Tuanku Nur Zahirah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tuanku Sultanah Nur Zahirah
Her Majesty Sultanah Terengganu Tuanku Nur Zahirah.jpg

Raja Permaisuri Agong ke-XIII
13 Disember 200612 Disember 2011
Pertabalan 26 April 2007
Negeri Terengganu
Pendahulu Tengku Fauziah
Pengganti Sultanah Haminah Hamidun

Sultanah Terengganu
12 Julai 1998 – kini
Pendahulu Tengku Ampuan Bariah binti Sultan Hisamuddin Alam Shah

Yang di-Pertuan Agong/Sultan Tuanku Mizan
Dilahirkan (1973-12-07) 7 Disember 1973 (umur 43)
Alor Setar, Kedah

Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah binti Adil Bakeri atau nama sebenar baginda ialah Siti Rozita binti Adil Bakeri telah (dilahirkan pada (1973-12-07) 7 Disember 1973 (umur 43) bersamaan 12 Zulkaedah 1393 Hijrah). Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan St. Nicholas Convent, Alor Setar dan Sekolah Menengah St. Nichols Convent, Alor Setar. Baginda pernah mengikuti kursus dalam bidang sumber manusia.

Baginda Permaisuri Nur Zahirah telah melangsungkan perkahwinan dengan Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 28 Mac 1996. Pasangan diraja ini menerima dua orang putera dan dua orang puteri. Yang Teramat Mulia Tengku Nadhirah Zaharah telah diputerikan 18 Disember 1996 dan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail (Yang di-Pertuan Muda Terengganu) telah diputerakan pada 1 Mac 1998. Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Muaz telah diputerakan pada 22 Disember 2000 manakala Yang Teramat Mulia Tengku Fatimatuz Zahra telah diputerikan pada 19 April 2002.

Baginda telah dimahkotakan sebagai Permaisuri pada 12 Julai 1998 dan dikurniakan Darjah Kerabat Terengganu Yang Maha Mulia Darjah Yang Pertama (D.K.) pada 16 Januari 1999. Baginda turut dikurniakan Bintang Kebesaran Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu Yang Amat Terpuji (S.S.M.T.) pada 9 Julai 1998. Baginda telah dimasyhurkan dengan kurniaan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Nur Zahirah pada 5 Jun 2005.

Seri Paduka Baginda Permaisuri Nur Zahirah telah dilantik menjadi Raja Permaisuri Agong pada 13 Disember 2006 berikutan perlantikan Seri Paduka Baginda Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Baginda merupakan penaung bagi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu serta Persatuan Hospis Terengganu. Baginda juga menaungi Persatuan Pandu Puteri Terengganu, Tadika An Nur dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Tuanku Nur Zahirah menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan daripada Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) pada 4 Disember 2005 yang disampaikan oleh Canselor Kustem, Sultan Mizan pada Majlis Konvokesyen Khas di Dewan Sultan Mizan, Kustem, Kuala Terengganu.

Baginda mempunyai minat yang mendalam dalam bidang hiasan dalaman dan mementingkan ruang kemas dengan persekitaran teratur, sempurna dan bersih. Disamping itu, baginda gemar memasak terutama hidangan istimewa untuk santapan baginda sekeluarga. Antara hobi baginda yang lain adalah membaca, snorkel dan bermain badminton.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dianugerahi Anugerah BrandLaureate Royal Quintessential oleh Asia Pacific Brands Foundation (APBF) pada satu majlis di Istana Terengganu pada 15 Julai 2011.[1][2]

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden The BrandLaureate Dr KK Johan. Turut hadir ialah CEO The BrandLaureate Chew Bee Peng dan anggota lembaga APBF.

Dalam membaca ucapan menjunjung kasih dan tahniah kepada Tuanku Permaisuri, Chew Bee Peng menyifatkan: “Keprihatinan Tuanku terhadap kebajikan rakyat Malaysia diiktiraf banyak pihak dan amat dihargai dan Tuanku sentiasa menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik. “Menerusi pelbagai inisiatif kebajikan yang diusahakan Tuanku seperti Yayasan Tuanku Nur Zahirah, membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup pengukir tempatan di Terengganu dan pada masa yang sama membantu memperomosikan dan memulihara kraf dan warisan asli,”.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Permaisuri Agong terima Anugerah BrandLaureate Royal Quintessential
  2. ^ Permaisuri Agong dianugerah BrandLaureate Royal Quintessential