Trisha Ooi
Trisha Ooi | |
---|---|
Kelahiran | Reyshqa Aqiera binti Mohd Nasron Ooi 2000 (umur 21–22) |
Pekerjaan | Pelakon, model, pelagak ngeri |
Tahun aktif | 2016–kini |
Trisha Ooi (lahir Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi; 2000 di Kuala Lumpur, Malaysia) ialah seorang model dan pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak Erra lakonannya dalam drama Risik Pada Hati (2022). Beliau sebelum ini telah memulakan kerjayanya sebagai pelagak ngeri.[1]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Trisha memulakan kerjayanya awalnya di belakang tabir sebagai pelagak ngeri wanita ketika menimba ilmu persilatan, namun tidak pernah terfikir untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan pada mulanya.[2]
Kerjaya lakonannya bermula apabila beliau membintangi filem Wira (2019) arahan Adrian Teh,[3] seterusnya membintangi drama KL Gangster: Underworld dan Hari Kita Jatuh Cinta. Trisha mendapat kejayaan meluas dalam bidang lakonan menerusi lakonannya dalam Risik Pada Hati yang disiarkan di TV3. Dalam drama ini, beliau memegang watak perampas suami orang yang bernama Erra.[4][5]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2019 | Wira | Konco Vee | Filem pertama |
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2020 | KL Gangster: Underworld | Teja | iflix |
2021 | Hari Kita Jatuh Cinta | Anna Nabila | Awesome TV |
2022 | Risik Pada Hati | Erra | TV3 |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Norhayati Nordin (14 Julai 2022). "Ikut kehendak watak". Harian Metro. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
- ^ Najiy Jefri (30 Oktober 2021). "Bukan sekadar lagak ngeri". Harian Metro. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
- ^ Charma Kie (11 Julai 2022). ""Adakala Saya Tergelincir" – Trisha Ooi Bersyukur Tidak Keseorangan Beraksi Ngeri". BOOM!. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
- ^ Norhayati Nordin (30 Jun 2022). "Watak Erra buat Trisha dikecam hebat". Harian Metro. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
- ^ Norhayati Nordin (29 Julai 2022). "'Perampas dalam lakonan, ok lah' - Trisha Ooi". Harian Metro. Dicapai pada 5 Ogos 2022.