Trimurti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Trimurti
Tiga dewa Hindu Trimurti, Brahmā, Wisnu, dan Siwa (kiri ke kanan) di Gua Ellora
Tiga dewa Hindu Trimurti, Brahmā, Wisnu, dan Siwa (kiri ke kanan) di Gua Ellora
Dewa Tritunggal Hindu
Devanagari:त्रिमूर्ति
Penggabungan:Brahma (pencipta), Vishnu (pemelihara), dan Shiva (pemusnah); Deva
Kediaman:Satyaloka kediaman Brahma

Vaikuntha kediaman Vishnu

Kailash kediaman Shiva
Mantra:Om Tridevaya Namah
Senjata:Brahmastra dan Kamandalu (Brahma); Cakera Sudarsana dan Gedak Kaumodaki (Wisnu); Trisula (Siwa)
Pasangan:Tridewi
Gunung:Angsa (wahana Brahma), Geroda (wahana Wisnu) dan Nandi (wahana Siwa)
Gambaran Trimurti di kuil Hoysaleswara di Halebidu.

Trimurti (Bahasa Melayu: ‘tiga jelmaan’ atau 'tiga arca'; Sanskrit: त्रिमूर्ति trimūrti) merupakan sebuah konsep tritunggal dalam agama Hindu di mana aturan alam semesta berkenaan hal penciptaan, pemeliharaan, dan kemusnahan dilambangkan dengan dewa-dewa: Brahmā sang pencipta atau pereka, Wisnu sang pemelihara atau penjaga, dan Siwa sang pemusnah atau pembubar,"[1][2] namun beberapa sekta ada perbezaan dengan dewa yang digunakan. Apabila ketiga-tiga dewa Trimurti dijelmakan dalam satu awatara, dikenali dengan nama Dattatreya.[3]

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Zaman Purana memperlihatkan kebangkitan anutan pasca-Veda dan perkembangan, yang dinamakan oleh R. C. Majumdar, "agama Hindu buatan."[4]

Trimurti dengan Tridewi

Zaman tersebut tidak seragam, dan memasukkan Brahmanisme ortodoks[5][6] dalam bentuk peninggalan kepercayaan adat Veda lama, sekali dengan penganut sekta[7] lain, yang paling terkenal ialah Saiwa, Waisnawa, dan Sakta yang masih mengikut fahaman lazim tetapi telah menjadi fahaman lain.[8] Antara sifat terpenting zaman ini ialah sifat harmoni antara penganut ortodoks dan sekta.[9] R. C. Majumdar menerangkan mengenai semangat perdamaian ini:

Pemerlihatan [keharmonian] terkenal ini dapat ditemui dalam konsep agamaan mereka iaitu Trimurti, iaitu suatu jelmaan Tuhan agung dalam tiga jelmaan Brahma, Vishnu, dan Siva... Tetapi cubaan ini tidak boleh dianggap berjaya, kerana Brahma tidak pernah mendapat kuasa hampir sama dengan yang Siva atau Vishnu, dan sekta berbeza biasa fikirkan Trimurti sebagai tiga jelmaan tuhan sekta mereka, yang mereka gelari Brahman atau Mutlak.[10]

Pengenalpastian Brahma, Wisnu dan Siva sebagai satu tuhan ditekankan dalam Kūrma Purāṇa, di mana 1.6 Brahman disembah sebagai suatu Trimurti; 1.9 lebih lagi menekankan ketunggalan tiga dewa, dan 1.26 mengaitkan perkara yang sama.[11] Sejarawan A. L. Basham menerangkan skop Trimurti seperti berikut, juga jelas kelihatan fahaman barat berkenaan tritunggal:

Pasti ada keraguan terhadap sama ada adat Hindu pernah kenali Brahma sebagai Tuhan Yang Maha Agung sebagai mana Vishnu dan Siva difikirkan dan disembah.[12]

Konsep Trimurti juga boleh didapati dalam Maitri Upanishad, yang menjelaskan tiga dewa tersebut merupakan tiga jelmaannya.[13]

Kuil-kuil Trimurti[sunting | sunting sumber]

Kuil-kuil yang dibina khas untuk Trimurti dengan anggota dan susunan berbeza dapat dijumpai seawal abad ke-8 TM, dan ada juga kuil-kuil yang masih memuja Trimurti.

Pandangan sekta-sekta Hindu lain[sunting | sunting sumber]

Saura[sunting | sunting sumber]

Trimurti, lukisan dari Andhra Pradesh

Sekta Saura sembah Dewa Suria sebagai tuhan teragung dalam ketuhanan dan saguna brahman tidak menerima Trimurti kerana mereka percaya bahawa Dewa Suria ialah Tuhan. Versi awal Trimurti kadangkala menggantikan Brahma dengan Suria, ataupun sebagai dewa keempat dalam Trimurti yang lebih tinggi pangkatnya, dan yang tiga dewa tersebut merupakan tiga jelmaannya; Suria ialah Brahma di waktu pagi, Wisnu di waktu tengah hari dan Siva di waktu petang. Suria juga seorang anggota dalam Trimurti Veda yang asal, yang memasukkan Dewa Baruna dan Dewa Bayu. Ada pengikut Saura menyembah satu sahaja anggota Trimurti sebagai jelmaan Suria, ada yang menyembah Trimurti sebagai Trimurti sebagai jelmaan Suria, dan yang lain hanya menyembah Suria sahaja.

Patung Trimurti Sadasiwa di Pulau Gharapuri

Saiwa[sunting | sunting sumber]

Penganut Saiwa berpegang mengikut Shaiva Āgama bahawa Dewa Siwa laksanakan lima perkara - penciptaan, pemeliharaan, pembubaran, menutup limpah kurnia, dan membuka limpah kurnia. Mengikut turutan, tiga perkara awal ini dikaitkan dengan Siwa sebagai Sadyojata (seperti Brahma), Wamadewa (seperti Wisnu) dan Agora (seperti Rudra). Maka, Brahma, Wisnu dan Rudra bukanlah tuhan lain dengan Siwa, sebaliknya jelmaan Siwa. Sebagai Brahma/Sadyojata, Siwa mencipta. Sebagai Wisnu/Wamadewa, Siwa memelihara. Sebagai Rudra/Agora, dia hapuskan. Ia membandingkan fahaman yang Siwa ialah "Dewa kemusnahan." Bagi penganut Saiwa, Siwa ialah Tuhan dan laksanakan segala perkara, di mana memusnahkan hanyalah satu perkara sahaja. Oleh itu, Trimurti ialah jelmaan Siwa sendiri bagi penganut Saiwa. Penganut Saiwa percaya bahawa Mahadewa Siwa ialah yang Agung, yang memainkan peranan penting dan memiliki nama dan rupa yang sekutu dengannya, dan juga melebihi ini.[14] Sebuah contoh Trimurti dalam Saiwa ialah patung Trimurti Sadasiwa di Gua Elephanta di Pulau Gharapuri.

Brahmin[sunting | sunting sumber]

Para Brahmin menganut Brahma. Bagi mereka, Brahma ialah Parabrahaman (Brahman Tertinggi) dan Tuhan yang maha Agung, dan percaya bahawa Wisnu dan Siwa ialah anak Brahma dan jelmaannya sahaja. Dalam agama Brahmin, mereka percaya bahawa Brahma ialah sang Pencipta, Wisnu sang Pemelihara dan Siwa sang Pemusnah. Mereka percaya Brahma ialah Param-pita (Bapa induk) seluruh semesta dan dewa. Dia hanya mencipta, pelihara, dan bubar segalanya untuk mencipta lagi.

Sakta[sunting | sunting sumber]

Siwa, Wisnu, dan Brahma memuja Kali

Sekta Sakta memberi peranan Tuhan Agung dalam Trimurti bukannya kepada dewa-dewa tetapi kepada dewi-dewi: Mahasaraswati (Pencipta), Mahalaksami (Pemelihara), and Mahakali (Pemusnah). Trimurti wanita ini dipanggil Tridewi ("tiga dewi"). Dewa lelaki (Brahma, Wisnu, Siwa) diturunkan pangkat mereka sebagai dewa bantuan kepada dewika agung Tridewi.

Smarta[sunting | sunting sumber]

Trimurti dari Angkor. Diperbuat daripada batu pasir, patung ini daripada abad ke-11 TM. Dipamerkan di Muzium Negara Kemboja.

Smarta ialah sekta Hinduisme yang menekankan lima tuhan dan bukan sahaja satu.[15] Sistem "pujaan lima jelmaan" (pancāyatana puja)[16], yang dipopularkan oleh ahli falsafah dari abad ke-9 Adi Sankaracarya dari para Brahmin ortodoks dari adat Smarta, menyeru lima dewa: Ganesa, Wisnu, Brahma, Dewi dan Siwa.[17][18] Sankaracarya kemudian menambah Kartikeya kepada kelima-lima dewa ini, menjadikan ia enam. Sistem baharu ini disebarkan oleh Sankaracarya untuk satukan tuhan utama lima sekta pada pangkat yang sama.[19] Fahaman seragam ini yang didakwahkan Sankaracarya membenarkan seseorang untuk menyembah satu tuhan utama sambil juga memuja keempat-empat dewa yang lain sebagai jelmaan Brahman yang maha menyeluruh.

Waisnawa[sunting | sunting sumber]

Walaupun Wisnu Purana menyatakan yang Wisnu menjelma sebagai Brahma untuk mencipta dan sebagai Rudra (Siwa) untuk memusnah,[20] sekta Waisnawa secara umumnya tidak perakui konsep Trimurti, tetapi mereka percaya pada konsep awatara Wisnu seperti Buddha, Rama, Krishna, dsb. Mereka juga percaya bahawa Siwa dan Brahma ialah jelmaan Wisnu. Contohnya, fahaman Dwaita nyatakan bahawa Wisnu sahaja Tuhan yang maha Agung, dan Siwa lagi rendah pangkatnya, dan mentafsirkan Purana dengan berbeza. Contohnya, Vijayindra Tîrtha, seorang cendiakawan Dwaita mentafsirkan 18 purana dengan berbeza. Beliau tafsirkan purana Waisnawa sebagai satwa (teratur dan aman) dan purana Saiwa puranas sebagai tamas (gelap dan suram) dan hanya purana satwa sahaja berkuasa.[21]

Tidak seperti sekta fahaman Waisnawa lain seperti Ramanuja, Madhva dan Chaitanya, Swaminarayan, guru aliran-aliran Swaminarayan (termasuklah BAPS), tidak membezakan antara Wisnu, Brahma dan Siwa; Swaminarayan berbeza berbanding sekta Waisanawa yang lain berkenaan Wisnu dan Siwa ialah aspek berbeza dalam tuhan yang sama.[22][23][24] Tambahan pula, Swaminarayan menggunakan kaedah Smarta dengan mengarahkan pengikutnya untuk memuja kelima-lima tuhan dalam Pancayatana dengan kehormatan yang sama.[25]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Untuk petikan menjelaskan trimurti rujuk Matchett, Freda. "The Purāṇas" [Purana-Purana], dalam: Flood (2003), m/s. 139.
  2. ^ Untuk sistem Trimurti memanggil Brahma sebagai pencipta, Wisnu sebagai pemelihara, dan Siwa sebagai pengubah atau pemusnah rujuk: Zimmer (1972) m/s. 124.
  3. ^ Mhatre, Sandeep. "Datta Sampradaay and Their Vital Role" [Datta Sampradaay dan Peranan Utama Mereka]. Kuil Swami Samarth. Diarkibkan dari yang asal pada 4 Mac 2016.
  4. ^ Untuk penarikhan zaman Purana sebagai ling. 300–1200 TM dan petikan, rujuk: Majumdar, R. C. "Evolution of Religio-Philosophic Culture in India" [Perkembangan Budaya Kefalsafahan Agama di India], dalam: Radhakrishnan (CHI, 1956), jilid 4, m/s. 47.
  5. ^ Takrif: Berpegang pada pendapat yang diterima umum
  6. ^ Orthodox [Takrif 2]. (2017). "Pegangan pada kepercayaan, pendapat, dsb. yang pada amnya dipersetujui". Dari Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Edisi ke-6) oleh Joyce M. Hawkins. m/s 311.
  7. ^ Takrif: sekumpulan orang yang mempunyai kepercayaan agama tersendiri yang berbeza daripada kebanyakan orang lain
  8. ^ Untuk penyifatan sebagai bukan seragam dan mempunyai pelbagai adat dan tradisi, sila rujuk: Majumdar, R. C. "Evolution of Religio-Philosophic Culture in India" [Perkembangan Budaya Kefalsafahan Agama di India], dalam: Radhakrishnan (CHI, 1956), jilid 4, m/s. 49.
  9. ^ Untuk keharmonian antara kumpulan ortodoks dan sekta, rujuk: Majumdar, R. C. "Evolution of Religio-Philosophic Culture in India" [Perkembangan Budaya Kefalsafahan Agama di India], dalam: Radhakrishnan (CHI, 1956), jilid 4, m/s. 49.
  10. ^ Untuk petikan, rujuk: Majumdar, R. C. "Evolution of Religio-Philosophic Culture in India" [Perkembangan Budaya Kefalsafahan Agama di India], dalam: Radhakrishnan (CHI, 1956), jilid 4, m/s. 49.
  11. ^ Untuk rujukan kepada Kūrma Purana rujuk: Winternitz, jilid 1, m/s. 573, nota 2.
  12. ^ Sutton, Nicholas (2000). Religious doctrines in the Mahābhārata ["Pegangan agama dalam Mahabharata"] (edisi 1st). Delhi: Motilal Banarsidass Publishers. m/s. 182. ISBN 81-208-1700-1. 
  13. ^ "Brahma, Rudra dan Vishnu dipanggil jelmaan agungnya. Bahagian kegelapannya ialah Rudra. Bahagian semangatnya ialah Brahma. Bahagian kesuciannya adalah Vishnu" Maitri Upanisad [5.2]
  14. ^ "How can the god of destruction be the Supreme?" [Bagaimana tuhan kemusnahan itu Agung?]. Shaivam. Diarkibkan daripada asal pada 26 September 2006. Dicapai 9 Julai 2018.
  15. ^ Flood (1996), m/s. 17.
  16. ^ Takrif: Panca = Lima, Aayatana = Tuhan. [Rujukan]
  17. ^ Penarikhan untuk pancayatana puja dan hubungan dengan Brahmin Smarta adalah daripada Courtright, m/s. 163.
  18. ^ Untuk pemujaan lima jelma sebagai perkara penting dalam amalan Smarta, rujuk: Flood (1996), m/s. 113.
  19. ^ Grimes, m/s. 162.
  20. ^ Flood, Gavin, "An Introduction to Hinduism". [Sebuah Pengenalan kepada Hinduisme]. Cambridge University Press, m/s. 111, ISBN 0-521-43878-0
  21. ^ Sharma, B. N. Krishnamurti (2000). "A history of the Dvaita school of Vedānta and its literature: from the earliest beginnings to our own times". [Sejarah aliran Dwaita dari Vedanta dan pustakanya: dari permulaan terawal sehingga masa kini]. Motilal Banarsidass Publishers. m/s. 412. ISBN 81-208-1575-0. Dicapai 15 Januari 2010.
  22. ^ Menurut laman ini, http://www.kakaji.org/shikshapatri_verses.asp?catid=viewAll, ayat 47, 84, dalam kitab mereka, Shikshapatri, sebuah pustaka penting dalam kepercayaan Swaminarayan. [1] mengatakan, "Dan ketunggallan Narayana dan Shiva mesti difahami, kerana Vedas telah menjelaskan mereka sebagai brahmaroopa, atau jelmaan Brahman, iaitu, Saguna Brahman, menunjukkan Vishnu dan Shiva ialah jelmaan berbeza kepada tuhan yang tunggal dan sama."
  23. ^ "Swaminarayan Satsang - Scriptures". m/s. 2. Diarkibkan daripada asal pada 16 Julai 2011. Dicapai 9 Julai 2018.
  24. ^ "Swaminarayan Satsang - Scriptures". m/s. 4. Diarkibkan daripada asal pada 16 Julai 2011. Dicapai 9 Julai 2018.
  25. ^ "An Introduction to Swaminarayan Hinduism". [Pengenalan kepada Hinduisme Swaminarayan], oleh Raymond Brady Williams di https://books.google.com/books?id=tPkexi2EhAIC&pg=PA25&dq=Shikshapatri+Vishnu+shiva&lr=&cd=1#v=onepage&q=Shikshapatri%20Vishnu%20shiva&f=false

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Basham, A. L. (1954). "The Wonder That Was India: A Survey of the Culture of the Indian Sub-Continent Before The Coming of the Muslims". [Keajaiban Yang Dahulunya India: Hasil Kajian Budaya Subbenua India Sebelum Kedatangan Muslim]. New York: Grove Press, Inc.
  • Courtright, Paul B. (1985). "Gaṇeśa: Lord of Obstacles, Lord of Beginnings". [Ganesa: Tuhan Rintangan, Tuhan Permulaan]. New York: Oxford University Press. ISBN 0-19-505742-2.
  • Flood, Gavin (1996). "An Introduction to Hinduism". [Sebuah Pengenalan kepada Hinduisme]. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-43878-0.
  • Flood, Gavin (Editor) (2003). "The Blackwell Companion to Hinduism". [Buku Panduan Hinduisme Blackwell]. Malden, MA: Blackwell Publishing Ltd. ISBN 1-4051-3251-5.
  • Zimmer, Heinrich (1972). "Myths and Symbols in Indian Art and Civilization". [Mitos dan Simbol dalam Seni dan Tamadun India]. Princeton, New Jersey: Princeton University Press. ISBN 0-691-01778-6.