Pergi ke kandungan

Trout Burma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Burmese trout
Pengelasan saintifik e
Templat taksonomi hilang (baiki): Raiamas
Spesies:
Nama binomial
Raiamas guttatus
(F. Day, 1870)[2]
Sinonim
  • Opsarius guttatus Day, 1870
  • Barilius guttatus (Day, 1870)
  • Bola harmandi Sauvage, 1880
  • Barilius harmandi (Sauvage, 1880)
  • Luciosoma fasciata Yang & Hwang, 1964

Himalayan trout atau Burmese trout atau Ikan Sikang ( Raiamas guttatus ) ialah spesies ikan bersirip sinar dalam genus Raiamas.

Ia ditemui di lembangan Irrawaddy, Mekong, Chao Phraya, Sungai Salween dan juga di utara Semenanjung Tanah Melayu. Ikan Sikang juga merupakan antara spesies ikan air tempatan atau ikan natif yang semakin sukar untuk ditemui.


Sikang sebenarnya berasal dari keluarga besar Cyprinidae (kap), sama sebagaimana ikan kelah, sebarau, tengas dan kebanyakan ikan lain. Namun sikang dan trout bukanlah datang dari famili yang sama. tetapi, disebabkan miripnya itulah, sikang mendapat julukan The Malayan Trout.


Ia masih boleh ditemui di sungai-sungai pergunungan yang berarus dan bersuhu agak dingin.


Selain itu, ikan Sikang adalah sejenis ikan yang mudah mengalami tekanan apabila tidak berada dalam habitat asalnya dan mempunyai kecenderungan untuk melompat dengan kuat. Sekiranya. Ikan ini juga mempunyai kecenderungan untuk memakan ikan lain yang berukuran lebih kecil, dan sering menjadi mangsa kepada ikan sebarau, kelah, dan ikan lain yang berukuran besar.


Memandangkan sikang merupakan spesies ikan yang memiliki bentuk dan warna yang cantik serta kesukaran untuk mendapatkannya, para pemancing lebih rela melepaskannya semula agar generasi akan datang nanti juga dapat melihat spesies ini.


  1. ^ Lumbantobing, D.; Vishwanath, W. (2020). "Raiamas guttatus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T168219A58317943. doi:10.2305/IUCN.UK.2020-3.RLTS.T168219A58317943.en. Dicapai pada 18 November 2021.
  2. ^ Froese, Rainer; Pauly, Daniel (2006). "Raiamas guttatus" di FishBase. versi April 2006.