Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia
International Criminal Tribunal for the former Yugoslavia
Bangunan Tribunal di Hague
Map
Maklumat umum
Ditubuhkan25 Mei 1993
Dibubarkan31 December 2017
Bidang kuasaSerbia, Croatia, Bosnia dan Herzegovina, Kosovo, Montenegro dan Macedonia Utara Edit the value on Wikidata
LokasiHague, Belanda
Koordinat52°04′04″N 4°21′13″E / 52.0679°N 4.3535°E / 52.0679; 4.3535Koordinat: 52°04′04″N 4°21′13″E / 52.0679°N 4.3535°E / 52.0679; 4.3535
Diberi kuasa olehTetapan 827 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Tempoh penggal hakim4 tahun
Bil. jawatan16 tetap
12 ad litem
BahasaBahasa Inggeris Edit the value on Wikidata
Tapak webhttp://www.icty.org/
Facebook: ICTYMKSJ Twitter: ICTYnews LinkedIn: icty Youtube: UCG_-FXt5r1RNSDaLEpl_y2g Flickr: icty Sunting ini di Wikidata
Presiden
Penyandang terkiniCarmel Agius (Malta)
Sejak17 November 2015
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tribunal Antarabangsa untuk Pendakwaan Orang yang Bertanggungjawab Melakukan Pelanggaran Serius Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa di Wilayah Bekas Yugoslavia Sejak 1991, lebih umum disebut sebagai Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia (bahasa Inggeris: International Criminal Tribunal for the former Yugoslavia, ICTY), ialah badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditubuhkan untuk mendakwa jenayah serius yang dilakukan semasa perang di bekas Yugoslavia, serta juga untuk menghukum mereka yang terlibat. Tribunal itu yang berpusat di Hague, Belanda ialah mahkamah ad hoc.

Tribunal Jenayah Antarabangsa ini ditubuhkan menerusi Tetapan 827 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diluluskan pada 25 Mei 1993. Ia mempunyai bidang kuasa terhadap empat kumpulan jenayah yang dilakukan di wilayah bekas Yugoslavia sejak tahun 1991:

  1. pelanggaran serius Konvensyen Geneva;
  2. pelanggaran undang-undang atau adat perang;
  3. penghapusan etnik; dan
  4. jenayah terhadap kemanusiaan.

Hukuman yang paling berat yang boleh dikenakan oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa ini ialah pemenjaraan seumur hidup. Pelbagai negara telah pun menandatangani perjanjian dengan PBB untuk melakukan hukum tahanan tersebut. Dakwaan terakhir dikeluarkan pada 15 Mac 2004. Tribunal ini dijadualkan menyiapkan semua perbicaraan menjelang pertengahan tahun 2011 dan semua rayuan menjelang 2013, dengan kekecualian Radovan Karadžić yang perbicaraannya dijangka akan berakhir pada 2012 dan rayuannya dihakimi pada Februari 2014.[1] Ratko Mladić dan Goran Hadžić yang masing-masing ditahan pada Mei dan Julai 2011 tidak terangkum dalam strategi siap mahkamah.[2] Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memerintah Tribunal itu untuk menyiapkan tugas selewat-lewatnya pada 31 Disember 2014 supaya dapat menutup dan memindahkan tanggungjawabnya kepada Mekanisme Baki Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah yang akan mula berfungsi untuk cawangan ICTY pada 1 Julai 2013.

Hadžić merupakan pelarian terakhir antara 161 pelarian yang dipertuduhkan selepas Boris Tadic, Presiden Serbia, mengumumkan penangkapannya pada 20 Julai 2011.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]