Zara Salim Davidson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tuanku Zara Salim Davidson)
Lompat ke: pandu arah, cari
Zara Salim Davidson
Duli Yang Maha Mulia Raja Permasuri Perak Darul Ridzuan
Raja Permasuri Perak ke-XXXV
Tempoh pemerintahan 20 Jun 2014 - kini
(&&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03 tahun, &&&&&&&&&&&&0115.&&&&&0115 hari)
Kemahkotaan 6 Mei 2015
Didahului oleh Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali
Pasangan Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
(berkahwin 2007)
Putera-puteri
YM Raja Azlan Muzzaffar Shah (Raja Kechil Besar)
YM Raja Nazira Safya (YTM Paduka Puteri Perak)
Nama penuh
Yang Mulia Zara Salim Davidson ( Lahir )
Kerabat diraja Istana Iskandariah, Kuala Kangsar
Ayahanda Dato' Seri William Stanley Walker Salim Davidson
Bonda Dato' Seri Datin Sharifah Azaliah Binti Syed Omar Shahabudin
Keputeraan (1973-03-22)22 Mac 1973 (Umur 44 tahun, 5 bulan dan 30 hari)
Ipoh, Perak, Malaysia
Agama Islam

Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim (dilahirkan pada 22 Mac 1973) merupakan isteri kepada Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak yang ditabalkan pada 20 Jun 2014. Baginda yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik kepada Dato' Seri William Stanley Walker Salim Davidson dan Dato' Seri Datin Sharifah Azaliah Binti Syed Omar, dilahirkan di Bandar Raya Ipoh. Tuanku Permaisuri Zara Davidson merupakan puteri tunggal kepada Dato' Seri William Salim Davidson.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Tuanku Zara Davidson, adalah cicit kepada Sultan Kedah ke-24, Almarhum Sultan Hamid Halim Shah manakala datuknya, Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin ialah Menteri Besar Kedah ketiga. Syed Omar belajar di London bersama dengan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Bapanya Salim Davidson seorang peguam terkemuka. Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan ayahanda kepada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Isteri Syed Omar, Tunku Aminah Sultan Abdul Hamid Halim Shah, adalah anakanda Sultan Kedah ke-24 Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang juga merupakan adik kandung Tunku Abdul Rahman

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sebelum ini Tuanku Zara kurang dikenali tetapi merupakan pelajar cemerlang di Universiti Nottingham dan memperoleh Ijazah Kelas Pertama dalam Kejuruteraan Kimia pada Julai 1995.

Secara kebetulan, ayahanda mentuanya, Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, juga adalah penuntut undang-undang di universiti yang sama serta mendapat Ijazah Pertama Undang-Undang pada 1953 sebelum dilantik sebagai peguam di England pada 1954.

Kecemerlangan dan ciri kepemimpinan Tuanku Zara sudah terserlah pada peringkat sekolah lagi kerana beliau pernah dilantik sebagai pengawas ketika di Tingkatan Empat dan Lima pada 1989 dan 1990 di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Ipoh dan turut aktif dalam sukan seperti Tenis, Skuasy dan Taekwando.

Beliau mempunyai minat mendalam dalam bahasa asing, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Convent, Ipoh dan mewakili sekolah dalam sukan skuasy dan tenis dari 1988 hingga 1990 serta mewakili Perak dalam renang antara 1981 hingga 1987. Zara Salim Davidson merupakan bekas perenang Perak. Zara juga mempunyai sijil penyelamat renang bertauliah dan peminat sukan lasak.

Selepas menamatkan A-Level di Prime College di Ipoh pada 1992, Tuanku Zara Salim Davidson ke Britain melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia di Universiti Nottingham dan lulus dengan ijazah kelas pertama pada Julai 1995.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah bekerja dengan anak syarikat Petronas, Petlin (M) Sdn. Bhd. sebagai pengurus produk di Kerteh, Terengganu. Selain itu, beliau pernah menjadi Pengarah Urusan Forthwave Consulting Sdn Bhd, Syarikat Pembangunan Perisian dan Kejuruteraan Teknikal Hidrokarbon di Kuala Lumpur.


Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Pemilihan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menjadikan Tuanku Zara sebagai teman hidup baginda adalah paling tepat, apatah lagi keperibadian tinggi dan kehalusan budi terpancar pada raut wajah Zara yang lemah lembut.

Tuanku Zara dikurniakan gelaran Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Puan Besar Perak oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar selepas berlangsungnya perkahwinan diraja Raja Muda Raja Dr. Nazrin Shah dan DYTM Tuanku Zara Salim Davidson. Tuanku Zara juga dikurniakan Darjah Kerabat Sultan Azlan Shah (D.K.S.A).

Baginda Berkahwin dengan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah pada 17 Mei 2007 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan,Kuala Kangsar.

Pasangan diraja ini telah dikurniakan seorang putera, Raja Azlan Muzaffar Shah yang diputerakan pada 14 Mac 2008 dan seorang puteri, Raja Nazira Safya yang diputerikan pada 2 Ogos 2011.

Pada 1 Januari 2012, Duli Yang Maha Muila Tuanku Zara Salim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Baginda juga adalah Penaung Persatuan Kesihatan Keluarga Perak, Convent Girls Alumni (COGA) dan Pandu Puteri Negeri Perak.

Raja Permaisuri Perak[sunting | sunting sumber]

Tuanku Zara Salim Davidson dikurniakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak pada 20 Jun 2014 selepas suami Baginda, Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menjawat jawatan Sultan Perak ke-35 pada 28 Mei 2014 berikutan kemangkatan ayahanda Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Sultan Nazrin Shah merupakan anak pertama dan Putera ke-1 Sultan Perak daripada lima adik-beradik iaitu (Raja Kechil Sulung Perak) Raja Ashman Shah (mangkat pada 2012), Raja Azureen, Raja Elenna, adinda Raja Yong Sofia.

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah berkahwin dengan Yang Mulia Zara Salim Davidson. Mereka mendapat seorang putera dan seorang puteri, iaitu Yang Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah dan Yang Mulia Raja Nazira Safya.

Kurniaan Darjah Kebesaraan[sunting | sunting sumber]

Gelaran dan dihormati[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Tuanku Zara Salim
Jata negeri perak.jpg
Gaya panggilan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pilihan Tuanku
  • 22 Mac 1973 - 17 Mei 2007: Yang Mulia Zara Salim Davidson
  • 17 Mei 2007 - 29 Mei 2014: Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim
  • 29 Mei 2014 - Kini : Duli Yang Maha Mulia Raja Permasuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Tuanku Zara Salim
Tarikh keputeraan: 22 Mac 1973
Kerabat diraja Malaysia
Didahului oleh
Kosong
sejak April 1987
Raja Puan Besar Perak
17 Mei 2007 - 20 June 2014
Diikuti oleh:
Raja Nor Mahani Binti Almarhum Shahar Shah
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali
Raja Permaisuri Perak
20 June 2014 - Kini
Pemegang jawatan kini