Pergi ke kandungan

Tsuki ga Kirei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tsuki ga Kirei
GenrePercintaan, Menjelang usia
Anime
PengarahSeiji Kishi
PenerbitKen Minami
Takema Okamura
Toshihiro Maeda
Hiroshi Kamei
Skrip/PenulisYūko Kakihara
Lagu/MuzikTakurō Iga
StudioFeel
Dilesenkan oleh
Crunchyroll (penstriman)
Funimation (video rumah)
Penyiaran AsalJepun Tokyo MX, MBS, BS11, TVA
Dikeluarkan pada6 April 201729 Jun 2017
Portal Anime dan Manga

Tsuki ga Kirei (月がきれい, , As the Moon, So Beautiful./Seperti Bulan, Sangat Cantik.[a]) merupakan sebuah anime dan siri televisyen percintaan Jepun 2017 yang dihasilkan oleh Feel. Ia telah disiarkan pada 6 April sehingga 29 Jun 2017.[3] Crunchyroll telah melesenkan siri ini di Amerika Utara.

Sebagai anime percintaan kontemporari dan juga menjelang usia, ceritanya mengikuti kehidupan dua orang pelajar menengah rendah, Akane and Kotarō, yang telah jatuh cinta untuk kali pertama dan bergelut untuk mengekalkan hubungan mereka.

Azumi Kotaro and Mizuno Akane menjadi pelajar tahun ketiga di sekolah menengah rendah dan menjadi rakan sekelas untuk pertama kalinya. Mereka berdua ditugaskan untuk mengendalikan peralatan sukan semasa festival sukan dan secara perlahan-lahan mereka mula rapat melalui LINE. Mereka berdua, bersama rakan pelajar Nishio Chinatsu dan Hira Takumi, sering bertukar fikiran dan perasaan bersama. Seiring dengan dengan kemajuan tahun terakhir mereka di menengah rendah yang semakin ke penghujungnya, kumpulan tersebut mengatasi cabaran mereka untuk menjadi matang dan mereka sedar perubahan di dalam diri mereka.

Kotarō Azumi (安曇 小太郎, Azumi Kotarō)
Disuarakan oleh: Shōya Chiba[4] (Bahasa Jepun), Stephen Sanders[5] (Bahasa Inggeris)
Pelajar kelas 3-1 yang merupakan ahli kelab sastera. Beliau berhasrat untuk menjadi novelis mengidolakan Osamu Dazai. Secara umumnya, beliau mempunyai perwatakan yang tenang. Pada mulanya beliau terlalu malu untuk menunjukkan novelnya kepada orang lain, tetapi selepas memerhatikan cinta Akane kepada dunia larian dan keterbukaan untuk menggunakan rasa malu tersebut sebagai langkah untuk meningkatkan seseorang, beliau mula rasa terbuka kepada prospek tersebut. Dari zaman kanak-kanak lagi, Kotarō telah menerima arahan dalam persembahan tarian tradisional dan iringan muzik festival, Hayashi, di kuil Shinto tempatan. Beliau mula bertemujanji dengan Akane secara rahsiah, namun akhirnya beliau mendedahkannya kepada Hira.
Apabila Akane terpaksa berpindah ke Chiba disebabkan kerja ayahnya, Kotarō cuba untuk mendapat sekolah yang sama dengan Akane, walaupun ibubapanya membangkang perkara ini, tetapi permohonannya tidak berjaya. Beliau tidak dapat berjumpa Akane pada hari dia berpindah, tetapi menerbitkan cerita dalam talian berjanji untuk mencintainya selamanya. Walaupun hubungan mereka jarak jauh, tetapi mereka masih saling berhubung dan menziarahi antara satu sama lain. Gambar terakhir di hujung anime menunjukkan mereka berkahwin dan mendapat seorang anak bertahun-tahun kemudiannya.
Akane Mizuno (水野 茜, Mizuno Akane)
Disuarakan oleh: Konomi Kohara[4] (Bahasa Jepun), Apphia Yu[5] (Bahasa Inggeris)
Pelajar kelas 3-1 yang merupakan ahli kelab trek dan padang. Beliau mempunyai perwatakan mudah bergaul, tetapi kadang-kadang beliau juga mudah gelisah dan rasa takut. Apabila berasa gementar, beliau akan menekan-nekan maskot kentangnya. Akane berpindah ke Kawagoe, Saitama semasa beliau tahun lima di sekolah rendah. Beliau mula bertemujanji dengan Kotarō, tetapi akhirnya mendedahkannya kepada Chinatsu dan Hira, yang memberitahu satu kelas tentang perkara ini.
Apabila beliau terpaksa berpindah ke Chiba disebabkan kerja ayahnya, beliau menjadi risau tentang hubungan masa depannya dengan Kotarō, tetapi memberi sokongan padanya apabila Kotarō cuba masuk ke sekolah yang sama. Apabila Kotarō gagal, beliau sekali lagi menjadi risau, tetapi menjumpai harapan baharu apabila beliau membaca cerita atas talian Kotarō, yang merupakan janji untuk mencintainya selamanya. Gambar terakhir di akhir anime menunjukkan mereka berkahwin dan mendapat seorang anak bertahun-tahun kemudian.
Takumi Hira (比良 拓海, Hira Takumi)
Disuarakan oleh: Atsushi Tamaru[4] (Bahasa Jepun), Daman Mills[5] (Bahasa Inggeris)
Presiden kelab trek dan padang. Dia telah jatuh cinta kepada Akane sejak tahun pertama di menengah rendah.
Chinatsu Nishio (西尾 千夏, Nishio Chinatsu)
Disuarakan oleh: Rie Murakawa[4] (Bahasa Jepun), Megan Shipman[5] (Bahasa Inggeris)
Salah satu kawan baik Akane di kelab trek dan padang yang mudah bergaul. Dia mula mempunyai perasaan terhadap Kotarō.

Penerbitan dan pengembangan

[sunting | sunting sumber]

Siri televisyen anime yang diterbitkan oleh Feel telah diumumkan pada bulan Januari 2017. Seiji Kishi mengarahkan anime ini, manakala Yūko Kakihara menulis dan menyelia skrip siri, dan Kazuaki Morita mengadaptasi reka bentuk watak yang dihasilkan oleh Loundraw.[3] Takurō Iga dan FlyingDog masing-masing mencipta dan menerbitkan muzik, manakala Nagano bekerja sebagai penerbit siri ini.[6] Ia ditayangkan pada 6 April 2017 di saluran Tokyo MX dengan siaran lebih lanjut di MBS, BS11 dan TVA,[7] dan kemudiannya tamat pada 29 Jun 2017. Nao Tōyama menyanyikan kedua-dua lagu pembukaan dan penutup, masing-masing bertajuk "Ima Koko" (イマココ) dan "Tsuki ga Kirei" (月がきれい).[8] Tōyama juga menyanyikan lagu selingan pada episod 3, "Hatsukoi" (初恋).

Crunchyroll melesenkan siri ini dan menstrimkannya di luar Asia,[9] dan Funimation mengalihsuara siri ini dalam Bahasa Inggeris dan mengeluarkannya dalam bentuk video rumah di Amerika Utara sebagai sebahagian daripada perkongsian dengan Crunchyroll.[10][11]

  1. ^ Walaupun diterjemah sebagai "Bulan itu Cantik," frasa "Tsuki ga Kirei Desu ne." (月が綺麗ですね。, "Bulan itu Cantik, bukan?") adalah ungkapan biasa di Jepun yang bermaksud "saya cintakan awak." Frasa ini telah diterjemahkan oleh seorang guru dan novelis era Meiji, Natsume Sōseki kerana beliau percaya bahawa pasangan yang bercinta tidak perlukan kata-kata langsung untuk meluahkan perasaan mereka.[1][2]
  1. ^ "The moon is beautiful, isn't it?". ASAHI NIHONGO (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-22. Dicapai pada 2 Mac 2017.
  2. ^ "オリジナルTVアニメ『月がきれい』が4月に放送決定". Animate Times (dalam bahasa Jepun). 30 Januari 2017. Dicapai pada 19 Julai 2017.
  3. ^ a b "Studio feel. Reveals Tsuki ga Kirei Original TV Anime Project for April". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Mac 2017.
  4. ^ a b c d "Studio feel. Reveals Visual, Expanded Character Descriptions for Tsuki ga Kirei Original Anime". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Mac 2017.
  5. ^ a b c d "Funimation Announces English Dub Casts for Tsukigakirei, Tsugumomo Anime". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 5 Mei 2017. Dicapai pada 5 Mei 2017.
  6. ^ Disenaraikan sebagai penerbit di AnimeJapan 2017.
  7. ^ "Studio feel.'s Tsuki ga Kirei TV Anime Premieres on April 6" (dalam bahasa Inggeris). Anime News Network. 8 Mac 2017. Dicapai pada 8 Mac 2017.
  8. ^ "オリジナルTVアニメ『月がきれい』最新キービジュアル&番宣PV公開&主題歌決定など、5大ニュースをお届け!". アニメイトタイムズ (dalam bahasa Jepun). animateLAB Corporation. Dicapai pada 2 April 2017.
  9. ^ "Crunchyroll to Stream Tsukigakirei Anime". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 April 2017.
  10. ^ "Funimation Announces English Dubs for 8 More Simulcast Titles, Brave Witches (Updated)" (dalam bahasa Inggeris). Anime News Network. 25 April 2017. Dicapai pada 9 Mei 2017.
  11. ^ "Crunchyroll, Funimation Outline Home Video Releases for elDLIVE, Tsukigarei, Tsugumomo, Clockwork Planet Anime". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 17 Februari 2018. Dicapai pada 17 Februari 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]