Tuanku Zara Salim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuanku Zara Salim
Duli Yang Maha Mulia Raja Permasuri Perak Darul Ridzuan
Zara salim davidson.jpg
Raja Permasuri Perak ke-XXXV
Raja Permaisuri Perak
Pemerintahan20 Jun 2014 - kini
(8 tahun, 7 bulan dan 30 hari)
Pertabalan6 Mei 2015
Didahului olehRaja Permaisuri Siti Bainun Binti Mohd. Ali
Keputeraan (1973-03-22) 22 Mac 1973 (umur 49)
Ipoh, Perak, Malaysia
PasanganSultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah (k. 2007)
AnakandaYTM Raja Azlan Muzzaffar Shah (Raja Kechil Besar)
YTM Raja Nazira Safya
Nama penuh
Tuanku Zara Salim Davidson
AyahandaDato' Seri William Stanley Walker Salim Davidson
BondaDato' Seri Sharifah Azaliah binti Syed Omar Shahabudin
AgamaIslam

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim (nama asal Zara binti Salim Davidson; dilahirkan pada 22 Mac 1973 di Ipoh,Perak) merupakan permaisuri kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Baginda merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik kepada pasangan Dato' Seri William Stanley Walker Salim Davidson dan Dato' Seri Sharifah Azaliah Binti Syed Omar. Tuanku Raja Permaisuri Zara Salim merupakan puteri tunggal kepada Dato' Seri Salim Davidson.

Baginda mempunyai darah campuran Inggeris di sebelah bapanya manakala di sebelah ibunya Sharifah Azaliah binti Syed Omar mempunyai darah campuran Melayu, Arab dan Siam. Bapanya Salim Davidson merupakan seorang peguam yang terkemuka.

Tuanku Zara Salim juga merupakan cicit kepada Sultan Kedah ke-26, Almarhum Sultan Hamid Halim Shah manakala datuknya, Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin ialah Menteri Besar Kedah ketiga. Syed Omar belajar di London bersama dengan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan ayahanda kepada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Isteri Syed Omar, Tunku Aminah binti Sultan Abdul Hamid Halim Shah, adalah anakanda Sultan Kedah ke-26 Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang juga merupakan adik kandung Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sebelum ini Tuanku Zara merupakan seorang yang kurang dikenali, akan tetapi baginda merupakan pelajar cemerlang di Universiti Nottingham serta berjaya memperoleh Ijazah Kelas Pertama dalam Kejuruteraan Kimia pada Julai 1995.

Secara kebetulan, ayahanda mentuanya Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, juga adalah penuntut jurusan undang-undang di universiti yang sama serta mendapat Ijazah Kelas Pertama Undang-Undang pada 1953 sebelum dilantik sebagai peguam di England pada 1954.

Kecemerlangan dan ciri kepemimpinan Tuanku Zara sudah terserlah pada peringkat sekolah lagi kerana beliau pernah dilantik sebagai pengawas ketika di Tingkatan Empat dan Lima pada 1989 dan 1990 di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Ipoh dan turut aktif dalam sukan seperti Tenis, Skuasy dan Taekwando.

Beliau mempunyai minat mendalam dalam bahasa asing, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Convent, Ipoh dan mewakili sekolah dalam sukan skuasy dan tenis dari 1988 hingga 1990 serta mewakili Perak dalam renang antara 1981 hingga 1987. Zara Salim Davidson merupakan bekas perenang Perak. Zara juga mempunyai sijil penyelamat renang bertauliah dan peminat sukan lasak.

Selepas menamatkan A-Level di Prime College di Ipoh pada 1992, Tuanku Zara Salim Davidson ke Britain melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia di Universiti Nottingham dan lulus dengan ijazah kelas pertama pada Julai 1995.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah bekerja dengan anak syarikat Petronas, Petlin (M) Sdn. Bhd. sebagai pengurus produk di Kerteh, Terengganu. Selain itu, beliau pernah menjadi Pengarah Urusan Forthwave Consulting Sdn Bhd, Syarikat Pembangunan Perisian dan Kejuruteraan Teknikal Hidrokarbon di Kuala Lumpur.

Pada 1 Januari 2012, Duli Yang Maha Muila Tuanku Zara Salim telah dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Baginda juga merupakan Penaung Persatuan Kesihatan Keluarga Perak, Convent Girls Alumni (COGA) dan Pandu Puteri Negeri Perak.


Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Pemilihan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menjadikan Tuanku Zara sebagai teman hidup baginda adalah paling tepat, apatah lagi keperibadian tinggi dan kehalusan budi terpancar pada raut wajah Tuanku Zara yang lemah lembut.

Tuanku Zara dikurniakan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak oleh ayahanda mertuanya Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar selepas berlangsungnya perkahwinan diraja Raja Muda Raja Dr. Nazrin Shah dan DYTM Tuanku Zara Salim Davidson. Tuanku Zara juga dikurniakan Darjah Kerabat Sultan Azlan Shah (D.K.S.A).

Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah pada 17 Mei 2007 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan,Kuala Kangsar.

Pasangan diraja ini telah dikurniakan seorang putera, Yang Teramat Mulia Raja Azlan Muzaffar Shah yang diputerakan pada 14 Mac 2008 dan seorang puteri, Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya yang diputerikan pada 2 Ogos 2011.

Raja Permaisuri Perak[sunting | sunting sumber]

Tuanku Zara Salim Davidson dikurniakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak pada 20 Jun 2014 selepas suami Baginda, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menjawat jawatan Sultan Perak ke-35 pada 28 Mei 2014 berikutan kemangkatan ayahanda Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah.

Keluarga dan Kerabat[sunting | sunting sumber]

Sultan Nazrin Shah merupakan anak pertama dan Putera ke-1 Sultan Perak daripada lima adik-beradik iaitu (Raja Kechil Sulung Perak) Raja Ashman Shah (mangkat pada 2012), Raja Azureen, Raja Elenna, adinda Raja Yong Sofia.

Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah berkahwin dengan Yang Mulia Zara Salim Davidson. Mereka mendapat seorang putera dan seorang puteri, iaitu Yang Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah dan Yang Mulia Raja Nazira Safya.

Name Keputeraan Tempat Keputeraan Umur
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
(1956-11-27)27 November 1956 George Town, Pulau Pinang 66 tahun, 2 bulan dan 1 hari
Yang Teramat Mulia
Raja Azlan Muzzaffar Shah
(Raja Kechil Besar Perak)
(2008-03-14)14 Mac 2008 Hospital Pakar Damansara, Selangor 14 tahun, 10 bulan dan 14 hari
Yang Teramat Mulia
Raja Nazira Safya
(2011-08-02)2 Ogos 2011 Hospital Pakar Damansara, Selangor 11 tahun, 5 bulan dan 26 hari

Kurniaan Darjah Kebesaran[sunting | sunting sumber]

  • MY-PERA Azlanii Royal Family Order - Member First Class - DKA I.svg Darjah Kerabat Azlanii (D.K.A.) (Pada 19 April 2008)

Gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Tuanku Zara Salim
Jata negeri perak.jpg
Gaya panggilan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pilihan Tuanku
  • 22 Mac 1973 - 17 Mei 2007: Yang Mulia Che' Zara Salim Davidson
  • 17 Mei 2007 - 29 Mei 2014: Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Zara Salim, Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan
  • 29 Mei 2014 - Kini : Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim, Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim
Tarikh keputeraan: 22 Mac 1973
Kerabat diraja Malaysia
Didahului oleh
Kosong
sejak April 1987
Raja Puan Besar Perak
17 Mei 2007 - 20 June 2014
Diikuti oleh:
Raja Nor Mahani Binti Almarhum Shahar Shah
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali
Raja Permaisuri Perak
20 June 2014 - Kini
Pemegang jawatan kini