Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuanku Lailatul Shahreen Akashah
Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis
Raja Puan Muda Perlis
Pemerintahan1 Ogos 2000 - kini
Pemasyhuran12 Oktober 2000
Didahului olehTengku Fauziah
KeputeraanLailatul Shahreen Akashah binti Khalil
(1970-03-28)28 Mac 1970 (Umur 54)
Hospital Besar Kuala Lumpur, Malaysia
PasanganTuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
(k.1994)
AnakandaYAM Sharifah Khatreena Nuraniah
YAM Sharifah Farah Adriana
YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra
Nama penuh
Lailatul Shahreen Akashah binti Dato' Khalil
Nama diraja
Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil
KerabatIstana Arau, Perlis
AyahandaDato' Khalil bin Akasah
BondaDatin Nik Rahimah binti Wan Ahmad
AgamaIslam

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (dilahirkan pada (1970-03-28)28 Mac 1970 di Hospital Besar Kuala Lumpur, Malaysia) merupakan Raja Puan Muda Perlis dan isteri kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Baginda merupakan anakanda kedua daripada empat adik-beradik kepada pasangan Dato' Khalil Akasah dan Datin Nik Rahimah Wan Ahmad.

Adik-beradiknya termasuk Lailatul Zuraidha Akashah (dilahirkan pada (1968-06-17)17 Jun 1968), Khalimahtul Idereena (dilahirkan pada (1976-03-10)10 Mac 1976) dan Khalimahtul Ema Durrah (dilahirkan pada (1983-12-08)8 Disember 1983).

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Baginda menerima pendidikan di Sekolah Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur dari tahun 1977 hingga 1984 seterusnya baginda melanjutkan pelajaran di Melbourne Girls Grammar School, Merton Hall, Australia. Duli Yang Teramat Mulia Tuanku juga telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Ilmu Kemanusiaan daripada La Trobe University, Melbourne, Australia pada tahun 1992 dan Sarjana Pentadbiran Awam (MPA) di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang pada tahun 2014. Baginda juga dianugerahkan Honoris Causa in Health Sciences (Universidad Nacional Pedro Henriquez Ureña, Republik Dominika). Baginda Tuanku merupakan Pro-Canselor Universiti Malaysia Perlis.[1]

Pada 25 Mei 2023, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil secara rasmi merupakan pemegang ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengajian Islam dari Universiti Malaya (UM).[2] Baginda menjalankan penyelidikan ilmiah yang bertajuk “The Importance of Islamic Regal Leadership In Zakat Delivery To The Asnaf In Perlis”.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Baginda dikenali sebagai seorang yang amat aktif berpersatuan dan sehingga layak untuk dilantik sebagai penaung beberapa badan NGO antaranya ialah

  • Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia
  • Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia
  • Dewan Perniagaan Melayu Wanita Malaysia (DEWANITA) Negeri Perlis

Baginda juga dilantik sebagai Pengerusi dua badan sosial iaitu Pengerusi Persatuan Alumi La Trobe University (PALTUM) dan Pengerusi Yayasan Tuanku Fauizah (YTF). Sehingga tahun 1995, Tuanku Raja Puan Muda memegang jawatan sebagai Pengurus Pentadbiran ASIE Sdn. Bhd. tetapi mengambil keputusan meletakkan jawatan apabila mula mengiringi Tuanku Syed Faizuddin Putra menjalankan tugas baginda di luar negara iaitu di Madrid,Sepanyol 1995-1998 dan Zürich,Switzerland 1998-2002.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Tuanku Hajah Lailatul Shahreen mula berkenalan dengan Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika melanjutkan pengajian di Australia. Baginda telah mendirikan rumah tangga dengan Tuanku Syed Faizuddin Putra pada 9 Mac 1994 yang kini bergelar Raja Muda Perlis. Adat Istiadat Perkahwinan baginda berdua telah dijalankan di Damansara Heights, Kuala Lumpur (akad nikah), Hotel Hilton Kuala Lumpur dan Kota Bharu Kelantan manakala Istiadat Persandingan juga telah dibuat di Dewan Warisan, Kangar dan juga perkarangan Istana Raja Muda Perlis (kini Istana Fauzana) Kangar.

Hasil perkahwinan baginda bersama Tuanku Syed Faizuddin Putra, baginda dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu, dua orang perempuan dan seorang lelaki.

Nama Keputeraan Tarikh Keputeraan Umur
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamaluail
(1967-12-30)30 Disember 1967 Hospital Besar Alor Setar, Kedah 56 tahun, 2 bulan dan 27 hari
Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah (1995-02-10)10 Februari 1995 Hospital Pantai Kuala Lumpur 29 tahun, 1 bulan dan 18 hari
Yang Amat Mulia Sharifah Farah Adriana (2001-03-04)4 Mac 2001 Zolikerberg Hospital, Zurich Swizerland 23 tahun dan 24 hari
Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra (2009-04-12)12 April 2009 Hospital Tuanku Fauizah (HTF), Kangar 14 tahun, 11 bulan dan 16 hari
NEGARA YANG DILAWATI
ASEAN Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei D.S., Filipina, Vietnam, Kemboja
AsIA TIMUR/ TENGAH China, Taiwan, Hong Kong, Macau, Korea Selatan, Jepun, India, Sri Lanka
TIMUR TENGAH Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Jordan
OCEANIA Australia, New Zealand
AFRIKA Afrika Selatan, Mesir, Mauritius, Maghribi, Tunisia, Ethiopia
AS/AMERIKA TENGAH Amerika Syarikat, Cuba, Republik Dominica
EROPAH England, Scotland, Ireland, Sweden, Norway, Belanda, Jerman, Belgium, Leichstentein, Switzerland, Perancis, Monaco, Sepanyol, Portugal, Austria, Republik Czech, Slovakia, Croatia, Itali, Greece, Russia, Turki, Ukraine, Poland, Cyprus, Bosnia Herzegovina, Hungary, Hollysee, Latvia, Estonia, Lithuania            

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Tuanku Lailatul Shahreen Akashah
Gaya panggilan Duli Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Teramat Mulia
Gaya pilihan Tuanku

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

  • 28 Mac 1970 – 9 Mei 1994: Cik Lailatul Shahreen Akashah binti Khalil
  • 9 Mei 1994 – 17 Mei 1998: Yang Berbahagia Puan Lailatul Shahreen Akashah binti Dato' Haji Khalil
  • 17 Mei 1998 – 1 Ogos 2000: Yang Amat Berbahagia Datin Seri Lailatul Shahreen Akashah binti Dato' Haji Khalil
  • 1 Ogos 2000 – 25 Mei 2023: Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil
  • 25 Mei 2023 - kini: Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil

Kurniaan[sunting | sunting sumber]

Negeri Perlis
  • Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP, 17.5.2002)[4]

Senama[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Lailatul Shahreen, Kangar, Perlis.
  • Golf Piala Shahreen 2018.
  • Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen, Kangar, Perlis.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Profail Pro Canselor UniMAP". Universiti Malaysia Perlis. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  2. ^ Omar Zin (25 November 2023). "Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Akademi Pengajian Islam di Universiti Malaya (UM)". Utusan Malaysia. Dicapai pada 27 November 2023.
  3. ^ SHOLINA OSMAN (5 Jun 2023). "Raja Puan Muda Perlis kini pemegang PhD bergelar Dr". Suara Merdeka. Dicapai pada 13 Julai 2023.
  4. ^ "Istana Perlis". Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.