Serangga kadis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Trichoptera)

Serangga kadis
Julat zaman: Triassic - Sekarang
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Superorder:
Order:
Trichoptera

Kirby, 1813
Suborder

Serangga kadis (bahasa Inggeris:caddisfly) ialah sejenis serangga dalam order Trichoptera dengan kira-kira 12,000 spesies yang dikenalpasti.[1] Trichoptera ialah serangga seperti kupu-kupu kecil mempunyai dua pasang sayap membran berbulu. Trichoptera bersaudara dekat dengan Lepidoptera (kupu-kupu dan rama-rama) yang mempunyai sisik pada sayapnya, dan kedua-dua membentuk superorder Amphiesmenoptera. Trichoptera mempunyai larva akuatik dan dijumpai di pelbagai jenis habitat seperti sungai, tasik dan kolam. Larva daripada banyak spesies membuat sarung perlindungan sutera yang dihiasi dengan kerikil, pasir, ranting atau serpihan lain. Nama "Trichoptera" berasal daripada bahasa Greek: θρίξ (thrix, "rambut") + πτερόν (pteron, "sayap").

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralph W. Holzenthal, Roger J. Blahnik, Aysha Prather & Karl Kjer (2010-07-20). "Trichoptera". Tree of Life Project.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]