Tuala wanita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tuala wanita jenis maxi dalam pelbagai saiz

Tuala wanita (Bahasa Inggeris: sanitary napkin/towel/pad atau menstrual pad) ialah suatu bahan pelapik dalam seluar dalam untuk kaum perempuan untuk menyerap darah yang keluar daripada faraj sama ada berikutan mengalami haid, selepas melahirkan anak atau menjalani pembedahan serta keguguran kandungan. Pemakai menukar pelapik sebegini berdasarkan kekerapan darah menurun daripada faraj pemakai. Bahan ini adakalanya juga dipakai untuk mereka yang mempunyai masalah buangan air kecil putus-putus (urinary incontinence).

Tuala wanita seringkali tidak mampu dibeli di negara-negara membangun kerana harga yang tinggi sehingga kaum wanita terpaksa ikhtiarkan dengan bahan sedia ada[1] malah terpaksa menggunakan kain buruk, tanah liat atau lumpur untuk menakung darah haid mereka.[2] Namun, ada inisiatif dan inovasi yang mampu memudahkan penghasilan tuala wanita agar lebih mampu dibeli pada kos yang lebih murah.[3][4][5][6][7]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Tuala pelapik ini boleh didapati sama ada dalam jenis yang boleh dibuang setelah dipakai dalam tempoh tertentu, serta jenis yang boleh diguna semula setelah dibasuh berulang kali.

Tuala pakai buang[sunting | sunting sumber]

Pelapik jenis ini lazimnya terbina daripada rayon (berasaskan selulosa pulpa kayu), kapas dan plastik. Komponen plastik ini permukaan asas yang berperekat agar mudah disemat pada pakaian dalam serta mengandungi bahan serbuk polimer yang bertindak sebagai penyerap cecair mengubah bentuk menjadi gel.[8][9] Bahan pewangi dan pembasmi bakteria turut ditambah ke dalam untuk memastikan kebersihan pemakaiannya.

Ia mempunyai pelbagai reka bentuk bergantung kepada keperluan pemakai sama ada mengikut waktu (pada awal atau hujung tempoh haid) atau tempoh pemakaian (sepanjang malam), fungsi (selepas melahirkan anak misalnya) mahupun tahap keselesaan.

Tuala jenis ini sukar dikitar semula dengan kos rendah sepertimana pelapik najis lain seperti tampon dan lampin, buangan tuala terpakai lazim dilupuskan melalui pembakaran.

Modern reusable cloth pads in differing sizes

Tuala guna semula[sunting | sunting sumber]

Tuala jenis ini diperbuat daripada pelbagai jenis fabrik namun kapas dan hemp merupakan kain yang lazim digunakan. Ia mempunyai reka bentuk khusus yang boleh dipasangkan di dalam seluar dalam dengan tersematnya.

Pelapik jenis ini sangat digemari kerana ia tidak sahaja boleh dibasuh sehingga boleh dipakai berulang kali menjimatkan duit, malah ia lebih menyelesakan serta tiada kemungkinan kerengsaan daripada bahan kimia yang terkandung dalam tuala pakai buang.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Clark-Flory, Tracy (5 November 2008). "A whole new "View"". Salon. 
  2. ^ Friedman, Thomas L. (April 6, 2007). "Cellphones, Maxi-Pads and Other Life-Changing Tools". Nairobi, Kenya: New York Times. m/s. 1. 
  3. ^ "Did Arunachalam Muruganantham go to a design school? | xavierdayanandh"Pendaftaran percuma diperlukan. Xavierdayanandh.wordpress.com. 2011-12-20. Dicapai 2014-01-24. 
  4. ^ Candid. "Gates Foundation Awards $24 Million for Women and Girl's Well-Being". Philanthropy News Digest (PND) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2019-09-22. 
  5. ^ Howard, Caroline. "The First Woman Of Women: How Melinda Gates Became The World's Most Powerful Advocate For Women And Girls". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2019-09-22. 
  6. ^ Higgins, Abigail (2017-01-05). "Having a period is unaffordable in Kenya, yet no one wants to talk about it". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai 2019-09-22. 
  7. ^ "ZanaAfrica Mission and Vision". Dicapai 8 October 2019.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  8. ^ "The Scary Truth About What's in Your Maxi-Pads and Tampons (and alternative options) - Raising Natural Kids". raisingnaturalkids.com. 7 April 2015. 
  9. ^ Video di YouTube