat am
KategoriInosilikat
Formula kimiaCa2(Mg5.0-4.5Fe2+0.0-0.5)Si8O22(OH)2
Pengecaman
WarnaPutih, kelabu, lavener ke merah jambu, hijau cair, kuning cair
Tabii hablurPrisma memanjang atau hablur leper; juga bergentian, granular atau berbatang
Sistem hablurMonoklin
PengembaranRingkas atau berganda, lazimnya selari dengan {100}; jarang-jarang selari dengan {001}
PembelahanSempurna di {110} pada 56° dan 124°; pemisahan di {010} dan {100}
Kekerasan skala Mohs5 – 6
Indeks biasannα = 1.599 - 1.612 nβ = 1.613 - 1.626 nγ = 1.625 - 1.637
Sifat-sifat optikDwipaksi (-)
Dwibiasanδ = 0.026
GurisPutih
Graviti tentu2.99 – 3.03
Diafaneiti Lutsinar ke lutcahaya

Tremolit ialah sejenis mineral di bawah kumpulan mineral silikat amfibol dengan komposisi Ca2(Mg5.0-4.5Fe2+0.0-0.5)Si8O22(OH)2. Tremolit terbentuk secara metamorfisme sedimen-sedimen dolomit dan kuarza. Tremolit membentuk siri dengan aktinolit dan feroaktinolit. Tremolit dengan kandungan magnesium total berwarna krim tetapi bertukar warna menjadi hijau pekat sekiranya kandungan besi meningkat. Mineral ini memiliki nilai kekuatan 5 ke 6 berdasarkan skala Mohs. Nefrit, satu daripada dua batuan jed ialah varian tremolit berwarna hijau. Bentuk gentian tremolit ialah salah satu daripada jenis-jenis asbestos yang bersifat beracun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mindat.org
  2. ^ Handbook of Mineralogy
  3. ^ Webmineral data
  4. ^ IMA Master List
  5. ^ Hawthorne, F. C.; Oberti, R.; Martin, R. F. (1 October 2006). "SHORT-RANGE ORDER IN AMPHIBOLES FROM THE BEAR LAKE DIGGINGS, ONTARIO". The Canadian Mineralogist. 44 (5): 1171–1179. doi:10.2113/gscanmin.44.5.1171.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]