Sultanah Bahiyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tuanku Bahiyah)
Sultanah Bahiyah
Raja Permaisuri Agong Malaysia
Tempoh21 Sept. 1970 – 20 Sept. 1975
Didahului olehTengku Ampuan Intan Zaharah
Diikuti olehRaja Perempuan Zainab II
Sultanah Kedah
Tempoh15 Julai 1958 - 26 Ogos 2003
Didahului olehSultanah Asma
Diikuti olehSultanah Haminah
KeputeraanTunku Bahiyah binti Tunku Abdul Rahman
(1930-08-24)24 Ogos 1930
Seri Menanti, Negeri Sembilan
Kemangkatan26 Ogos 2003(2003-08-26) (umur 73)
Istana Kuala Cegar, Alor Star, Kedah
PasanganSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (k. 1956–2003)
AyahandaTuanku Abdul Rahman
BondaTuanku Kurshiah

Sultanah Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman merupakan Sultanah Kedah dan permaisuri kepada Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Baginda juga merupakan mantan Raja Permaisuri Agong yang ke-5. Baginda yang diputerakan pada 24 Ogos 1930 di Seri Menanti merupakan puteri sulung kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Kurshiah, yang kemudiannya dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang pertama. Seri Paduka Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Melayu di Seri Menanti dan Sekolah Convent Seremban. Baginda melanjutkan pelajaran di United Kingdom dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Sosial dari University of Nottingham.

Seri Paduka Baginda berkahwin dengan Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada Mac 1956 dan pasangan Diraja ini dikurniakan tiga orang puteri, Tunku Puteri Intan Safinaz serta dua daripadanya pasangan kembar yang dijadikan anakanda angkat pada 3 Mei 1960 iaitu Tunku Soraya dan Tunku Sarina (mangkat pada 31 Ogos 1991).

Baginda ditabalkan sebagai Sultanah pada 20 Februari 1959. Pada 23 September 1970 Seri Paduka Baginda ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Agong Malaysia apabila Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Halim menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-5.

Seri Paduka Baginda dianugerahkan pelbagai anugerah dari dalam dan luar negeri. Pada 1970, Maharaja Hirohito Jepun menganugerahi baginda The First Class Order of Sacred Treasure. Pada tahun yang sama, Presiden Soeharto Indonesia menganugerahkan Bintang Maha Putera Kelas Satu.

Seri Paduka Baginda dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan oleh Universiti Malaya dan baginda menjadi Canselor dari 1972 hingga 1986. Baginda terkenal atas sumbangan kurnia baginda kepada masyarakat, terutama kepada kebajikan mereka yang kurang bernasib baik, kanak-kanak dan orang-orang tua. Untuk memberikan sumbangan yang lebih bermakna kepada pelbagai pertubuhan amal dan kebajikan sebuah yayasan kebajikan, sebuah yayasan kebajikan yang dinamai “Yayasan Sultanah Bahiyah” ditubuhkan dengan Seri Paduka Baginda menjadi Penaung dan penggerak utamanya.

Seri Paduka Baginda pernah menjadi Penaung pelbagai pertubuhan seperti Persatuan Orkid Kedah; Persatuan Penderma Darah Malaysia; Persatuan Perancang Keluarga Kedah; Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Kedah; Pertubuhan Kebajikan Wanita Islam Kedah; Kelab Lioness Kedah; Persatuan Bola Jaring Kedah, Persatuan Wanita Universiti Utara Malaysia (SUTRANITA): Persatuan Graduan Nottingham; Persatuan Balu dan Isteri Bekas Perajurit (BAKIABAH): Persatuan Orang Kurang Upaya Kedah; Persatuan Thallasaemia Kedah; dan Persatuan Murid-murid Tua Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah.

Eponim[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]