Pergi ke kandungan

Tugu Bajra Sandhi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bajra Sandi Monument
Monumen Bajra Sandhi
ᬫᭀᬦᬸᬫᬾᬦ᭄ᬩᬚ᭄ᬭᬲᬦ᭄ᬟᬶ
Map
Maklumat umum
JenisMonumen, muzium
LokasiDenpasar, Bali
AlamatJl. Raya Puputan Niti Mandala, kota Denpasar, Bali Sunting nilai ini di Wikidata
NegaraIndonesia Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat8°40′18″S 115°14′2″E Sunting ini di Wikidata
Pembinaan bermula1987
Disiapkan pada2001
Dibuka pada2004
PemilikKerajaan Provinsi Bali
Tuan tanahMuzium Bali
Reka bentuk dan seni bina
Jurutera penstrukturanIr. Ida Bagus Yadnya[1]
Maklumat lain
Facebook: Monumen Bajra Sandhi Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tugu Bajra Sandhi ialah sebuah monumen yang terletak di hadapan Pejabat Gabenor Bali di Lapangna Puputan Renon, Denpasar, Pulau Bali, Indonesia. Ia dibina untuk memperingati perjuangan rakyat Bali menetang penjajahan, dari zaman dahulu hingga era moden. [2] Reka bentuknya menyerupai "Bajra", iaitu loceng suci yang digunakan oleh pendeta Hindu ketika upacara.

Monumen ini dibina pada tahun 1987, dan dirasmikan oleh Presiden Megawati Sukarnoputri pada 14 Jun 2003.

Tugu Bajra Sandhi dibina di atas tanah seluas 13.8 ha Monumen Bajra Sandhi direka oleh Ida Gede pada tahun 1981.

Pencetus idea untuk membina tugu ini ialah Prof Ida Bagus Matra , yang ketika itu menjabat sebagai Gabenor Bali. Arkitek monumen ini ialah Ir. Ida Bagus Gede Yadnya.

Pembinaan Tugu Bajra Sandhi Renon dimulakan pada tahun 1981 tetapi dihentikan . Kemudian pada tahun 1987, pembinaanya dimulakan sekali lagi.. Perasmian Tugu Bajra Sandhi dilakukan oleh Presiden ketika itu, Megawati Soekarno Putri, pada 14 Jun 2013[3]

Monumen ini dikenali sebagai " Bajra Sandhi " kerana bentuknya menyerupai bajra atau loceng yang digunakan oleh pandeta besar Hindu Bali dalam membaca Veda (mantra) semasa upacara keagamaan.

Unsur-unsur agama Hindu dalam tugu Bajra Sandhi adalah seperti berikut.

  • Balang Amertha, yang dilambangkan oleh kumbha (sejenis tempayan), terletak di bahagian atas tugu.
  • Ekor Naga Basuki, berada berhampiran Swamba, manakala kepalanya terletak di Kori Agung
  • Tubuh Bedawang Akupa, berada di dasar monumen, dan kepalanya turut menghadapi Kori Agung
  • Gunung Mendara Giri, digambarkan sebagai struktur monumen yang menjulang tinggi
  • Kolam yang mengelilingi monumen itu, diibaratkan seperti Ksirarnawa (lautan susu) [4]
  1. ^ Ira Rachmawati (23 August 2015), Belajar Sejarah Bali di Monument Bajra Sandhi (dalam bahasa Indonesia), dicapai pada 20 March 2019
  2. ^ "Objek Wisata Monumen Bajra Sandhi di Denpasar Bali". www.balitoursclub.com. Dicapai pada 2023-05-11.
  3. ^ "History and Uniqueness of the Bajra Sandhi Monument". PEMERINTAH KOTA DENPASAR (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-12-05.
  4. ^ detikBali, tim. "History of the Bajra Sandhi Monument, Symbol of the Struggle of the Balinese People". detikbali (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-12-05.