Troika Eropah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Troika Eropah ialah kumpulan tiga badan yang terdiri daripada Suruhanjaya Eropah (EC), Bank Pusat Eropah (ECB) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Kumpulan ini berunding berkenaan dengan program pinjaman dan jaminan dengan ahli-ahli zon euro ketika krisis kewangan 2007-2010 dan krisis hutang kerajaan Yunani. Isitilah ini biasanya digunakan di Greece,[1] Cyprus,[2] Ireland,[3] Portugal,[4] dan Sepanyol.[5]

Perkataan troika berasal daripada bahasa Rusia, тройка yang bererti "pakatan bertiga". Pada 2015, kerajaan Greece berkeputusan untuk menggunakan perkataan "institusi" untuk merujuk kepada troika, selaras dengan permintaan kerajaan baharu Greece pada masa itu.[6][7]

Pada Julai 2015, Mekanisme Penstabilan Eropah (ESM) pula memasuki kumpulan ini ketika membuat perancangan bayaran jaminan ketiga kepada Greece dan oleh itu, kumpulan itu dipanggil sebagai quadriga ("pakatan berempat").

Huraian[sunting | sunting sumber]

Dalam Troika Eropah, ECB hanya bertindak sebagai penasihat kerana suatu perjanjian ditandatangani oleh EC dan IMF dan terdapat cadangan agar ECB keluar daripada kumpulan tersebut.[8]

Salah satu tugas utama troika Eropah ialah menjalankan program bantuan kewangan kepada ahli-ahli zon euro melalui memorandum persefahaman yang ditandatangani dan berlanjutan selama tiga tahun. Dalam program ini, tindakan jimat cermat yang menyeluruh telah dikenakan terhadap negara yang terlibat untuk mengurangkan perbelanjaan awam.[9] Program ini dipanggil sebagai "program pelarasan ekonomi" (economic adjustment programme) dan negara-negara yang pernah terlibat ialah:

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Tunjuk perasaan terhadap troika Eropah di Slovenia pada 2013.

Pada Mac 2014, Parlimen Eropah telah mengeluarkan satu laporan yang mengkritik troika dan meminta agar kumpulan tersebut dihapuskan dalam jangka masa panjang. Ahli-Ahli Parlimen mengkritik troika kerana dikatakan kekurangan kesahan serta kawalan perundangan dan demokrasi dalam troika.[10]

Salah seorang pengkritik terkemuka troika ialah bekas menteri kewangan Greece, Yanis Varoufakis.[11][12]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hellenic Broadcasting Corporation (6 May 2011). ""Τεστ αντοχής" από την τρόικα ("Stress test" by the troika)" (dalam bahasa Greek). www.news.ert.gr. Diarkibkan daripada asal pada 6 May 2011. Dicapai 6 May 2011. 
  2. ^ Kathimerini Newspaper Newsroom/Cyprus News Agency (2 April 2014). "Διεκδικητική στάση έναντι της Τρόικας ζητά η ΕΔΕΚ (EDEK Asks for Assertiveness Against the Troika)" (dalam bahasa Greek). www.kathimerini.com.cy. Dicapai 5 April 2014. 
  3. ^ RTÉ News (15 April 2011). "RTÉ.ie Extra Video: EU/IMF rescue package - troika briefing". www.rte.ie. Diarkibkan daripada asal pada 18 April 2011. Dicapai 6 May 2011. 
  4. ^ Público (26 June 2011). "Estudo entregue à troika propõe fecho de 800 km de linha férrea" (dalam bahasa Portuguese). www.publico.pt. Dicapai 28 June 2011. 
  5. ^ El País (11 June 2012). "La troika vigilará que se cumplan las reglas pactadas para el rescate" (dalam bahasa Spanish). www.elpais.com. Dicapai 11 June 2012. 
  6. ^ Symbolischer Sieg für Griechenland: Die Troika heißt jetzt nicht mehr Troika. Spiegel Online, 13 Februari 2015
  7. ^ Die ungeliebten Prüfer der Sparpolitik sind zurück. FAZ.net, 13 Februari 2015
  8. ^ Von Claus Hulverscheidt (5 Mac 2013). "EZB zweifelt am Verbleib in der Troika". Süddeutsche Zeitung (dalam bahasa Jerman). Dicapai 9 September 2019. 
  9. ^ O'Carroll, Lisa (2010-11-28). "Government Statement on the announcement of joint EU - IMF Programme for Ireland". The Guardian. Dicapai 2015-01-05. 
  10. ^ "Schelte für die strengen Kontrolleure". tagesschau.de (dalam bahasa Jerman). 13 Mac 2014. Dicapai 8 September 2019. 
  11. ^ https://www.yanisvaroufakis.eu/books/adults-in-the-room/
  12. ^ https://www.audible.com/pd/Adults-in-the-Room-Audiobook/B075X31PTR?ds_rl=1262685&ds_rl=1263561&ds_rl=1260658&mkwid=DSAINTTitle_dc&pcrid=239333741509&pmt=b&pkw=&source_code=GO1GBSH07271690CB&cvosrc=ppc%20dynamic%20search.google.634950925&cvo_crid=239333741509&cvo_pid=33581432409