Tuanku Aishah Rohani
Tuanku Aishah Rohani | |||||
---|---|---|---|---|---|
Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan | |||||
Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan | |||||
Pemerintahan | 14 April 2009 - kini | ||||
Didahului oleh | Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin | ||||
Keputeraan | Batu Gajah, Perak | 19 Jun 1952||||
Pasangan | Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir | ||||
Anakanda | 1) Tunku Ali Redhauddin 2) Tunku Zain ' Abidin 3) Almarhum Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin | ||||
| |||||
Kerabat | Negeri Sembilan | ||||
Ayahanda | Tengku Besar Mahmud ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III | ||||
Bonda | To’ Puan Hajjah Zainun binti Haji Su Mahmud | ||||
Agama | Islam |
![]() |
Daripada keturunan leluhur Yamtuan Radin ibni Raja Lenggang. |
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 |
Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud merupakan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan dan permaisuri kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Biodata[sunting | sunting sumber]
Tuanku Aishah Rohani berasal dari kerabat diraja Terengganu dan diputerikan di Batu Gajah, Perak pada 19 Jun 1952. Ayahandanya ialah Tengku Seri Utama Raja, Tengku Besar Mahmud ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III manakala bondanya pula ialah To’ Puan Zainun binti Haji Su Mahmud.
Baginda belajar di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Kemudian belajar di Sekolah Convent Taiping serta Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Nanas Kuala Lumpur.
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Tuanku Aishah Rohani pernah bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur. Ketika ini Baginda berkenalan dengan Tuanku Muhriz dan mendirikan rumah tangga pada 25 April 1974.
Keluarga[sunting | sunting sumber]
Hasil perkahwinan dengan Tuanku Muhriz , mereka memperoleh tiga orang putera, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Muhriz, Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz, dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin.
Cancelor USIM[sunting | sunting sumber]
Pada 3 Disember 2011, Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr. Muhamad Muda mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan lantikan[1] Tuanku Aishah Rohani menjadi Canselor kedua Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Anugerah Darjah Kerabat[sunting | sunting sumber]
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah menganugerahkan Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati D.K. (NS) kepada Tengku Aishah Rohani. Majlis anugerah berlangsung di Dewan Istana Besar Seri Menanti pada 21 April 2009.
Pada 14 April 2009, Tuanku Aishah Rohani dilantik dan ditabalkan sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Ke-11 di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti. Majlis ini diadakan sebelum pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.[2]