Tuah Adzmi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Tuah Adzmi
Nama lahirArumi Nafis bin Muhammad Adzmi
Kelahiran (1998-09-07) 7 September 1998 (umur 23)
Ampang, Selangor, Malaysia
GenrePop, balada
PekerjaanPenyanyi, komposer
InstrumenVokal
Tahun aktif2014–kini
Syarikat rakaman

Arumi Nafis Muhammad Adzmi (lahir 7 September 1998) atau lebih terkenal sebagai Tuah Adzmi merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia.[1] Kerjayanya dalam bidang muzik bermula selepas beliau memuat naik rakaman nyanyian lagu di YouTube.[2] Selain itu, beliau turut mengambil bahagian sebagai salah seorang daripada 24 peserta amatur Vokal Mania.[3] Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang peserta Big Stage musim keempat.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Tuah Adzmi memulakan kerjaya muzik secara serius pada usia 15 tahun apabila beliau memuat naik rakaman video beliau menyanyikan semula lagu-lagu saduran di YouTube. Pada tahun 2017, Tuah merakamkan lagu pertamanya, "Raja Di Hati" hasil ciptaan sendiri terbitan Hotsound Records dan memuat naiknya di YouTube. Pada tahun 2018, beliau melancarkan single pertamanya, "Air Mata Rindu" yang mengisahkan tentang kejujuran dalam percintaan yang diuji. Ia telah mencapai jumlah tontonan di YouTube. Bakat beliau mendapat perhatian FMC Music, kemudian mengikat kontrak bersama label itu pada Februari 2019, seterusnya muncul bersama single kedua, "Insan Kau Cinta".[5][6] Single ketiganya, "Kecewa" dikeluarkan pada Jun 2020.[7] Pada Oktober, beliau merupakan salah seorang 24 peserta amatur, juga dikenali sebagai Rookie dalam Vokal Mania di TV3 antara lain turut disertai oleh Wafariena Roslan dan Aisha Retno.[3] Beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 11 peserta Big Stage musim keempat bersama-sama dengan Aisha Retno, Danial Chuer, Ajoi Zainal, Megat Rahim, Lia Aziz dan Elica Paujin. Bagaimanapun, beliau tersingkir di konsert minggu keempat.[8][9][10]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Tuah ialah anak tunggal dalam keluarga, bapanya telah meninggal dunia sejak beliau kecil. Beliau dibesarkan oleh ibunya yang berstatus ibu tunggal.[2][11]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
2017 "Raja Di Hati" Lagu pertama
2018 "Air Mata Rindu"
2019 "Insan Kau Cinta"
2020 "Kecewa"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2020 Vokal Mania Dirinya sendiri TV3 Peserta Rookie
2022 Big Stage (musim 4) Astro Ria

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Lelaki Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nur Emira Saizali (7 Ogos 2020). "Tuah Adzmi akur belum popular". Kosmo!. Dicapai pada 23 Ogos 2020.
  2. ^ a b Norhayati Nordin (3 Disember 2019). "Tuah manfaat pengaruh digital". Harian Metro. Dicapai pada 23 Januari 2020.
  3. ^ a b Padin (24 Oktober 2020). ""Tipulah kalau saya..." - Tuah Adzmi cuba sehabis baik dalam Vokal Mania". XTRA. Dicapai pada 23 Januari 2021.
  4. ^ Sairul Zamri Misrani (19 Januari 2022). "Big Stage 2022 kembali, Tegar, Jerung Merah antara yang bertanding". Kosmo!. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  5. ^ "Single 'Insan Kau Cinta' diterima ramai, Tuah Adzmi bakal keluarkan lagu terbaharu". The Malaya Post. 3 Mac 2020. Dicapai pada 23 Mac 2020.
  6. ^ Alif Fadli Mohd Sori (27 Julai 2020). "Tuah Adzmi berterima kasih, setengah juta tonton video muziknya". Utusan Malaysia. Dicapai pada 23 Ogos 2020.
  7. ^ Farihad Shalla Mahmud (13 April 2020). "Tuah Adzmi kena tunggu lagi". Berita Harian. Dicapai pada 23 April 2020 – melalui MSN News.
  8. ^ "Tiada lagi Big Stage buat Tuah Adzmi". Kosmo!. 28 Februari 2022. Dicapai pada 28 Mac 2022.
  9. ^ Farol Hadi (27 Februari 2022). "Nyanyi tak sedap, Tuah Adzmi tersingkir Big Stage 2022 minggu keempat". mStar Online. Dicapai pada 28 Mac 2022.
  10. ^ Farol Hadi (28 Februari 2022). "Tuah Adzmi terasa hati ditegur tentang 'pitching', kesal kurang undian peminat - "Jangan marah saya tersingkir kalau tak undi"". mStar Online. Dicapai pada 28 Mac 2022.
  11. ^ Norhayati Nordin (30 Januari 2020). "Jentik hati pencinta balada". Harian Metro. Dicapai pada 30 Januari 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]