Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis
Kemahkotaan 1 Ogos 2000 - kini
Didahului oleh Tuanku Syed Baharuddin Syed Putra Jamalullail
Diikuti oleh Sharifah Khatreena Nuraniah
Pasangan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil
(k.1994)
Putera-puteri
YAM Sharifah Khatreena Nuraniah
YAM Sharifah Farah Adriana
YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra
Nama penuh
Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Kerabat diraja Istana Arau,Perlis
Ayahanda Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail
Bonda Tengku Fauziah bnti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid
Keputeraan (1967-12-30) 30 Disember 1967 (umur 50)
Geneal Hospital, Alor Setar, Kedah, Malaysia
Agama Islam

Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail merupakan Pemangku Raja Perlis sekarang yang merupakan anak sulung kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail dan Raja Permaisuri Perlis, Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid. Baginda Tuanku Syed Faizuddin di lahirkan pada tanggal 30 Disember 1967.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Baginda menuntut di Sekolah Rendah Kebangsaan Putra, Kangar, Perlis pada 1974 dan peringkat menengah pada tahun 1980 di Sekolah Menengah Derma, Kangar, Perlis. Baginda selepas itu menyambung pengajian di Sekolah Menengah Penang Free, Pulau Pinang pada tahun 1983. Kemudian menuntut di Carey Grammar School, Melbourne, Australia. Pada tahun 1989, Tuanku Syed Faizuddin kemudiannya melanjutkan pengajian di La Trobe University, Bundoora, Melbourne dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi(B.Ec.).

Perlantikan[sunting | sunting sumber]

Baginda telah dilantik sebagai Pemangku Raja Perlis pada 12 Disember 2001 selama lima tahun apabila DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-12 Persekutuan Malaysia.Tuanku Syed Faizuddin telah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai Canselor Universiti Malaysia Perlis yang pertama pada 1 September 2003 .

Kegiatan[sunting | sunting sumber]

Baginda juga bergiat aktif dalam pelbagai bidang.Tuanku Syed Faizuddin merupakan peneraju Rejimen 504 Askar Wataniah sebagai Komander berpangkat Brigedier Jeneral. Baginda juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan . Baginda juga adalah penaung bagi Persatuan Alumni La Trobe University Malaysia (PALTUM), Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Perlis, Presiden Kelab Golf Putra Perlis, Malaysia Chefs Association, Projek Bola Sepak Ken Barnes Soccer Skills SeMalaysia, Persatuan Boling Padang Perlis, serta Pertubuhan Jemaah Dato'-Dato' Perlis.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Tuanku Syed Faizuddin telah mendirikan rumahtangga dengan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah pada 9 Mei 1994.Kini permaisuri baginda menjadi Raja Puan Muda Perlis . Baginda dikurniakan dua seorang puteri dan satu seorang putera , Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah,Yang Amat Mulia Sharifah Farah Adriana dan Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]