Tuan Muda Pahang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tuan Muda Pahang merupakan gelaran seorang remaja 18 tahun yang teruja dengan kehidupan kerabat diraja Pahang dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Dia berasal dari Pahang dan mendapat 9A dalam SPM 2009. Kelulusan ini disahkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Pelajar cemerlang ini bijak berpidato dan ingin mendapatkan biasiswa melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di Ireland dan bercita-cita menjadi perdana Menteri Malaysia satu hari anti.[1]

Kronologi[sunting | sunting sumber]

Pada 9 April 2010, remaja ini didatangi polis di rumah saudaranya di Pekan ,Pahang ekoran aduan daripada pihak Istana Pahang mengenai kes penyamaran itu. Bagaimanapun laporan polis itu ditarik balik oleh Tengku Mahkota Pahang.

Pada Mac 2010, lawatan diatur ke rumah Orang Kelainan Upaya (OKU) berhampiran Kem PLKN Kampung Hijrah bersama seorang anggota Exco kerajaan negeri Pahang.[2]

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menyamar tetapi tidak pernah dipanjangkan proses siasatan atas titah Tengku Mahkota Pahang.[3]

Penjelasan[sunting | sunting sumber]

Pada 11 April 2010, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar menjelaskan bahawa baginda ada menerima sepucuk surat dari remaja tersebut.

Mohon maaf[sunting | sunting sumber]

Pada 16 April 2010, 'Tuan Muda' telah menghantar surat permohonan maaf kepada Istana Maaf dan diterima oleh Setiausaha Sulit Istana Abdul Aziz di sini, Left Kol (B) Nor Hashim Abdul Aziz. Dia memohon maaf kepada Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta semua anggota kerabat dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha mengesahkan remaja terbabit telah dibebaskan dengan jaminan polis. Sesi kaunseling dijalankan terhadap remaja itu melalui Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA).[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]